Darjah Bunga Paulownia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Order of the Paulownia Flowers
Star of the Grand Cordon of the Order of the Paulownia Flowers
Bar reben Order of the Paulownia Flowers
Darjah dan Reben Order of the Paulownia Flowers

Darjah Bunga Paulownia (Jepun: 桐花章, Hepburn: Tōka shō) ialah darjah kedua tertinggi Jepun. Dizahirkan pada tahun 1888 sewaktu Pemulihan Meiji sebagai anugerah tertinggi dalam Order of the Rising Sun; namun, semenjak tahun 2003 ia telah menjadi Darjah yang tersendiri.[1] Satu-satunya pangkat dalam darjah ini ialah Grand Cordon of the Order of the Paulownia Flowers (Jepun: 旭日桐花大綬章, Hepburn: Kyokujitsu tōka daijushō), yang berada di kedudukan yang lebih tinggi daripada Darjah Matahari Terbit tetapi lebih rendah daripada Darjah Bunga Kekwa.

Secara tradisinya, darjah ini telah disampaikan kepada negarawan terkenal, mantan perdana menteri dan menteri kanan kabinet, diplomat dan hakim. Ia boleh dikurniakan selepas mati, dan merupakan penghormatan tertinggi yang sering dikurniakan dalam darjah kebesaran Jepun. Anugerah tidak dibuat setiap tahun; hanya 23 individu yang pernah dikurniakan dengan darjah ini semenjak tahun 2003: 16 warga Jepun (tiga selepas mati), tiga warga Amerika (seorang keturunan Jepun, Senator Amerika Syarikat Daniel Inouye), seorang warga Malaysia iaitu Perdana Menteri Mahathir Mohamad, seorang warga Singapura iaitu mantan Perdana Menteri Lee Kuan Yew (selepas meninggal dunia) dan seorang warga India (mantan Perdana Menteri India, Dr. Manmohan Singh).[2]

Lambang[sunting | sunting sumber]

Lencana Grand Cordon of the Order of the Paulownia Flowers
Putera Naruhisa Kitashirakawa

Lencana Darjah adalah palang bersadur emas dengan pancaran-pancaran enamel putih, mengandungi satu simbol tengah berbentuk disk matahari berenamel merah yang dikelilingi pancaran-pancaran merah, dan berserta tiga bunga paulownia diantara setiap penjuru silang. Ia berpaut dari tiga dedaun paulownia berenamel pada selepang berwarna merah berserta jalur tepi warna putih, dan dipakai pada bahu kanan.

Bintang darjah serupa dengan lencana, tetapi tanpa pautan dedaun paulownia. Ia dipakai pada kiri dada.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Japan, Cabinet Office: Decoration Bureau
  2. ^ Japanese Wikipedia article

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Peterson, James W., Barry C. Weaver and Michael A. Quigley (2001). Orders and Medals of Japan and Associated States. San Ramon, California: Orders and Medals Society of America. ISBN 1-890974-09-9.

I

Pautan luar[sunting | sunting sumber]