Segi empat-1

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sebuah Segi Empat-1.

Segi Empat-1 (juga dikenali sebagai Back to Square One dan Kiub 21) ialah sebuah mainan teka-teki mekanik Kiub Rubik. Ciri yang melainkan Segi Empat-1 daripada mainan teka-teki mekanik berkaitan dengan Kiub Rubik lain ialah Segi Empat-1 dapat menukar bentuk apabila dicampurkan, sekali gus menambah cabaran dan tahap kesukaran mainan tersebut.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Segi Empat-1, dengan nama penuhnya Back to Square One, dan namanya yang lain Kiub 21 dicipta oleh Karel Hršel dan Vojtěch Kopský di sekitar tahun 1990. Mereka meminta paten Czechoslovakia pada 8 November 1990 dan mereka diberinya pada 26 Oktober 1992 dengan nombor paten CS 277266 B6. Segi Empat-1 juga dipaten di Amerika Syarikat pada 16 Mac 1993 dengan nombor paten US5,193,809. Reka ciptanya juga dipatenkan pada 5 Oktober 1993 dengan nombor paten D340,093.

Penerangan[sunting | sunting sumber]

Segi Empat-1 terdiri daripada 3 lapisan dan 18 bahagian, iaitu 8 bahagian segi tiga, 8 bahagian layang-layang dan 2 bahagiantrapezoid. Setiap bahagian segi tiga mempunyai 2 warna manakala setiap bahagian layang-layang dan setiap bahagian trapezoid mempunyai 3 warna. Bahagian segi tiga dan bahagian layang-layang masing-masing juga dipanggil bahagian tepi dan bahagian bucu. Bahagian layang-layang seluas 60 darjah manakala bahagian segi tiga seluas 30 darjah. Kedua-dua bahagian trapezoid dapat membentuk sebuah heksagon atau segi empat sama tidak sekata. Lapisan atas dan bawah masing-masing terdiri daripada 4 bahagian segi tiga dan 4 bahagian layang-layang. Lapisan tengah terdiri daripada kedua-dua bahagian trapezoid.

Walaupun berbentuk kubus, struktur Segi Empat-1 berlainan daripada Kiub Rubik kerana Segi Empat-1 boleh menukar bentuk apabila dicampurkan. Setiap lapisan dapat dicampurkan dengan bebas, dan sekiranya setiap bahagian dalam setiap lapisan diaturkan dengan betul, Segi Empat-1 dapat dicampurkan secara menegak. Disebabkan oleh keluasan bahagian segi tiga separuh daripada keluasan bahagian layang-layang, kedudukan kedua-dua bahagian dapat bertukar dengan dua bahagian segi tiga mengambil tempat satu bahagian layang-layang dan sebaliknya. Ini menyebabkan Segi Empat-1 menukar bentuk.

Rekod dunia[sunting | sunting sumber]

Rekod dunia bagi masa penyelesaian terpantas dimiliki oleh Jackey Zheng dari Amerika Syarikat dengan masa 4.95 saat di pertandingan Brooklyn 2019.[1]

Rekod dunia bagi purata masa daripada tiga masa tengah daripada lima penyelesaian terpantas dimiliki oleh Vicenzo Guerino Cecchini dari Brazil dengan purata masa 6.73 saat di pertandingan Schoolmark Open 2018.[2]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Mainan teka-teki mekanik lain:

Nota[sunting | sunting sumber]