Pergi ke kandungan

Di Matamu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
"Di Matamu"
Single oleh Sufian
Dilancarkan23 Mac 2018
Dirakamkan2017
TempatMalaysia Sunting nilai ini di Wikidata
Format
GenrePop, soul, R&B
Panjang4:14
SyarikatAries Music
PenulisSirkhan, Rinkarnaen
PenerbitSirkhan, Rinkarnaen
Kronologi Kronologi single Sufian Suhaimi
""Terasa Ada"
(2017)"
"Di Matamu" ""Mencuba"
(2019)"
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

"Di Matamu" ialah lagu oleh Sufian Suhaimi, dikeluarkan pada 23 Mac 2018 sebagai single keempatnya. Pada 3 Februari 2019, lagu ini telah merangkul persembahan terbaik di Anugerah Juara Lagu ke-33. Persembahan beliau seterusnya menjadi bualan hangat netizen dari pelbagai faktor antaranya penghayatan lagu yang amat mantap yang dapat dirasai sendiri oleh rakyat Malaysia ketika itu. Video klip persembahan Sufian telah mendapat tontonan sebanyak dua juta kali selepas dimuat naik di laman sosial YouTube.

Latar belakang

[sunting | sunting sumber]

"Di Matamu" ialah single yang dilancarkan beberapa hari selepas beliau memutuskan tunangnya dengan Elfira Loy selepas pertunangan mereka hanya bertahan selama hampir lebih 4 bulan. Ia sebenarnya tular sebelum ia dikeluarkan secara rasmi, disebabkan kerana isu putus tunang dan lagu ini sedap kerana penghayatan Sufian sungguh baik dan ia sungguh dekat dengan rakyat Malaysia. Teaser bagi lagu ini mendapat 10 juta tontonan selepas sebulan dimuatnaik di YouTube.

Video muzik

[sunting | sunting sumber]

Video muzik ini memecah rekod apabila berjaya mendapat 1.4 juta tontonan dalam masa 24 jam. Video muzik ini mengisahkan pertemuan antara Sufian dan kekasihnya. Sufian sanggup berbuat apa saja untuk menambat hati kekasihnya. Namun setelah kekasihnya mengetahui bahawa Sufian memiliki kekasihnya yang lain, dia sanggup menampar Sufian dan meninggalkan dirinya keseorangan. Akhirnya kekasih baru Sufian juga mengalami nasib yang sama seperti kekasih lamanya, dia membaling foto bergambar Sufian bersama kekasih lamanya ke arah muka Sufian sendiri lalu pergi meninggalkan Sufian. Lagu ini telah memadam rekod yang dipegang oleh lagu "Ku Rela Dibenci" oleh Aiman Tino sebagai lagu melayu paling banyak tontonan pada Januari 2019 sekaligus menjadikan ia lagu melayu pertama yang mencecah 50 juta tontonan. [1]

Kedudukan carta

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Kedudukan tertinggi
Era FM
[1]
Hot FM
[2]
Muzik Muzik
[3]
RIM (Antarabangsa & Domestik)
[4]
RIM (Domestik)
[5]
2018 "Di Matamu" 1 1 1 1 1

Anugerah dan pencalonan

[sunting | sunting sumber]

Anugerah Juara Lagu

[sunting | sunting sumber]
Anugerah Juara Lagu
Tahun Lagu Komposer Penulis Lirik Kategori Keputusan
2019 Di Matamu Sirkhan, Rinkarnaen Terbuka Menang

Anugerah Planet Muzik

[sunting | sunting sumber]
Anugerah Planet Muzik
Tahun Kategori Pencalonan Keputusan
2018 Lagu Paling Popular Di Matamu Tercalon
  1. ^ "Carta ERA 40". Era FM.
  2. ^ "Hot FM 30". Hot FM. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-05-12. Dicapai pada 2021-04-10.
  3. ^ "Carta 20 Muzik Muzik". Muzik Muzik.
  4. ^ "Top 20 Most Streamed International and Domestic Singles in Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Industri Rakaman Malaysia.
  5. ^ "Top 20 Most Streamed Domestic Singles in Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Industri Rakaman Malaysia.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]