Darius I dari Parsi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Darius Agung (riwayat: 549 BC486/485 BC; Bahasa Parsi Lama: Dārayawauš, Bahasa Parsi Baru: داریوش (Dâryûsh)), ialah putera Hystaspes. Darius seperti yang tertulis dalam inskripsi beliau merupakan seorang yang berpegang teguh pada agama Zoroaster. Ketika pemerintahan beliau, undang-undang negara sering kali dirujuk dan diubahsuai, terutamanya undang-undang mengenai penghakiman, perhambaan dan rasuah.

Seperti Augustus, Darius hanya meluaskan empayar Parsi dengan tujuan menguasai sumber alam kawasan itu dan memastikan puak-puak yang tidak bertamadun sentiasa di luar sempadan Parsi. Pada masa yang sama, beliau turut membuat beberapa perubahan dalam ketenteraan seperti memperkenalkan sistem kerahan, pemberian gaji, latihan ketenteraan dan juga beberapa perubahan dalam tentera darat dan tentera laut.

Sistem pemerintahan dan birokrasi Parsi juga turut mengalami perubahan. Empayar Parsi dibahagikan kepada beberapa wilayah dan setiap satunya dikepalai seorang governor atau satrap. Jawatan ini selalunya diwarisi dan berautonomi, menyebabkan setiap wilayah mempunyai undang-undang, kebudayaan dan kelas bangsawan yang tersendiri. Walaubagaimanapun, setiap wilayah bertanggung jawab untuk memberi ufti dalam bentuk emas dan perak kepada raja. Tetapi, ini menyebabkan banyak wilayah lain mengalami kemerosotan ekonomi seperti Babylonia. Setiap wilayah juga mempunyai sistem kewangan dan ketenteraan yang tersendiri. Darius juga turut memperbaharui sistem birokrasi negara.


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.