Dia Semanis Honey (drama)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Dia Semanis Honey
GenreCinta
Drama
Ditulis olehNazri M. Anuar
Fairul Nizam Ablah
PengarahHadith Omar
Dibintangi oleh
Alif Satar
Siti Nordiana
Hairul Azreen
Hafeez Mikhail
Ziha Salleh
Lagu pembukaan"Memori Berkasih" nyanyian Achik & Nana
Lagu penutup"Akhiri Penantianku" nyanyian Alif Satar
Negara asal Malaysia
BahasaBahasa Melayu
Penerbitan
PenerbitMichael Ang
Tempoh siaranIsnin - Khamis, 10 malam.
Syarikat pengedaran
Cube Film Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalAstro Ria
Astro Ria HD
Siaran asal2 Mei 2016 – 26 Mei 2016

Dia Semanis Honey ialah sebuah drama bersiri Malaysia arahan Hadith Omar. Ia diadaptasi daripada novel Dia Semanis Honey karya Dila Dyna.Drama ini telah mendapat sambutan hangat di Malaysia

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Bagi Hani, pertunangan ni tak sepatutnya berlaku. Bagi Ahnaf pula, pertunangan ini diterima hanya kerana taatnya seorang anak. Perbalahan semi perbalahan akhirnya membibitkan cinta. Tetapi saat diri sudah bersedia untuk bergelar suami, muncul pula Ariana menghancurkan segala impiannya untuk hidup bersama Hani. Hani ditinggalkan.

Tiga tahun berlalu, Ahnaf kembali setelah sekian lama menyepi. Kembalinya lelaki itu saat Hani punya Adam di sisi, dan kehadiran Bella di sisi Ahnaf mengukuhkan lagi tembok pemisah antara mereka.

Adakah perkataan ‘sahabat’ itu hanya dibibir saja, sedangkan hati berbisik mengimpikan sesuatu yang lebih dari sekadar sahabat. Akan bersatu semula dua hati yang masih memendam cinta di hati masing-masing, atau pertemuan ini hanya akan berakhir dengan perpisahan sekali lagi? Adakah pertemuan sekali lagi ini akan mencipta sekali lagi perpisahan? Atau akan menjadi titik penyatuan dua hati untuk selama-lamanya?

Sambutan[sunting | sunting sumber]

Drama Dia Semanis Honey mendapat respons positif daripada penonton sehingga menyebabkan drama ini trending di laman sosial Twitter. Rata-rata memuji keserasian di antara Alif Satar dan Siti Nordiana[1] serta persembahan daripada semua barisan pelakon.

Dia Semanis Honeymoon & Dia Semanis Honey Raya[sunting | sunting sumber]

Drama Dia Semanis Honey menjadi kata carian paling banyak di Google Malaysia[2]. Atas permintaan ramai, drama ini disambung ke siri Dia Semanis Honeymoon sebanyak 5 episod dan telefilem Dia Semanis Honey Raya.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon Watak
Alif Satar Ahnaf Wafiy
Siti Nordiana Hani Safira
Hairul Azreen Adam Hazrul
Hafeez Mikhail Hanafi
Farez Ridzwan Hakimi
Dafi Jack
Ziha Salleh Ara
Nadya Syahera Bella
Datin Nina Juren Puan Sri Hartini
Aleza Shadan Puan Munirah
Zainol Macwilson Dr Farid
Ahmad Fauzee Tan Sri Aminuddin
Falisha Crossley Ariana
Fatihah Baharum Aishah
Nor Azam Daim
Nelissa Edreena Dahlia
Rayyan Dino Rayyan #1
Danish Hazriq Rayyan #2
Firdaus Ghufran Rayyan #3
Adrianna Qasmia Aira
Lan Kristal Hafiz
Elly Suhailie Kak Sal
Fahmy Reza Naqib
Alif Hadi Zaid
Fara Fauzana Melissa
Izzue Islam Fairuz

Runut Bunyi[sunting | sunting sumber]

Lagu Penyanyi
Memori Berkasih (lagu tema) Achik & Siti Nordiana
Paling Comel Achik & Siti Nordiana
Gurauan Berkasih Achik & Siti Nordiana
Akhiri Penantianku Alif Satar
Cukup Indah Alif Satar
Jangan Nakal Alif Satar
Lelaki Seperti Aku Alif Satar
Gadis Tiga Bulan Alif Satar
Bila Alif Satar
Kesempatan Kedua Alif Satar
Setiap Hari Alif Satar
Mencinta Azhael
Setengah Mati Merindu Judika
Sudah Ku Tahu Projector Band
Biarkanlah Drama Band
Di Amaran Mama Hazama
Hey Kau Sandra
Perlukanmu Siti Nordiana
Pesanan Teragung Siti Nordiana
Menatap Matamu Aril
Kembali Senyum Aril (nyanyian asal Izwan Pilus)
Aku Yang Berdosa Shahir
Setia Kilafairy
Aku Cuma Punya Hati Mytha Lestari
Dari Mata Jaz
Larut Dewa 19

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Malam Throwbaek Drama 2017

  • Watak Paling Meminta -Nadya Syahera-Menang
  • Scene Paling Win-Dia Semanis Honey-Menang
  • Kapel Throwbaek -Alif Satar & Siti Nordiana-Top 5
  • Hero Throwbaek -Alif Satar-Top 5
  • Heroin Throwbaek -Siti Nordiana -Top 5
  • OST Paling Throwbaek -Memori Berkasih -Top 5

Anugerah Meletop Era 2017

  • Finalis Drama TV Meletop
  • FInalis Pelakon TV Meletop -Siti Nordiana

Rujukan[sunting | sunting sumber]