Datin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Datin merupakan gelaran pangkat kepada isteri seseorang suami yang menerima darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk atau Dato'.

Gelaran Datin juga boleh diberikan terus kepada seseorang wanita sebagai menghargai sumbangan beliau kepada negara, tanpa perlu berkahwin dengan seseorang yang bergelar Datuk atau Dato'. Dalam hal ini, sekiranya wanita tersebut berkahwin, suaminya tidak memiliki apa-apa gelaran. Misalnya di Johor dan Selangor, penerima darjah kebesaran daripada DYMM Sultan Johor dan DYMM Sultan Selangor yang membawa gelaran kebesaran tidak digelarkan sebagai Dato' kepada penerima golongan wanita tersebut, sebaliknya mereka digelarkan sebagai Datin Paduka.[1]

Di Terengganu pula, isteri kepada suami yang menerima darjah kebesaran daripada KDYMM Sultan Terengganu yang membawa kepada gelaran Dato' digelarkan sebagai To' Puan manakala isteri kepada suami bergelar Dato' Seri pula digelarkan sebagai To' Puan Seri. Sehubungan dengan itu, gelaran Datin dan Datin Seri tidak digunapakai di Terengganu.

Datin dalam drama Melayu[sunting | sunting sumber]

Gelaran Datin dalam drama Melayu sering digunakan untuk memegang watak golongan-golongan sosialit atau orang-orang yang berada (kaya) dan ahli korporat. Contohnya, dalam drama Datin Diaries.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Tania Jayatilaka (20 September 2021). "Datin Paduka is the official title of a female recipient of the title Dato' in the state of Selangor and Johore". Tatler Asia. Dicapai pada 21 August 2023.