Pergi ke kandungan

Dendam Cinta Arissa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dendam Cinta Arissa
GenreMisteri
Dendam
Ditulis oleh
Pengarah
Dibintangi oleh
Atikah Suhaime
Hisyam Hamid
Fezrul Khan
Aidil Aziz
Shiqin Kamal
Lagu pembukaan"Retak" oleh Han-byul
Lagu penutup"Retak" oleh Han-byul
Negara asal Malaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod30
Syarikat penerbitan
Radius One
Penyiaran
Saluran asalAstro Ria (Slot DramaVaganza)
Astro Prima (Slot Tiara)
Siaran asal9 Mac 2020 – 30 Oktober 2020
Status9 Mac - 3 Apr 2020 (Ditunda)
21 September - 30 Oktober 2020 (Sambungan)
Kronologi
MengikutiJujurlah Nikahi Aku

Dendam Cinta Arissa ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2020 arahan bersama Shahrulezad Mohameddin dan Uchee Fukada, dibintangi oleh Atikah Suhaime, Hisyam Hamid, Fezrul Khan, Aidil Aziz dan Shiqin Kamal.[1] Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot DramaVaganza Astro Ria bermula 9 Mac 2020 menggantikan Jujurlah Nikahi Aku.

Bermula 21 September, drama ini akan bersiaran semula di Astro Prima menerusi Slot Tiara dari episod pertama dan episode terbaru hingga episod akhir.

Setelah lama bercinta, Zariman akhirnya melamar Arissa untuk menjadi isterinya dan mula membuat perancangan perkahwinan. Arissa dilanda dilemma, takut sekiranya selepas dia berkahwin dan berpindah, Suraya tidak dapat menjaga nenek mereka (Saleha) dengan baik.

Sementara itu, Rafael dilanda kemelut rumahtangga apabila dia syak Diana curang dengan dia. Diana akhrinya mengaku yang dia curang dan meminta Rafael supaya lepaskan dia.

Perkahwinan Arissa dan Zariman musnah apabila Rafeal melanggar Zariman dan melarikan diri untuk mengejar isterinya. Ingin jujur pada Arissa namun Rafeael jatuh cinta dengan Arissa tanpa sengaja.

Pelakon utama

[sunting | sunting sumber]
Atikah Suhaime sebagai Arissa
Aidil Aziz sebagai Zaki
  • Atikah Suhaime sebagai Arissa, Isteri Zariman, Kakak Kepada Suraya, Cucu Saleha
  • Hisyam Hamid sebagai Rafael, Suami Diana, Ayah Kepada Mimi, Anak Kak Kinah
  • Fezrul Khan sebagai Zariman, Abang Kepada Zarina, Anak Kepada Mustaffar, Meninggal Dunia Akibat Kecuaian Rafael Mengejar Isterinya Pergi Ke Airport
  • Aidil Aziz sebagai Zaki, Kawan Baik Zariman
  • Shiqin Kamal sebagai Zarina, Adik Kepada Zariman, Anak Kepada Mustaffar

Pelakon pembantu

[sunting | sunting sumber]
  • Ruzana Ibrahim sebagai Diana, Isteri Rafael, Mak Kepada Mimi, Menantu Kak Kinah
  • Arash Mohamad sebagai Mustaffa, Ayah Kepada Zariman & Zarina
  • Noryati Taib sebagai Saleha, Nenek Kepada Arissa & Suraya
  • Putri Hanan sebagai Suraya, Adik Kepada Arissa & Kawan Karib Ajak
  • Dilla Ahmad sebagai Kak Kinah, Mak Rafael, Mak Mertua Diana, Nenek Kepada Mimi
  • Ranea Salsabilla sebagai Mimi, Anak Rafael, Diana, Cucu Kepada Kak Kinah
  • Razzuan Rosli sebagai Ajak, Kawan Baik Suraya

Runut bunyi

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Drama Dendam Cinta Arissa My Infotaip (8 Mac 2020). Dicapai pada 22 Mac 2020.