Hanna Aqeela

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Hanna Aqeela
KelahiranHanna Aqeela binti Mohd. Rosni
(1990-02-27) 27 Februari 1990 (umur 29)
Kuala Lumpur, Malaysia
PendidikanIjazah Sains Pemakanan
Pusat pendidikanUniversiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif2013–kini

Hanna Aqeela binti Mohd. Rosni (Jawi: هننا اقيايلا; lahir 27 Februari 1990) merupakan seorang pelakon dan model wanita Malaysia.[1][2] Beliau terkenal menerusi watak lakonannya sebagai Nadia dalam siri drama waktu perdana TV3, Bila Hati Berbicara dan sebagai Irma dalam siri Love You, Mr. Arang.[3][4]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Hanna dilahirkan pada 27 Februari 1990 di Kuala Lumpur, Malaysia dan merupakan anak sulung daripada empat beradik dalam keluarganya. Beliau merupakan lulusan dalam bidang Sains Pemakanan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).[5][6]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Sebelum memulakan kerjaya lakonan, Hanna terlebih dahulu memulakan kerjaya hiburan sebagai model untuk iklan televisyen.[7] Kerjaya lakonan beliau bermula sebagai pelakon tambahan menerusi telefilem Aku Bukan Buaya untuk Cerekarama TV3 arahan Amie Maziah Abdul Rahman atau Mak Mie. Tawaran untuk watak tambahan itu diperolehi oleh beliau atas bantuan seorang rakannya yang membawa beliau bertemu Mak Mie.

Namun, kemunculan Hanna mula disedari selepas membintangi drama adaptasi novel, Bila Hati Berbicara, yang mengisi Slot Akasia di TV3. Beliau melakonkan watak Nadia, setiausaha kepada Emir Qasha lakonan Syafiq Kyle.[8]

Pada tahun 2016, Hanna dipilih menjadi teraju utama drama Dawai Asmara yang bersiaran di TV9, lakonan bersama Putri Najwa dan Emelie Hanif.[9] Beliau kemudiannya muncul dalam siri drama komedi romantik waktu perdana Love You Mr. Arang yang merupakan parodi drama Love You Mr. Arrogant.[10][11]

Kerjaya filem Hanna bermula pada tahun 2017 melalui gandingan beliau bersama Erwin Dawson dalam filem romantik Dubai My Love arahan Aidilfitri Mohd Yunos yang ditayangkan pada 26 Oktober.[12]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Kunci
Filem dan drama yang belum dikeluarkan Menunjukkan filem/drama yang belum dikeluarkan

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Pengarah Catatan
2017 Dubai My Love Fazleena Aidilfitri Mohd Yunos Filem pertama
2018 Operasi X Ayu Sandosh Kesavan

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2014 Bila Hati Berbicara Nadia TV3
Lara Ameena Inspektor Delaila TV2
2015 Suami Sebelah Rumah Iman TV3
Kifarah Mistik TV3 Episod: "Pengasih"
2016 Dawai Asmara Maya TV3
Mr Tanda Soal Alisa TV3
Love You Mr. Arang Irma TV3
PU Wid Astro Oasis
2017 Bilo Nogori Jupo Klate Syakira TV3
2018 Kelip-Kelip Di Kota London Insyirah TV3
Terbaik Dariku Zaharah TV3
Sesegar Nailofar Hazwani TV1
2019 Patah Sayap Bertongkat Paruh Diana Astro Ria
30 Pesanan Suara Zarina TV3
Anugerah Cinta Aisyah Filem dan drama yang belum dikeluarkan Nadihah RTM
Ombak Rindu The Series Elin iflix Web siri iflix Originals

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2013 Aku Bukan Buaya
2014 Syah Syahdu
2017 Syukur Syawal
Dendam Yang Tertangguh Maria
2018 Azam

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2017 Perang Bibir Dirinya sendiri TV3

Iklan[sunting | sunting sumber]

Tahun Iklan
N/A Safi
N/A Salonpas
N/A Joy
N/A Lifebuoy

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 Artis Baru Wanita Popular Dicalonkan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Anizyn. Biodata Profil Hanna Aqeela (Pelakon/Model) Dicapai 2 Mac 2017
  2. ^ Aida Rizmariza Kamaruddin (7 November 2018). "Populariti bukan fokus Hanna Aqeela". Utusan Malaysia. Dicapai 7 November 2018. 
  3. ^ Izwan Mohd Isa (16 April 2018). Piawaian kerja Hanna Aqeela Kosmo!. Dicapai pada 16 Mei 2018.
  4. ^ Kemalia Othman (4 November 2017). Hanna Aqeela tak perlu raih populariti mendadak mStar Online. Dicapai pada 29 Ogos 2018.
  5. ^ Karier dulu, kahwin kemudian – Hanna Utusan Malaysia (17 Julai 2017). Dicapai pada 18 Mei 2018.
  6. ^ Farihad Shalla Mahmud (7 November 2018). "Tak perlu rosakkan nama untuk popular - Hanna Aqeela". Berita Harian. Dicapai 7 November 2018. 
  7. ^ Ramlah Zainal (13 Oktober 2017). Masa untuk gilap bakat Harian Metro. Dicapai pada 16 Mei 2018.
  8. ^ Rezeki berlakon Bila Hati Berbicara Harian Metro (4 Februari 2015). Dicapai pada 16 Mei 2015.
  9. ^ Syafil Syazwan Jefri (10 Mac 2016). Tawaran bagai mimpi Harian Metro. Dicapai pada 16 Mei 2018.
  10. ^ Sudirman Mohd Tahir (19 Mac 2018).Biar lambat tapi kekal Harian Metro. Dicapai pada 16 Mei 2018.
  11. ^ Hanna Aqeela dipaksa kahwin dalam Love You Mr. Arang Sensasi Selebriti (22 November 2016). Dicapai pada 22 November 2016.
  12. ^ Dubai My Love starring Erwin Dawson and Hanna Aqeela Emily2U (2 September 2016). Dicapai pada 13 Mei 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]