Era (stesen radio)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Era FM)
ERA
BandarBukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia
Kawasan penyiaran
SloganMuzik Hit Terkini
Tarikh siaran pertama1 Ogos 1998; 25 tahun yang lalu (1998-08-01)
FormatMuzik Kontemperari Hit
BahasaMelayu
Pengenal terdahuluEra FM
(1 Ogos 1998 - 31 Disember 2017)
PemilikAstro Radio
(Maestra Broadcast Sdn Bhd)
Saluran kembar
Siaran webaudio1.syok.my/era
Tapak webera.syok.my

ERA (dahulu dikenali sebagai ERA FM)[1] merupakan sebuah stesen radio swasta di Malaysia yang dikendalikan oleh Astro Radio. ERA ialah radio swasta pertama yang ditempatkan di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Radio edisi tempatan

ERA Sarawak

ERA Sarawak (dahulu dikenali sebagai ERA FM Sarawak) merupakan sebuah stesen radio swasta di Malaysia yang dikendalikan oleh Astro Radio. ERA Sarawak ialah radio swasta pertama yang ditempatkan di luar Kuching, iaitu di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

ERA Sarawak
Bandar
Kawasan penyiaran
SloganMuzik Hit Terkini
Tarikh siaran pertama25 Oktober 2010; 13 tahun yang lalu (2010-10-25)
FormatMuzik Kontemperari Hit
BahasaMelayu
Pengenal terdahuluEra FM Sarawak
(25 Oktober 2010 - 31 Disember 2017)
PemilikAstro Radio
Saluran kembar
Siaran webaudio1.syok.my/amp-era-kch
Tapak webera.syok.my

ERA Sabah

ERA Sabah (dahulu dikenali sebagai ERA FM Sabah) merupakan sebuah stesen radio swasta di Malaysia yang dikendalikan oleh Astro Radio. ERA Sabah ialah radio swasta pertama yang ditempatkan di luar Kota Kinabalu, iaitu di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

ERA Sabah
Bandar
Kawasan penyiaran
SloganMuzik Hit Terkini
Tarikh siaran pertama1 Disember 2010; 13 tahun yang lalu (2010-12-01)
FormatMuzik Kontemperari Hit
BahasaMelayu
Pengenal terdahuluEra FM Sabah
(1 Disember 2010 -31 Disember 2017)
PemilikAstro Radio
Saluran kembar
Siaran webaudio1.syok.my/amp-era-kk
Tapak webera.syok.my

Sejarah penubuhan ERA Sarawak dan ERA Sabah

Pada September 2010, ERA Sarawak dan ERA Sabah telah dilancarkan bersama rakan Inggeris dan Cina masing-masing Hitz Sarawak, Hitz Sabah, My Sarawak dan My Sabah di Malaysia Timur - ketiga-tiga saluran itu mula bersiaran di Kuching pada 25 Oktober tahun itu diikuti Kota Kinabalu pada 1 Disember 2010.[perlu rujukan]

Sebelum ERA Sarawak dan ERA Sabah berpindah ke Bukit Jalil, Antara 2017 dan 2018, pilihan keluar Sabah dan Sarawak telah dinaik taraf kepada cawangan tempatan sepenuhnya, dengan semua kandungan berasal dari ibu kota masing-masing 24 jam sehari, dan menamatkan pergantungan dengan perdana Kuala Lumpur pada waktu luar puncak. Era FM Sabah menjadi tempatan sepenuhnya pada 24 April 2017. Era Sarawak mengikutinya pada 22 Januari 2018.[perlu rujukan]

Pada 2 Januari 2018, Era FM Sarawak dan Era FM Sabah telah dijenamakan semula kepada ERA Sarawak dan ERA Sabah sebagai langkah oleh Astro Radio untuk menyepadukan berbilang platform melangkaui radio tradisional. Pada masa yang sama, logo baharu turut diperkenalkan dengan penjenamaan semula.[perlu rujukan]

Pada 1 Oktober 2023, Astro Radio telah menghentikan operasinya di Sabah dan Sarawak. Di sebalik langkah ini, siaran radio untuk ERA Sarawak dan ERA Sabah akan diteruskan seperti biasa namun operasinya akan dipindahkan semula ke Kuala Lumpur bermula 1 Januari 2024.[perlu rujukan]

Sebagai keputusan, saluran radio bahasa Inggeris dan Cina, Hitz Sarawak, Hitz Sabah, My Sarawak dan My Sabah akan dikembalikan semula siarannya ke Kuala Lumpur.[perlu rujukan]

Pada 8 Januari 2024, ERA Sarawak dan ERA Sabah mula beroperasi dari Pusat Penyiaran Asia, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.[perlu rujukan]

Sejarah

Latar belakang

ERA bermula secara rasminya pada 1 Ogos 1998, selepas membuat siaran percubaan selama dua bulan, bermula pada Jun tahun yang sama. Stesen radio ini menggunakan frekuensi asal stesen radio Classic Rock, yang muncul di gelombang FM Malaysia pada 1 Januari 1997 setelah sebelum ini menjadi salah satu saluran bunyi sahaja di Astro. Stesen radio tersebut diteruskan di ASTRO, selepas slot FM digantikan oleh ERA fm. Stesen radio ini adalah stesen radio swasta pertama bersiaran dalam Bahasa Melayu, dan juga stesen radio pertama yang menggunakan teknologi digital sepenuhnya. Lagu pertama yang diputarkan ialah dari Zainal Abidin iaitu "Hijau". Kini ERA fm menyiarkan lagu dalam pelbagai bahasa yang hit.

Era FM pernah menjadi peneraju dalam stesen radio FM berbahasa Melayu, tetapi telah kehilangan popularitinya kepada stesen kakaknya, Sinar FM. Pada 2012, Era FM mendapat semula tempat teratas sebagai stesen radio paling popular di Malaysia dengan hampir 5 juta pendengar. Era FM ialah stesen radio pertama di Malaysia yang memegang tiga rekod dalam Malaysia Book Of Records sejak 1998.

Pada 2 Januari 2018, Era FM telah dijenamakan semula kepada ERA sebagai langkah oleh Astro Radio untuk menyepadukan berbilang platform melangkaui radio tradisional. Pada masa yang sama, logo baharu turut diperkenalkan dengan penjenamaan semula.

Stesen radio ini menggunakan cogan kata "Muzik Hit Terbaik" sehingga 16 Januari 2022, sebelum ditukar ke "Muzik Hit Terkini" pada 17 Januari 2022.

ERA bergabung dengan Suria

Buat julung kalinya, stesen radio Suria dan Era bakal bersiaran secara serentak di kedua-dua frekuensi menerusi gabungan segmen pagi Morning Morning Suria dan 3 Pagi Era pada 23 Oktober 2023 (Isnin) dari jam 6 pagi hingga 10 pagi.

Diinspirasikan oleh CelcomDigi, kedua-dua stesen ini akan disatukan melalui penjenamaan"ERA SURIA, Di Sini Segalanya Terkini", menjanjikan hiburan ‘radio tanpa batas’ dengan menghiburkan para pendengar melalui gandingan hebat dari barisan penyampai seperti Ajak, Shuib, Suraya, Nabil, Azad dan Radin.

Selain mendengar celoteh dari barisan penyampai, pendengar juga bakal dihiburkan dengan pelbagai topik menarik dan pilihan lagu bertemakan duet yang bakal dimainkan secara serentak dari kedua stesen.

Menurut Pengurus Besar Suria, Roslinda Abd Majid (DJ Lin), pihaknya mengalu-alukan dan menyambut baik jalinan kerjasama bersama pihak Astro sekali gus sejarah baru akan tercipta dalam industri radio tanah air.

"Sebagai sebuah stesen radio swasta sememangnya kami bersaing dari segi ranking dan jumlah pendengar tetapi kerjasama ini merupakan simbolik untuk memupuk semangat silaturahim demi melihat industri radio terus berkembang secara sihat.

"Diharapkan jalinan sebegini dapat membuka pintu ruang kerjasama yang lebih aktif dan agresif di masa mendatang sekaligus dapat menjadi rujukan kepada pengamal radio yang lain untuk mengambil pendekatan yang sama di samping mewujudkan persepsi positif masyarakat terhadap industri radio di Malaysia," ujarnya.

Sementara itu, Pengurus Kandungan Era, Hani Fadzil berkata, meskipun kolaborasi ini menggabungkan dua jenama dari latar belakang yang berbeza, pihaknya percaya bahawa di penghujung hari, kandungan dan pengisian yang diterima oleh para pendengar adalah perkara utama.

"Kami juga ingin mempamerkan persaingan sihat di antara jenama radio dengan berkongsi nilai dan matlamat yang sama, seperti CelcomDigi, kami percaya bahawa ERA dan Suria akan Gagah Bersama," katanya.[2]

Penyampai radio

Logo dengan slogan (2008-2017).

Penyampai Harian

Penyampai Harian (Era Sarawak & Era Sabah)

  • Ilmo
  • Alisa
  • Asyilah
  • Haziq
  • Dhirah
  • Ameer
  • Addnan
  • Mijul
  • Emma
  • Melanie
  • Adam
  • Nicky
  • Deemike

Penyampai Hujung Minggu

Penyampai Hujung Minggu (Era Sarawak & Era Sabah)

  • Ilmo
  • Alisa
  • Asyilah
  • Haziq
  • Dhirah
  • Ameer
  • Fieya Julia
  • Daniel Chuer
  • Addnan
  • Mijul
  • Emma
  • Melanie
  • Adam
  • Nicky
  • Deemike

Bekas penyampai ERA (1998 - sekarang)

Stesen radio ini mempunyai jumlah bekas penyampai yang paling ramai dalam kategori stesen radio swasta.

1990an

2000an

2010an

Syamimi* - Era Terengganu
Razif Abdul Roslin (Pak Pek)* Era Kelantan (1974-2019)
Erlinda* - Era Johor (2018–2020)
Nota: Telah meninggal dunia

Slot penyiaran

Isnin-Jumaat

Slot penyiaran Era

Segmen Penyampai Masa
Muzik Hit Terkini 00:00 - 06:00
3 Pagi ERA Azad Jasmin, Nabil & Radin 06:00 - 10:00
ERAthon Munaabella 10:00 - 13:00
Gempak Hit ERA Isha Norsham 13:00 - 16:00
Petang ERA Haniff & Ray 16:00 - 20:00
PM 40 ERA Fazziq Muqris 20:00 - 00:00

Sabtu

Segmen Penyampai Masa
Muzik Hit Terkini 00:00 - 07:00
Sabtu Pagi ERA Namie & Hawa Rizwana 07:00 - 10:00
Super Safee ERA Safee Sali 10:00 - 11:00
#HujungMingguERA 11:00 - 15:00
Carta ERA 40 Elly Mazlein 15:00 - 19:00
Nonstop ERA 19:00 - 21:00
RIM CHART ERA Isha Norsham 21:00 - 22:00
Flow ERA Zahier 22:00 - 23:00
Seram Sabtu ERA MR E 23:00 - 00:00

Ahad

Segmen Penyampai Masa
Muzik Hit Terkini 00:00 - 06:00
The Best of 3 Pagi ERA 06:00 - 08:00
Carta ERA 40 (ulangan) Elly Mazlein 08:00 - 12:00
Throwbaek ERA Fazziq Muqris 12:00 - 13:00
Soundtrek ERA 13:00 - 14:00
#HujungMingguERA 14:00 - 18:00
Ulangan RIM CHART ERA Isha Norsham 18:00 - 19:00
Nonstop ERA 19:00 - 22:00
Lagu Baru Nak Up ERA Fazziq Muqris 22:00 - 23:00
Hallyu ERA Munabella 22:00 - 23:00

Isnin - Jumaat

Slot penyiaran Era Sarawak & Era Sabah

Segmen Penyampai Masa
Muzik Hit Terkini 00:00 - 06:00
Ooha Pagi ERA Ilmo & Alisa 06:00 - 10:00
Acak Tok ERA Asyilah 10:00 - 13:00
Seranto ERA Haziq 13:00 - 16:00
Rilek Petang ERA Dhirah 16:00 - 20:00
Malam ONZ ERA Ameer 20:00 - 00:00
Muzik Hit Terkini 00:00 - 06:00
Konco Pagi ERA Addnan, Mijul & Emma 06:00 - 10:00
Stready Bah ERA! Melanie 10:00 - 13:00
Gen E Adam 13:00 - 16:00
ERAmaiti Nicky 16:00 - 20:00
Bah Kasi Jadi ERA! Deemike 20:00 - 00:00

Sabtu

Segmen Penyampai Masa
Muzik Hit Terkini 00:00 - 07:00
Borneo Pagi ERA Fieya Julia & Daniel Chuer 07:00 - 10:00

Slot Carta ERA 40

Kedudukan Carta ERA 40

Pingat Penyanyi Lagu Nota
 Emas Haqiem Rusli
Floor 88
Siti Nordiana
X-Pose
Tergantung Sepi
Zalikha
Terus Mencintai
Sandiwara
Lagu Sandiwara nyanyian X-Pose menjadi sebagai juara ke dalam carta.
 Perak X-Pose
Siti Nordiana
Khai Bahar
Sandiwara
Terus Mencintai
Luluh
 Gangsa Hael Husaini Jampi

Frekuensi

Radio

Frekuensi ERA

Frekuensi Kawasan Pemancar
103.3 MHz Lembah Klang Gunung Ulu Kali
103.6 MHz Perlis dan Alor Setar, Kedah Gunung Jerai
Pulau Pinang
Seremban, Negeri Sembilan Gunung Telapak Buruk
103.7 MHz Ipoh, Perak Gunung Kledang
95.2 MHz Taiping, Perak Bukit Larut
90.7 MHz Langkawi, Kedah Gunung Raya
90.3 MHz Melaka dan Johor Utara Gunung Ledang
104.5 MHz Johor Bahru, Johor dan Singapura Gunung Pulai
Kota Batam, Kepulauan Riau, Indonesia
98.0 MHz Kuantan, Pahang Bukit Pelindung
102.8 MHz Kuala Terengganu, Terengganu Bukit Besar
103.3 MHz Kota Bharu, Kelantan Bukit Panau

Televisyen

Platform TV Saluran
Astro/NJOI 856

Frekuensi ERA Sarawak dan ERA Sabah[3]

Frekuensi Kawasan siaran Tapak pemancar
96.1 MHz Kuching, Sarawak Bukit Djin
96.3 MHz Sibu, Sarawak Bukit Lima
101.3 MHz Miri, Sarawak Bukit Lambir
102.4 MHz Kota Kinabalu, Sabah Bukit Karatong
103.0 MHz Sandakan, Sabah Bukit Trig

Radio internet

Siarkan dalam talian di laman web dan Aplikasi SYOK

Azan

Pada 1 Januari 2018, Azan di ERA ditamatkan kerana disampaikan waktu solat bagi bandar-bandar utama di Semenanjung Malaysia tetapi Maghrib setiap bulan dan Subuh bulan Ramadan, ERA Semenanjung masih disiarkan Azan.

Pada 17 Januari 2022, ERA disiarkan semula Azan setiap waktu solat fardu bersama-sama stesen kembar SINAR, GEGAR dan ZAYAN kerana ERA di SYOK dilancarkan ERA Nusantera, ERA Flow, ERA Cintan, ERA K-Hit, ERA Throwbaek, ERA Thon, ERA Nurock dan ERA Indie pada 1 November 2021 secara eksklusif di SYOK.

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ Astro.com.my. "Astro Radio refreshes 11 brands to deliver better value to fans | Press Release | Mediaroom | Astro". www.astro.com.my. Dicapai pada 2018-01-12.
  2. ^ Suria FM, ERA cipta sejarah
  3. ^ ERA Sabah dan ERA Sarawak Perkenal Barisan Personaliti, Segmen Baru

Pautan luar