Takkan Merubah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
"Takkan Merubah"
Single oleh Sufian Suhaimi dan Amira Othman
daripada album OST Motif
Dilancarkan pada27 Ogos 2019
Dirakamkan pada19 Ogos 2019
Format
GenreBalada
Panjang4:56 minit
Syarikat
PenulisFarouk Roman, Amylea Azizan
PenerbitFarouk Roman
Kronologi Kronologi single Sufian Suhaimi
""Mencuba"
(2019)"
"Takkan Merubah" ""Inilah Dikatakan Cinta"
(2020)"
Kronologi single Amira Othman
"Sambil"
(2019)
"Takkan Merubah"
(2019)
"Surat Akhir"
(2020)
"Takkan Merubah" di YouTube
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

"Takkan Merubah" ialah lagu yang dirakamkan dan dipersembahkan oleh Sufian Suhaimi dan Amira Othman.[1][2] Lagu ini ialah hasil nukilan bersama Farouk Roman dan Amylea Azizan. Ia dikeluarkan oleh Aries Music dan Seventeen Eleven Music pada 27 Ogos 2019 sebagai lagu tema filem Motif (2019).[3]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

"Takkan Merubah" menandakan kali pertama Sufian Suhaimi (kanan) dan Amira Othman (kiri) merakamkan lagu bersama-sama.[4] "Takkan Merubah" menandakan kali pertama Sufian Suhaimi (kanan) dan Amira Othman (kiri) merakamkan lagu bersama-sama.[4]
"Takkan Merubah" menandakan kali pertama Sufian Suhaimi (kanan) dan Amira Othman (kiri) merakamkan lagu bersama-sama.[4]

"Takkan Merubah" menandakan buat kali pertama Sufian Suhaimi dan Amira Othman merakamkan lagu bersama.[4][5] Sufian mendedahkan dalam satu temubual bersama Berita Harian bahawa ini merupakan projek istimewa antaranya dengan Amira. Persediaan rapi juga dilakukan sebelum masuk ke studio rakaman. Proses rakaman lagu ini mengambil masa 8 jam untuk disiapkan.[6] Menurutnya: "Kami masuk studio pada 19 Ogos lalu untuk proses rakaman yang bermula jam 9 malam. Memandangkan ia kerjasama pertama saya dan Amira, kami perlu terlebih dahulu mencari titik keserasian. Biarpun mengambil sedikit masa, saya tidak kisah kerana setiap komposer mempunyai cara tersendiri untuk memastikan lagu yang dirakamkan memberikan kepuasan kepada semua yang terbabit,".[7]

Lagu ini juga merupakan kali pertama Amira menimba pengalaman bekerja dengan komposer Farouk dan Amylea. Amira berkata: "Pada mulanya, saya difahamkan pihak pengurusan bakal berduet dengan penyanyi wanita tetapi akhirnya digandingkan dengan Sufian. Walaupun ia kerjasama pertama menerusi projek lagu duet ini, kami juga sudah kenal lama dan sering berjumpa dalam majlis hiburan sebelum ini,". Menurut Amira, beliau dan Sufian banyak berbincang untuk memberikan hasil terbaik ketika proses rakaman lagu itu. Mereka berdua juga berusaha memberikan yang terbaik seperti dikehendaki komposer walaupun terdapat perbezaan dari julat vokal.[8] Majlis pelancaran single ini diadakan di Red Box Pavilion, Kuala Lumpur.[3] "Takkan Merubah" juga layak dipertandingkan di Separuh Akhir Muzik Muzik 35 yang berlangsung dari 20 hingga 22 November 2020.[9]

Muzik video[sunting | sunting sumber]

Muzik video rasmi untuk "Takkan Merubah" dikeluarkan di saluran YouTube Aries Music pada 27 Ogos 2019, diarahkan oleh Nadiah Hamzah.[3]

Format dan senarai runut[sunting | sunting sumber]

Muat turun digital[10]
  1. "Takkan Merubah" – 4:56

Sejarah keluaran[sunting | sunting sumber]

Negara Tarikh Format Label
Malaysia 27 Ogos 2019 Muat turun digital[10]
Media penstriman[11]
Aries Music
Seventeen Eleven Music

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Wow! Sufian Suhaimi tampil duet bersama Amira Othman". Hot FM. 28 Ogos 2019. Dicapai pada 4 April 2020.
  2. ^ "Sufian Suhaimi muncul duet bersama Amira Othman". Astro Awani. 23 September 2019. Dicapai pada 5 April 2020.
  3. ^ a b c "Sufian Suhaimi dan Amira Othman dipertemukan dalam lagu Takkan Merubah". Kopiplanet. 31 Ogos 2019. Dicapai pada 4 April 2020.
  4. ^ a b "Cabaran 'berat' Sufian Suhaimi, Amira Othman". XTRA. 29 Ogos 2019. Dicapai pada 4 April 2020.
  5. ^ "#Showbiz: Befitting duet for crime drama" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. 5 September 2019. Dicapai pada 5 April 2020.
  6. ^ Ramlah Zainal (1 September 2019). "8 jam rakam Takkan Merubah". Harian Metro. Dicapai pada 5 April 2020.
  7. ^ Zaidi Mohamad (27 Ogos 2019). "Sufian, Amira cari keserasian". Berita Harian. Dicapai pada 5 April 2020.
  8. ^ Ramlah Zainal (8 September 2019). "Runut bunyi filem pun okey". Harian Metro. Dicapai pada 5 April 2020.
  9. ^ Ridzuan Abdul Rahman (4 November 2020). "SFMM35 berlangsung 3 hari". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-11-13. Dicapai pada 5 April 2021.
  10. ^ a b "Takkan Merubah - Single by Sufian Suhaimi and Amira Othman". iTunes (MY). 6 September 2019. Dicapai pada 4 April 2020.
  11. ^ "Takkan Merubah - Single by Sufian Suhaimi and Amira Othman". Spotify. 6 September 2019. Dicapai pada 4 April 2020.