Dia Semanis Honey

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dia Semanis Honey
Umum
PengarangDyla Dina
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
GenreCinta, keluarga
Penerbitan
PenerbitKaki Novel
Tarikh penerbitan
Jun 2015
Jenis media
Cetakan (kulit keras)
Halaman758
Kawalan kewibawaan
ISBNISBN 9789672035121

Dia Semanis Honey ialah sebuah novel 2015 oleh penulis novel Malaysia, Dyla Dyna, terbitan Kaki Novel.[1] Ia telah diadaptasikan sebagai sebuah siri drama oleh Astro Ria pada 2016,[2] dan sebuah pementasan teater adaptasi novel ini diadakan pada 2017.[3]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Bagi Hani, pertunangan ni tak sepatutnya berlaku. Bagi Ahnaf pula, pertunangan ini diterima hanya kerana taatnya seorang anak. Perbalahan semi perbalahan akhirnya membibitkan cinta. Tetapi saat diri sudah bersedia untuk bergelar suami, muncul pula Ariana menghancurkan segala impiannya untuk hidup bersama Hani. Hani ditinggalkan....

Tiga tahun berlalu, Ahnaf kembali setelah sekian lama menyepi. Kembalinya lelaki itu saat Hani punya Adam di sisi, dan kehadiran Bella di sisi Ahnaf mengukuhkan lagi tembok pemisah antara mereka.

“Buat apa pulak I nak terhegeh-hegeh berbaik dengan you sedangkan you dah ada Bella, dan I dah ada Adam!” ~ Hani.

“You tak perlu ingatkan I pasal Adam. Sebab I dah jelas dengan kedudukan kita sekarang!” ~Ahnaf.

“Baguslah kalau you dah tau. Lepas ni, tolong jangan tanya soalan yang berkaitan dengan ‘kita’. Sebab perkataan ‘kita’ tu dah lama tak wujud antara you dengan I.” ~Hani.

Adakah perkataan ‘sahabat’ itu hanya dibibir saja, sedangkan hati berbisik mengimpikan sesuatu yang lebih dari sekadar sahabat. Akan bersatu semula dua hati yang masih memendam cinta di hati masing-masing, atau pertemuan ini hanya akan berakhir dengan perpisahan sekali lagi? Adakah pertemuan sekali lagi ini akan mencipta sekali lagi perpisahan? Atau... akan menjadi titik penyatuan dua hati untuk selama-lamanya?”

“Kita bertemu, kita berpisah dan kemudian bertemu semula....”

Adaptasi[sunting | sunting sumber]

Drama[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2016, novel ini telah diadaptasikan ke siaran TV melalui drama waktu perdana di Slot MegaDrama bermula 2 Mei hingga 26 Mei 2016 di Astro Ria, dibintangi oleh Alif Satar dan Siti Nordiana.[4]

Teater[sunting | sunting sumber]

Dia Semanis Honey telah diadaptasikan sebagai sebuah teater muzikal yang berlangsung di Istana Budaya pada Januari 2017, diarahkan oleh Dira Abu Zahar dan Syed Zalihafe Syed Alwee.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Dyla Dina (2015). Dia Semanis Honey. Kaki Novel. ISBN 9789672035121.
  2. ^ Dia Semanis Honey by Dyla Dina Goodreads. Dicapai pada 31 Januari 2017.
  3. ^ Kemalia Othman (5 Januari 2017). Tiket Habis, Pementasan 'Dia Semanis Honey Muzikal' Ditambah mStar Online. Dicapai pada 31 Januari 2017.
  4. ^ Drama Dia Semanis Honey Myinfotaip (28 April 2016). Dicapai pada 30 Januari 2017.
  5. ^ Budiey (18 Disember 2016). Yang Menarik Tentang Pementasan Dia Semanis Honey Muzikal Sensasi Selebriti. Dicapai pada 31 Januari 2017.