Dubai My Love

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dubai My Love
PengarahAidilfitri Mohamed Yunos
PenulisFairul Nizam Ablah
Dihasilkan olehWan Sariah Wan Jaafar
DibintangiErwin Dawson
Hanna Aqeela
Ben Ali
Putri Najuwa
Muzik olehPamela Yuen
Syarikat
penerbitan
Tarikh tayangan
26 Oktober 2017
Masa tayangan
96 minit
NegaraMalaysia
BahasaBahasa Melayu
BajetRM1 juta

Dubai My Love merupakan sebuah filem romantik Malaysia 2017 arahan Aidilfitri Mohd Yunos dengan skrip ditulis oleh Fairul Nizam Ablah. Ia dibintangi oleh Erwin Dawson, Hanna Aqeela, Ben Ali dan Putri Najuwa dan ditayangkan pada 26 Oktober 2017.[1]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Amar yang terpaksa menanggung malu selepas kekasihnya Balqis tidak munculkan diri pada hari perkahwinan mereka. Berikutan itu, Amar telah membawa diri ke Dubai untuk memulakan hidup baru dan ketika di sana dia bertemu dengan Maryam. Bagaimana saudara Balqis, Fazleena, telah datang melawatnya, mengingatkannya kepada Balqis dan menguji cintanya pada Maryam.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Dubai My Love diarahkan oleh Aidilfitri Mohd Yunos yang sebelum ini mengarahkan filem Klip 3GP (2011) dan Aku Haus Darahmu (2017) dan juga filem kedua terbitan Tsar Asia Sdn. Bhd. Filem ini menjalani penggambaran sebanyak 80 peratus di lokasi menarik sekitar Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang mendapat kerjasama daripada Dubai Tourism. Pelakon baru Erwin Dawson, Hanna Aqeela, Ben Ali dan Putri Najuwa telah terpilih untuk menjayakan peranan utama.[2] Atlantis The Palm, The Gold Souk, Dubai Marina, Pantai Jumeirah, Burj Khalifa dan Padang Pasir Safari ialah antara lokasi penggambaran.[3] Kos pembikinan filem ini dianggarkan berjumlah RM1 juta.[4]

Keluaran dan sambiutan[sunting | sunting sumber]

Dubai My Love ditayangkan pada 26 Oktober 2017.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Dubai My Love, starring Erwin Dawson and Hanna Aqeela". Emily2U. 2 September 2016. Dicapai pada 1 November 2017.
  2. ^ Aqmar Mustaza (21 Oktober 2017). "Aidilfitri percaya kekuatan Dubai My Love". Sinar Harian. Dicapai pada 1 November 2017.
  3. ^ Mohammad Arif Nizam (17 Mei 2017). "Kejutan, misteri dalam filem Dubai My Love". Malaysia Gazette. Dicapai pada 1 November 2017.[pautan mati kekal]
  4. ^ "Dubai My Love papar keindahan UAE". Kosmo!. 16 April 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-16. Dicapai pada 1 November 2017.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]