Depot Tahanan Semenyih

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Depot Tahanan Semenyih terletak di Semenyih, Selangor. Depot ini bersebelahan dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Engku Husain, Taman Bunga Raya, Taman Paling Jaya, Taman Desa Kenanga dan Suria Grande. Kem ini menempatkan pendatang tanpa izin yang masuk ke Malaysia secara haram dari pelbagai negara Asia dan Afrika. Antaranya dari negara Indonesia, Myanmar, Nepal, Bangladesh dan lain-lain.

Sebuah mahkamah diwujudkan bagi memudahkan tahanan dibicarakan dan proses penghantaran mereka dipercepatkan. Di dalamnya terdiri dari beberapa blok bangunan untuk tahanan lelaki dan tahanan perempuan. Dua buah menara tinjau setinggi 20 meter didirikan bagi mengawasi keadaaan dalaman dan luaran. Pagar kawat berlapis dibina agar tahanan tidak dapat melarikan diri.

Tahanan lari[sunting | sunting sumber]

Pada 21 Jun 2009, 11 pendatang tanpa izin melarikan diri menuju ke Lebuh raya Lekas kerana kawasan itu semak samun dan sedikit berhutan.Mereka boleh melarikan diri ke Kajang, Bangi dan Cheras.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Shakarudin Che Mood menyatakan 3 rakyat Myanmar ditahan semula. 8 rakyat Myanmar dan Nepal berusia dalam lingkungan 30 hingga 40 tahun berjaya melepaskan diri tanpa dapat dikesan. Mereka memecahkan pintu pagar pada jam 4.30 petang.

Sila lihat[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]