Kiub Profesor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Kiub Profesor yang telah dicampurkan.
Kiub Profesor yang telah dicampurkan.

Kiub Profesor ialah Kiub Rubik berdimensi 5x5x5. Kiub Profesor terdiri daripada 1 teras dan 98 bahagian yang dicantumkan dengan teras, iaitu 6 bahagian pusat tetap, 48 bahagian pusat luaran, 12 bahagian tepi utama, 24 bahagian tepi luaran dan 8 bucu.

Kiub Profesor mempunyai kualiti-kualiti yang sama dengan Kiub Rubik dan Dendam Rubik. Mengetahui cara untuk menyelesaikan Kiub Rubik dan Dendam Rubik dapat membantu untuk menyelesaikan Kiub Profesor.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Kiub Profesor dicipta oleh Udo Krell pada tahun 1981. Reka bentuk Kiub Profesor Udo Krell adalah reka bentuk Kiub Profesor yang pertama yang dihasilkan dan dipasarkan di Hong Kong. Reka bentuk Kiub Profesor Udo Krell dihasilkan oleh Uwe Mèffert.

Tidak seperti Dendam Rubik, Kiub Profesor tidak dipasarkan di bawah nama khas pada awalnya. Kiub Profesor dipasarkan di bawah nama "Wahn Rubik" di Jerman oleh Ideal Toys (Wahn bermakna ilusi atau khayalan). Kiub tersebut mendapat namanya apabila kiub tersebut dipasarkan di bawah nama "Kiub Profesor" di Jepun.

Pertandingan menkiub[sunting | sunting sumber]

Acara-acara Kiub Profesor[sunting | sunting sumber]

Sama seperti acara-acara Dendam Rubik, Persatuan Kiub Dunia mengadakan acara menyelesaikan Dendam Rubik dengan biasa dan dengan menutup mata.

Sama seperti acara penyelesaian tutup mata bagi Kiub Rubik, peserta-peserta acara penyelesain tutup mata Kiub Profesor mula-mula memeriksa kiub yang telah dicampurkan (melihatnya sebelum menutup mata), kemudian menutup mata mereka sebelum membuat pergerakan pada kiub. Masa yang dikira untuk acara ini bermula apabila peserta memeriksa kiub dan berakhir apabila kiub telah diselesaikan. Pemenang acara ini ditentukan oleh purata masa daripada tiga penyelesaian.

Rekod Dunia[sunting | sunting sumber]

Penyelesaian biasa[sunting | sunting sumber]

Rekod dunia bagi masa penyelesaian biasa terpantas dimiliki oleh Max Park dari Amerika Syarikat dengan masa 36.06 saat di pertandingan CubingUSA Western Championship 2019.[1]

Rekod dunia bagi purata masa daripada tiga masa tengah daripada lima penyelesaian terpantas juga dimiliki oleh Max Park dari Amerika Syarikat dengan purata masa 39.65 saat di pertandingan CubingUSA Western Championship 2019.[2]

Penyelesaian tutup mata[sunting | sunting sumber]

Rekod dunia bagi masa penyelesaian tutup mata terpantas dimiliki oleh Stanley Chapel dari Amerika Syarikat dengan masa 2 minit 38.77 saat di pertandingan WCA World Championship 2019.[3]

Rekod dunia bagi purata masa daripada tiga penyelesaian tutup mata terpantas juga dimiliki oleh Stanley Chapel dari Amerika Syarikat dengan purata masa 3 minit 23.92 saat di pertandingan Warm Up Canberra 2019.[4]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Mainan teka-teki mekanik berkubus lain:

Mainan teka-teki mekanik menggunakan mekanik berbeza yang lain:

Nota[sunting | sunting sumber]