Dunia Lat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dunia Lat
TempatMuzium Negara, Kuala Lumpur, Malaysia
Tarikh12 April – 12 Jun 1986
TemaLat
JenisKemasukan awam percuma
Penganjur
Kehadiran600,000

Dunia Lat ialah pameran lukisan dan karya seni selama sebulan yang diilhamkan oleh pencapaian yang dilakukan oleh kartunis Malaysia, Mohd Nor Khalid (Lat). Pameran ini ialah antara yang pertama seumpamanya di Malaysia yang mana subjek utamanya ialah kartunis. Ia diadakan di Muzium Negara dari 12 April sehingga 12 Jun 1986 dan dianjurkan oleh New Straits Times Press (NSTP).[1]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Muzium Negara dan New Straits Times Press (NSTP) mengumumkan akan memberi penghargaan kepada Lat dengan menganjurkan satu pameran seninya yang bertajuk Dunia Lat yang diadakan di muzium itu. Pameran ini diadakan tepat pada masanya apabila Persidangan Persatuan Pengembaraan Kawasan Pasifik (PATA) 1986 yang diadakan di Kuala Lumpur. Penganjuran pameran ini menjadikan Lat sebagai kartunis Malaysia pertama yang mengadakan sebuah pameran seni.[2][3]

Ia dirasmikan oleh Menteri Perdagangan dan Industri ketika itu, Tengku Razaleigh Hamzah dan berlangsung dari 12 April sehingga 12 Jun 1986. Bekas guru Lat, Hew Chai Kee (yang sering muncul dalam kartun Lat), hadir pada majlis pembukaan.[4] Menurut Lat, melalui pamerannya ini, beliau berharap kartunis muda akan menyedari pelbagai halangan yang ditempuh demi menjadi kartunis berjaya. Lat juga menaruh harapan agar menerusi pamerannya, beliau akan mengadakan perhimpunan kartunis di Malaysia.[5]

Sebanyak 500 hingga 600 hasil karyanya dipamerkan di pameran ini, termasuk karya terawalnya yang dihasilkan semasa beliau berusia belasan tahun dan karya-karyanya yang disiarkan dalam Scenes of Malaysian Life untuk akhbar New Straits Times serta karyanya yang dihasilkan untuk klien beliau.[2][3] Dalam pameran Dunia Lat, terdapat juga Kedai Lat yang mana pengunjung boleh membeli pelbagai cenderamata yang terdiri daripada kemeja-T, kole, lencana, rantai kunci, buku catatan yang disertakan dengan tandatangan tanda dagang Lat.[5]

Sambutan[sunting | sunting sumber]

Pameran ini menjadi kejayaan komersial apabila ia dihadiri seramai 600,000 pengunjung dalam tempoh dua bulan sepanjang penganjurannya.[6] Ia turut dihadiri oleh pengunjung dari luar negara.[2]

Tenaga kerja[sunting | sunting sumber]

Diperoleh dari lampiran pameran.[7]

Ahli jawatankuasa
  • Mohd Nor Khalid (Lat)
  • Shahrum Yub – pengerusi
  • Mohd Kassim Ali – Muzium Negara
  • Yasin Ibrahim – Muzium Negara
  • Redzuan Tumin – Muzium Negara
  • Maimunah Mohd Said – Muzium Negara
  • Janet Tee – Muzium Negara
  • Oliver Jackson – New Straits Times
  • Lim Chang Moh – The Malay Mail

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • Willmott, Jennifer Rodrigo (Mac 1989). "Malaysia's Favourite Son". Reader's Digest. New York, United States: The Reader's Digest Association. 134 (803). ISSN 0034-0375. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-08-18. Dicapai pada 2010-03-12.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Anuar Othman (8 Mei 1986). "Mengenali Lat melalui pameran". The Straits Times. m/s. 6. Dicapai pada 20 September 2019.
  • Anuar Othman (8 Mei 1986). "Knowing cartoonist Lat through exhibition". The Straits Times. m/s. 6. Dicapai pada 20 September 2019.
  • Dunia Lat (Lampiran media). Kuala Lumpur, Malaysia: Muzium Negara. 1986.
  • Daniel Chan (20 April 1986). "Lat on his past, prsesent and future". New Straits Times. m/s. 7.
  • Subhadra Devan (11 April 1986). "'World of Lat' for delegates". New Straits Times. m/s. 6. Dicapai pada 20 September 2019.
  • "Lat's former teacher full of praise". New Straits Times. 13 April 1986. m/s. 4.