Hitz.fm

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
hitz fm
Hitz.Fm.jpg
Tarikh siaran pertama Januari 1997
Format Malaysia's Number #1 Hit Station
Pemilik Astro All Asia Networks plc, di bawah Airtime Management and Programming
Saluran saudara Mix FM, Lite FM, My FM, Melody FM, Era FM, Sinar FM, THR Gegar dan THR Raaga
Tapak web hitz.fm

hitz fm ialah sebuah stesen radio Malaysia yang dipancarkan siarannya di seluruh negara di bawah pengurusan AMP Radio Networks, sebuah anak syarikat Astro All Asia Networks plc. hitz fm merupakan saluran berbahasa Inggeris yang paling tertinggi dari segi jumlah pendengar. Pada Januari 2014, hitz.fm kembali kepada nama asalnya

Sejarah[sunting | sunting sumber]

HITZ FM muncul di gelombang FM Malaysia pada bulan Februari 1997 setelah sebelum ini menjadi salah satu saluran bunyi sahaja di Astro.

Pada tahun 2000, carta Malaysian Top 10 (kemudian dinamakan Malaysian English Top 10) diperkenalkan untuk mendedahkan lagu-lagu buatan Malaysia yang menepati citarasa pendengar stesen tersebut, terutamanya lagu dan artis independent.

Pada bulan April 2001, HITZ FM dijenamakan semula sebagai hitz.fm (dengan tanda "dot") sebagai penekanan kepada kepentingannya dalam Internet di samping menjadi stesen radio, dengan kemudahan atas talian seperti webcast dan streaming yang serentak dengan siaran radio dan dijenamakan sekali lagi ke hitz fm pada tahun 2014 tanpa "."

Pada bulan Ogos 2003, berlakunya perselisihan antara Li'l Kev dan pengurusan AMP mengenai kontrak yang disetujui antara kedua-dua pihak menyebabkan beliau dan rakan sejawatannya FlyGuy (Morning Crew yang asal) untuk tiba-tiba berhenti dari hitz fm. Jason Lo dan Rudy Sufian menggantikan tempat mereka lalu menjadi Morning Crew yang baru. (Tidak lama kemudian, Lo bertukar waktu kerja dengan JJ Fernandez bagi slot waktu petang). Pada lewat tahun 2003, HITZ.TV dilancarkan untuk digandingkan dengan hitz.fm.

Pada tahun 2005, Anugerah hitz fm Malaysian English Top 10 diperkenalkan untuk menghargai bakat dan karya berbahasa Inggeris buatan Malaysia yang terbaik.

Segmen[sunting | sunting sumber]

Isnin - Jumaat[sunting | sunting sumber]

Segmen Masa Penyampai Info Segmen
The Hitz FM Morning Crew 6am - 10am Jay , Arnold & RD Diimport khas dari Amerika! Jay menyertai Arnold & RD untuk sebuah rancangan baharu sarapan #1 di Malaysia!
#Nowplaying on hitz 10am - 4pm Sher / Juanita Muzik anda, kami mainkan! Sher & Juanita akan menghiburkan anda pada waktu ini. Tambahan, kami akan menggandakan lebih banyak muzik!
Hitz Drive 4pm - 8pm Adam C Bersama Adam C memainkan anda 'biggest' Hitz dan dengarkan terbaik 'Gotchas' hanya di sini!
Hitz Nights 8pm - 12am Ryan / Mellisa / Juanita Sertai Ryan kerana dia akan membawa anda sebuah malam mengenai muzik yang terhangat lagi 'hitz' dan cerita yang kelakar lagi yang menggerunkan, semua dari jam 08:00 malam hingga tengah malam!
Club Hitz 12am - 2am Jakeman & Skeletor Segmen lewat malam khusus untuk 'club' dan muzik elektronik.
Bak2bak Hitz 2am - 6am - Muzik 'hitz' tanpa henti!

Sabtu[sunting | sunting sumber]

Segmen Masa Penyampai Info Segmen
#nowplaying on hitz 6am - 9am - Segala muzik 'hitz' yang telah kami sediakan untuk anda dalam #nowplaying
Best of Morning Crew 9am - 11am J, Arnold & RD Sorotan rancangan terbaik 'Best of Morning Crew'
#nowplaying on hitz 11am - 3pm - Segala muzik 'hitz' yang telah kami sediakan untuk anda dalam #nowplaying
Best of Gotchas! 3pm - 5pm J , Arnold & RD Sorotan segmen terbaik Gotcha! dari 'Hitz FM Morning Crew'
Hitz 30 Chart 5pm - 8pm Arnold & RD Arnold & RD kira turun lagu 30 'hitz' paling hangat minggu ini!
Hitz Remixed 8pm - 9pm Mmmeng Segmen yang mempamerkan muzik elektronik yang terbaru dan 'club hitz' & 'dance floors' di seluruh dunia
Club Hitz 9pm - 12am Jakeman & Skeletor Segmen lewat malam khusus untuk 'club' & muzik elektronik.
Hardwell On Air 12am - 1am Hardwell "Hardwell On Air" akan memberikan hujung minggu anda dengan 'extra boost', dengan membawa 'trendsetting' dan muzik asal 'Hardwell'.
Club Hitz 1am - 4am Jakeman & Skeletor Segmen lewat malam khusus untuk 'club' dan muzik elektronik.
Bak2bak Hitz 4am - 6am - Muzik 'hitz' tanpa henti!

Ahad[sunting | sunting sumber]

Segmen Masa Penyampai Info Segmen
#nowplaying on hitz 6am - 10am - Segala muzik 'hitz' yang telah kami sediakan untuk anda dalam #nowplaying
Hitz 30 Chart (Ulangan) 10am - 1pm Arnold & RD Arnold & RD kira turun lagu 30 'hitz' paling hangat minggu ini!
Jay's Playlist 1pm - 2pm Jay 'Biggest urban hits' terus daripada 'playlist' Jay!
Hitz Stage 2pm - 3pm - 'B-side of hitz' - yang terhangat, 'hot indie hitz', yang lama dan terbaru.
Malaysian English Top Ten [MET10] 3pm - 4pm Sher / Ryan Carta khusus untuk lagu-lagu semasa Bahasa Inggeris Malaysia.
#nowplaying on hitz 4pm - 8pm - Segala muzik 'hitz' yang telah kami sediakan untuk anda dalam #nowplaying
Hitz Tube 8pm - 9pm Jinnyboy 'Showcase' lagu 'cover' pop terpilih yang ditemui di lama YouTube.
Club Hitz 9pm - 2am Jakeman & Skeletor Segmen lewat malam khusus untuk 'club' dan muzik elektronik.
Bak2bak Hitz 2am - 6am - Muzik 'hitz' tanpa henti!

Penyampai (kini)[sunting | sunting sumber]

(Penyampai Kuala Lumpur)[sunting | sunting sumber]

  • Jay
  • Arnold
  • RD
  • Sher
  • Juanita
  • Adam C
  • Adam Izzy
  • Ryan
  • Basil Joseph
  • Mmmeng
  • Mellisa
  • Jinnyboy

Bekas juruhebah[sunting | sunting sumber]

Berikut adalah senarai bekas juruhebah hitz.fm dan tempoh bertugas mereka di stesen ini.

Lain-lain[sunting | sunting sumber]

Pasukan jalanan bagi hitz fm ialah hitz fm Cruisers (secara ringkasnya, Cruisers). Tugas mereka adalah untuk bertemu peminat stesen ini dan memberi hadiah percuma kepada mereka bagi pihak hitz fm .

hitz.fm juga mempunyai satu saluran televisyen saudara, iaitu saluran Astro hitz di Astro. Saluran ini ditamatkan penyiarannya pada 16 Mei 2016.

Frekuensi[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Stesen radio tunas Rencana berkaitan stesen radio ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.