Dataran Tinggi Dieng

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Dieng merangkumi dua gunung dan lebih banyak lagi dengan banyak kawah dan puncak kecil yang lain.

Dataran Tinggi Dieng ialah kawasan gunung berapi yang masih lagi aktif di Wilayah Jawa Tengah. Rantau ini bertempat di kawasan Kabupaten Banjarnegara dan Kabupaten Wonosobo. Rantau ini pula bersempadankan Gunung Sindoro dan Gunung Sumbing di bahagian barat daripada Dataran Tinggi Dieng.

Dataran Tinggi Dieng mempunyai ketinggian purata ialah hampir 2,000 m atas paras laut. Purata suhu di Dieng ialah antara 12 °C sehingga 20 °C pada waktu siang dan mempunyai purata suhu antara 6 °C sehingga 10 °C pada waktu malam. Sejak musim kemarau (Julai dan Ogos), suhu udara boleh mencecah 0 °C pada waktu pagi serta mengeluarkan embun beku yang dikenali sebagai bun upas ("embun racun") oleh penghuni tempatan kerana ia boleh menjadi penyebab kerosakan kepada hasil pertanian.

Dari segi pentadbiran, kawasan Dieng ialah wilayah kepada Kampung Dieng Kulon di Kabupaten Banjarnegara dan merupakan wilayah kepada Kampung Dieng di Kabupaten Wonosobo. Dieng merupakan satu kawasan yang paling terasing di Jawa Tengah.

Etimologi[sunting | sunting sumber]

Nama daripada Dieng diperolehi daripada penggabungan dua patah perkataan Bahasa Kawi iaitu perkataan di yang bermakna "tempat" atau "gunung" dan perkataan Hyang yang bererti "Dewa". Oleh itu, nama daripada Dieng mempunyai erti iaitu kawasan gunung yang menjadi kediaman semua dewa dan dewi.[1] Ada pula teori lain mengemukakan kenyataan bahawasannya nama daripada Dieng ialah berasal daripada Bahasa Sunda iaitu "di hyang" kerana ia diprediksi dalam zaman sebelum kewujudan Kerajaan Mataram Kuno iaitu sekitar abad ketujuh, kawasan itu dalam pengaruh politik yang bermula daripada Kerajaan Galuh.

Geologi[sunting | sunting sumber]

Dataran Tinggi Dieng adalah dataran yang mempunyai aktiviti gunung berapi di bawah permukaan seperti Yellowstone di Amerika Syarikat dan Dataran Tinggi Tengger di Indonesia. Sesungguhnya ia merupakan kaldera dengan banyak gunung sebagai tepi dalam kawasan yang berhampiran. Disana ada banyak kawah sebagai tempat berlakunya gas, wap air dan pelbagai bahan gunung berapi lain akan dikeluarkan. Situasi ini amat berbahaya kepada penghuni dalam kawasan itu dan ia telah terbukti iaitu kejadian letupan gas daripada Kawah Sinila pada tahun 1979. Bukan sahaja gas yang mempunyai racun, tapi ia membenarkan bahawa gempa bumi, letupan lumpur, tanah runtuh dan banjir boleh berlaku.

Selain daripada kawah, tasik gunung berapi mengandungi air bercampur dengan sulfur yang mempunyai warna tertentu iaitu warna kuning kehijauan.

Dari segi biologi, aktiviti gunung berapi di Dieng memang menarik kerana terdapat sesetengah spesies bakteria termofilik dalam air yang panas berhampiran dengan kawah yang boleh mendedahkan mengenai awal kehidupan di Bumi.

Kawah[sunting | sunting sumber]

Kawah aktif di Dieng merupakan kawah dari aktiviti gunung berapi bawah dataran tinggi. Pemantauan kepada aktiviti gunung berapi dijalankan oleh PVMBG melalui Pos Pemerhatian Dieng di Kecamatan Karangtengah. Antara berikut ialah kawah aktif yang dikawal:

  • Candradimuka
  • Sibanteng
  • Siglagah
  • Sikendang, gas berkemungkinan beracun
  • Sikidang
  • Sileri
  • Sinila, gas berkemungkinan beracun
  • Timbang, gas berkemungkinan beracun

Kawah Sibanteng[sunting | sunting sumber]

Sibanteng bertempat di Kampung Dieng Kulon. Kawah ini pernah mengalami letupan air tanah pada 15 Januari 2009 dan boleh menyebabkan kawasan pelancongan Dieng mesti ditutup untuk beberapa hari supaya dapat membuat jangkaan bila ada keracunan gas. Letupan lumpur itu boleh didengar sehingga 2 km. Ia membuatkan kawasan hutan rosak dan menyebabkan tanah runtuh. Kawah Sibanteng telah juga meletup pada Julai 2003.

Kawah Sikidang[sunting | sunting sumber]

Sikidang merupakan kawah paling masyhur dalam kawasan Dataran Tinggi Dieng kerana ia paling mudah dicecah oleh para pelancong. Kawah ini bertambah masyhur kerana lubang rembesan gas selalu berpindah dalam satu bidang yang luas. Dari lubang yang selalu berpindah ini, maka kawah ini dinamakan kerana pemastautin tempatan melihat lubang itu selalu berpindah menuju ke tempat lain macam rusa (dalam Bahasa Jawa dinamakan kidang).

Kawah Sileri[sunting | sunting sumber]

Kawah Sileri

Sileri ialah kawah yang paling cergas dan pernah meletus selama beberapa kali lebih mengikut nota di tahun 1944, 1964, 1984, Julai 2003, dan September 2009. Dalam aktiviti air tanah terakhir iaitu pada 26 September 2009, ada tiga kawah baru dengan material yang dilepaskan setinggi 200 meter.[2]

Kawah Sinila[sunting | sunting sumber]

Kawah Sinila bertempat antara Kampung Batur, Kampung Sumberejo dan Kampung Pekasiran di Kecamatan Batur. Kawah Sinila pernah meletup di waktu pagi pada tahun 1979 tepat pada tarikh 20 Februari 1979. Gempa yang muncul itu membuatkan semua pemastautin berlari dari tempat tinggal mereka, tapi kebanyakannya terperangkap oleh gas beracun yang keluar daripada Kawah Timbang sebagai akibat daripada letupan Sinila.[3] Sebilangan pemastautin seramai 149 orang dengan ternakan disahkan telah mati kerana keracunan gas karbon dioksida yang telah keluar dan merebak menuju ke pelbagai kawasan penempatan.

Kawah Timbang[sunting | sunting sumber]

Kawah ini bertempat dekat Kawah Sinila dan mempunyai tahap keaktifan pertengahan atau medium. Walaupun jarang cergas, kawah ini merupakan sumber daripada CO2 berkepekatan tinggi dan boleh memusnahkan beratus-ratus orang pada tahun 1979. Berdasarkan nota terkini, aktiviti daripada kawah ini meningkat ketara dalam Mei 2011 dengan mengeluarkan asap putih setinggi 20 meter dan mengeluarkan CO2 dalam tahap kepekatan melebihi tahap keselamatan (1,000 ppm, tahap kepekatan yang normal di udara mendekat kepada 400 ppm) dan membuatkan gempa bumi gunung berapi muncul[4]. Dalam tarikh 31 Mei 2011 di waktu pagi, kawah ini mengeluarkan CO2 lagi sehingga mencecah 1% v/v (100,000 ppm). Oleh yang demikian, para pemastautin telah diharamkan menuju ke kawasan dalam jejari 1 km dan kebanyakan daripada mereka telah dipaksa untuk berpindah.

Puncak[sunting | sunting sumber]

Tasik gunung berapi[sunting | sunting sumber]

Telaga Dringo dalam tahun 1937
  • Telaga Warna
  • Telaga Cebong
  • Telaga Merdada
  • Telaga Pengilon
  • Telaga Dringo
  • Telaga Nila

Cuaca[sunting | sunting sumber]

Kawasan Dieng mempunyai cuaca yang hangat dan sederhana. Hujan selalunya berlaku di kawasan Dieng, malah boleh berlaku apabila musim kemarau. Mengikut Pengelasan iklim Köppen, kawasan Dieng merupakan Cfb. Suhu purata tahunan di kawasan Dieng ialah 14°C.[5]

Data iklim untuk Dieng
Bulan Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sep Okt Nov Dis Tahun
Purata tinggi °C (°F) 17.9
(64.2)
18.5
(65.3)
18.6
(65.5)
18.4
(65.1)
18.5
(65.3)
18.5
(65.3)
18.2
(64.8)
18.0
(64.4)
18.5
(65.3)
18.8
(65.8)
19.2
(66.6)
18.8
(65.8)
18.49
(65.29)
Min harian °C (°F) 13.9
(57)
14.3
(57.7)
14.4
(57.9)
14.4
(57.9)
14.3
(57.7)
13.8
(56.8)
13.2
(55.8)
12.8
(55)
13.6
(56.5)
14.2
(57.6)
14.7
(58.5)
14.4
(57.9)
14
(57.2)
Purata rendah °C (°F) 10.0
(50)
10.1
(50.2)
10.3
(50.5)
10.4
(50.7)
10.1
(50.2)
9.2
(48.6)
8.3
(46.9)
7.6
(45.7)
8.7
(47.7)
9.6
(49.3)
10.3
(50.5)
10.1
(50.2)
9.56
(49.21)
Kerpasan mm (inci) 370
(14.57)
430
(16.93)
434
(17.09)
249
(9.8)
153
(6.02)
83
(3.27)
53
(2.09)
35
(1.38)
57
(2.24)
170
(6.69)
230
(9.06)
388
(15.28)
2,652
(104.41)
Sumber: [5]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Central Java hand book (edisi 2). Indonesia: Provincial Government of Central Java. 1983. 
  2. ^ Kawah Sileri Lontarkan Lumpur Panas Sejauh 200 Meter. Kompas 27 September 2009.
  3. ^ G. Dieng alert level II, Waspada. PVMBG 15-01-2009
  4. ^ Kawah Timbang Dieng Keluarkan Gas Beracun Pikiran Rakyat Online. Edisi Rabu, 25/05/2011.
  5. ^ a b http://en.climate-data.org/location/623617/

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Backshall, Stephan et al. (1999) Indonesia The Rough Guide London Penguin ISBN 1-85828-429-5 pp. 190–195
  • Dalton, Bill Indonesia Handbook fourth edition pp. 280–283
  • Dumarcay, J and Miksic J. Temples of the Dieng Plateau in Miksic, John 1996 (editor) 1996 Ancient History Volume 1 of Indonesian Heritage Series Archipleago Press, Singapore. ISBN 981-3018-26-7
  • Mertadiwangsa, S. Adisarwono, (1999) Dataran tinggi Dieng : objek wisata alam dan objek wisata budayanya = Dieng Plateau Yogyakarta: Kaliwangi Offset Yogyakarta, (In Indonesian)
  • Witton, Patrick (2003). Indonesia (7th edition). Melbourne: Lonely Planet. pp. 209–211. ISBN 1-74059-154-2. 

Koordinat: 7°12′S 109°54′E / 7.2°S 109.9°E / -7.2; 109.9