Dendam Rubik
Dendam Rubik (juga dikenali sebagai Kiub Master) ialah Kiub Rubik berdimensi 4x4x4. Kiub tersebut terdiri daripada 1 teras dan 56 bahagian yang dicantumkan dengan teras, iaitu 8 bucu, 24 tepi dan 24 pusat.
Tidak seperti Kiub Rubik, Dendam Rubik tidak mempunyai bahagian pusat yang tetap; bahagian-bahagian pusat dibenarkan untuk menukar kedudukannya.
Dendam Rubik dapat diselesaikan dengan cara yang sama seperti Kiub Rubik, asalkan bahagian-bahagian tengah berada dalam kedudukan yang betul dan bahagian-bahagian tepi telah dicantumkan.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Dendam Rubik dicipta oleh Péter Sebestény pada tahun 1981. Dendam Rubik hampir dinamakan Kiub Sebestény, berdasarkan nama penciptanya, tetapi satu keputusan untuk menukarkan namanya dilakukan sebelum Kiub Sebestény dijual. Kiub tersebut ditukarkan namanya kepada Dendam Rubik untuk menarik minat peminat Kiub Rubik.
Pertandingan menkiub
[sunting | sunting sumber]Acara-acara Dendam Rubik
[sunting | sunting sumber]Selain daripada penyelesaian biasa, Persatuan Kiub Dunia juga mengadakan acara menyelesaikan Dendam Rubik dengan menutup mata.
Sama seperti acara penyelesaian tutup mata bagi Kiub Rubik, peserta-peserta acara penyelesain tutup mata Dendam Rubik mula-mula memeriksa kiub yang telah dicampurkan (melihatnya sebelum menutup mata), kemudian menutup mata mereka sebelum membuat pergerakan pada kiub. Masa yang dikira untuk acara ini bermula apabila peserta memeriksa kiub dan berakhir apabila kiub telah diselesaikan. Pemenang acara ini ditentukan oleh purata masa daripada tiga penyelesaian.
Rekod Dunia
[sunting | sunting sumber]Penyelesaian biasa
[sunting | sunting sumber]Rekod dunia bagi masa penyelesaian biasa terpantas dimiliki oleh Sebastian Weyer dari Jerman dengan masa 17.42 saat di pertandingan Danish Open 2019.[1]
Rekod dunia bagi purata masa daripada tiga masa tengah daripada lima penyelesaian terpantas dimiliki oleh Max Park dari Amerika Syarikat dengan purata masa 21.13 saat di pertandingan SacCubing IV 2018.[2]
Penyelesaian tutup mata
[sunting | sunting sumber]Rekod dunia bagi masa penyelesaian tutup mata terpantas dimiliki oleh Stanley Chapel dari Amerika Syarikat dengan masa 1 minit 6.23 saat di pertandingan OSU Blind Weekend 2019.[3]
Rekod dunia bagi purata masa daripada tiga penyelesaian tutup mata terpantas juga dimiliki oleh Stanley Chapel dari Amerika Syarikat dengan purata masa 1 minit 12.55 saat di pertandingan Florida Fall Fest 2019.[4]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Mainan teka-teki mekanik berkubus lain:
- Kiub Poket (2x2x2)
- Kiub Rubik (3x3x3)
- Kiub Profesor (5x5x5)
- Kiub-V 6 (6x6x6)
- Kiub-V 7 (7x7x7)
Mainan teka-teki mekanik menggunakan mekanik berbeza yang lain: