Dira Abu Zahar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Dira Abu Zahar
Exco Puteri UMNO
Dalam jawatan
10 September 2015 – 22 Jun 2018
Butiran peribadi
LahirKhaidiriah binti Abu Zahar
(1984-03-02) 2 Mac 1984 (umur 35)
Merlimau Pasir, Merlimau, Melaka, Malaysia
Parti politikBarisan Nasional.png Barisan Nasional
UMNO (Malaysia).svg UMNO
PasanganTengku Shafriz-Rullah Tengku Shahid (2006-2010)
Helmi Yusof (2011-2016)
Anak-anak2 (termasuk seorang anak angkat)
IbuDatin Seri Khadijah Mohamad Jiddy
BapaDatuk Seri Abu Zahar Haji Isnin
KediamanBukit Antarabangsa, Ampang, Selangor
PendidikanIjazah Sarjana Muda Undang-undang
Alma materUniversiti Teknologi MARA (UiTM)
PekerjaanPelakon, pengacara, pengarah, ahli politik

Khaidhirah "Dira" Abu Zahar (lahir 2 Mac 1984) merupakan seorang pelakon, pengacara, pengarah dan ahli politik Malaysia dan anak kepada bekas Ketua Menteri Melaka kelapan, Datuk Seri Abu Zahar Haji Isnin yang menjawat jawatan itu dari 23 Mei 1997 hingga 2 Disember 1999.[1]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan sebagai Khaidiriah binti Abu Zahar pada 2 Mac 1984 di Merlimau, Melaka, anak kepada mantan Ketua Menteri Melaka kelapan, Allahyarham Datuk Seri Abu Zahar bin Haji Isnin. Dira memiliki kelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, dan mempunyai hobi menunggang motosikal berkuasa tinggi.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Televisyen dan filem[sunting | sunting sumber]

Dira pernah menjadi pengacara di rancangan televisyen Fulus Mania, Jom Ronda bersama Proton dan Melodi. Antara drama yang pernah dilakonkannya termasuk Delima, Cinta Tanpa Suara, Rona Roni Makaroni, Merah Puteh, Seratus Harijadi, Tower 13, Aki Nabalu, Arjuna, Perempuan, Dua Kali Mencintai Mu, Crossings dan Aku Bukan Dia. Beliau pernah berlakon dalam filem My Indie Rock Darling.

Dira juga turut terbabit dalam persembahan teater Kompilasi Vol II (Legasi) dan Tanda.[2] Beliau juga turut terbabit dalam penulisan skrip seperti untuk filem drama Syawal Aku Dan Dia di TV AlHijrah.[3] Dira pernah menyertai rancangan Sehati Berdansa, sebuah program realiti tarian terbitan Astro.

Beliau telah membintangi beberapa buah filem seperti Untuk Tiga Hari, Chow Kit, Kil, Lari, dan Longkai. Dira membintangi bersama Aiman Hakim Ridza dan Emma Maembong dalam filem Kimchi Untuk Awak arahan Michael Ang, yang ditayangkan pada Mac 2017.[4]

Dira menduduki kerusi pengarah dengan mengarahkan pementasan teater Mencari Sumaiyah yang memulakan pementasannya di Istana Budaya, Kuala Lumpur dari 8 hingga 14 Ogos 2016.[5]

Beliau juga mengarahkan drama sitkom untuk Astro Warna, 3 Dara Kg.com yang dibintangi oleh Scha Al-Yahya, Marsha Londoh dan Eina Azman.

Politik[sunting | sunting sumber]

Mengikut jejah langkah bapanya, bekas Ketua Menteri Melaka kelapan, Datuk Seri Abu Zahar Haji Isnin menceburi bidang politik, Dira menyertai Puteri UMNO dengan menjawat jawatan sebagai Exconya sejak 10 September 2015.[6] Pelantikannya dibuat semasa mesyuarat sayap UMNO itu di Menara Dato' Onn yang dipengerusikan Ketua Puteri, Datuk Mas Ermieyati Samsudin yang juga Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan. Turut hadir, Naibnya, Zahida Zarik Khan; Penolong Setiausaha Puteri, Fahariyah Md Nordin serta barisan EXCO.[7]

Pada 24 Ogos 2013, Dira menyerahkan borang keahlian Puteri UMNO kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Idris Haron. Beliau dipetik dari Utusan Malaysia sebagai berkata: "Saya hendak buat banyak perkara untuk parti sebab saya melihat bagaimana perjuangan mak dan ayah dalam parti dan atas semangat mereka saya berasa terpanggil menyertai Puteri,".[8]

Dira mendedahkan kepada Utusan Malaysia pada Jun 2018 yang beliau membuat kenyataan rasmi berhubung spekulasi beliau bertanding untuk jawatan Ketua Puteri UMNO.[9] Dalam satu temubual bersama Sinar Harian, Dira menyatakan beliau terus beristiqamah bersama UMNO sambil mengatakan apa yang beliau lakukan sekarang ialah berniaga dan berpolitik dan tidak lagi berlakon.[10] Dira diumumkan sebagai Ketua Puteri UMNO Bahagian Jasin pada mesyuarat perwakilan pergerakan itu. Beliau menang tanpa bertanding bagi jawatan berkenaan untuk penggal 2018-2021.[11]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Dira berkahwin sebanyak dua kali. Beliau pernah mendirikan rumahtangga bersama pasangannya Tengku Shafiz-Rullah Tengku Mohd Shahid (kini berkahwin dengan Sherie Merlis) pada 2007, tetapi mereka kini telahpun berpisah pada 2010. Dira kemudian telah mendirikan rumahtangga bersama jurukamera, Mohd Helmi Mohd Yusof, dan pernah mengalami keguguran pada Disember 2013.[12] Beliau mempunyai seorang anak Tengku Anggun Deandra Tengku Shafiz-Rullah. Dira dan Helmi memfailkan perceraian pada 2016.

Bapanya, Datuk Seri Abu Zahar meninggal dunia pada 12 Julai 2013 jam 5.50 petang akibat penyakit kencing manis dan komplikasi buah pinggang.[13][14] Dalam temuramah bersama Kosmo!, Dira berkata selepas bapanya meninggal, beliau kerap pulang ke kampung bagi menemani ibunya, Khalijah.[15]

Beliau mempunyai seorang anak angkat bernama Waris Iskandar Andiqa selepas mendapat permohonan daripada kerajaan.[16][17]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Pengarah Catatan
2007 My Indie Rock Darling Young Lady Razaisyam Rashid Filem bebas
2012 Chow Kit Rosihan Zain
Brando Lee
Untuk Tiga Hari Afdlin Shauki Artis Jemputan
2013 KIL Salina Nik Amir Mustapha
Lari Maya Ahmad Idham
Longkai Rima Hashim Rejab
Papadom 2 Afdlin Shauki
2014 Sejoli: Misi Cantas Cinta Lola Osman Ali
Mana Mau Lari Gadis Jelita Abdul Razak Mohaideen Penampilan khas
2016 Bo-Peng Hana Helmi Yusof
2017 Kimchi Untuk Awak Kak Long Michael Ang

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2008 Rona Roni Makaroni
Crossings
2009 Merah Puteh Anggun TV3
Tower 13 Maria TV3
2010 Arjuna Mas Ayu TV3
2011 Tahajjud Cinta Umairah TV3
2012 Tanah Kubur (Musim 4): "Pengkid" Rashidah Astro Oasis
2013 Dahlia Dahlia Astro Mustika HD
2014 Cinta Dalam Hati

Teater[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk
2015 Baik Punya Cilok

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2009 Ponti Anak Remaja Astro Ria
2010 Seratus Harijadi Astro Ria
2013 Karlos Bolos Cuwie TV3
Pasport Duniawi TV AlHijrah

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2007 Mango TV
2010-14 Melodi TV3

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Kategori Acara Karya dimenangi Peranan
2016 Pengarah Terbaik, Telefilem Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik menerusi Sharifah Sakinah dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik oleh Iedil Putra.[18] Anugerah Kaseh Tribute P. Ramlee Telefilem Redhaku Untukmu Pengarah
2018 Rekaan Set Terbaik, Anugerah Pengarahan Terbaik dan Anugerah Pelakon Utama menerusi Alif Satar.[19] BOH Cameronian Arts Awards Teater Muzikal Dia Semanis Honey Pengarah

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Bapa Dira Abu Zahar selamat dikebumikan Sensasi Selebriti. Dicapai pada 26 Mei 2014.
  2. ^ Profil Biodata Dira Abu Zahar (Pengacara Melodi)
  3. ^ Dira Abu Zahar Berehat Berlakon Bukan Sebab Tak Laku
  4. ^ Dira Abu Zahar tinggalkan dunia seni
  5. ^ Mencari Sumaiya cabaran Dira Utusan Malaysia (21 Julai 2016). Dicapai pada 11 September 2016.
  6. ^ Wawann Mohd (23 Februari 2018). Ramai puji Dira, matang berhujah Sinar Harian. Dicapai pada 1 Mac 2018.
  7. ^ Zaidi Mohamad (10 September 2015). Dira teruskan legasi politik arwah bapa Berita Harian. Dicapai pada 11 September 2015.
  8. ^ Dira Abu Zahar serah borang jadi ahli Puteri UMNO Utusan Malaysia (25 Ogos 2013). Diperoleh pada 1 September 2013.
  9. ^ Khairulanuar Yahaya (5 Jun 2018). Dira Abu Zahar bertanding Ketua Puteri UMNO Utusan Malaysia. Dicapai pada 6 Jun 2018.
  10. ^ Muhammad Shamsul Abdul Ghani (2 Jun 2018). Dira istiqamah bersama UMNO, sudah berhenti berlakon Sinar Harian. Dicapai pada 6 Jun 2018.
  11. ^ Amir Mamat (23 Jun 2018). Dira dipilih Ketua Puteri UMNO Jasin Berita Harian. Dicapai pada 24 Jun 2018.
  12. ^ Dira Abu Zahar tak sedar hamil, keguguran
  13. ^ Abu Zahar Ithnin meninggal dunia Utusan Malaysia (12 Julai 2013). Diperoleh pada 12 Julai 2013.
  14. ^ Nor Farhana Yaacob (12 Julai 2013). Datuk Seri Abu Zahar meninggal dunia Sinar Harian. Diperoleh pada 12 Julai 2013.
  15. ^ Dira pegang amanah ayah Kosmo! (5 Ogos 2013). Dicapai pada 2 Mei 2014.
  16. ^ Zaidi Mohamad (24 Februari 2019). Dira makin bahagia dengan kehadiran Waris Berita Harian. Dicapai pada 12 Jun 2019.
  17. ^ 3 bulan lepas awak muncul, Allah bisik ini saya punya: Dira Abu Zahar Astro Awani (10 Januari 2019). Dicapai pada 12 Jun 2019.
  18. ^ http://ww1.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&dt=0307&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_03.htm
  19. ^ http://www.sinarharian.com.my/hiburan/kejayaan-berganda-buat-dira-1.849403

Pautan luar[sunting | sunting sumber]