Mamat Khalid

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Mamat Khalid
MamatKhalid01.jpg
Mamat pada 2007
Kelahiran Mohamad bin Mohd Khalid
(1963-04-06) 6 April 1963 (umur 55)
Ipoh, Perak, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
Pekerjaan Pengarah filem, penulis lakon layar, penyunting filem, pelakon
Tahun aktif 1998–kini
Karya terkenal Lang Buana
Rock
Zombi Kampung Pisang
Kala Malam Bulan Mengambang
Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit
Rock Oo!
Pasangan Hasmah Hassan (berkahwin 1987)
Anak 5
Ibu bapa Mohd Khalid Ibrahim (bapa)
Norazian Said (ibu)
Saudara Datuk Lat (abang)
Laman web Laman web rasmi

Mohamad bin Mohd Khalid atau lebih dikenali sebagai Mamat Khalid (lahir 6 April 1963)[1] ialah seorang pengarah filem dan penulis lakon layar Malaysia yang terkenal dengan filem-filem bercorak komedi. Beliau ialah adik kepada kartunis Datuk Lat.[2]

Dilahirkan di Ipoh, Perak kepada seorang kerani kerajaan dan isterinya seorang surirumah, Mamat memulakan kerjaya awalnya di pejabat kerajaan sebelum menceburi bidang perfileman. Beliau pertama kali menduduki kerusi pengarah pada 2003 menerusi filem komedi sejarah Lang Buana. Seterusnya beliau mengarahkan filem kedua, filem pertamanya yang bergenre muzikal Rock (2005) dan dua filem kesinambungannya Rock Oo! (2013) dan Rock Bro! (2016). Antara karyanya yang terkenal termasuk Man Laksa (2006), Kala Malam Bulan Mengambang (2008) yang menggunakan konsep filem noir dan Apokalips X (2014) yang berkonsepkan manga dan buku komik grafik. Paling baru-baru ini, filem terbaru arahannya, Hantu Kak Limah 3 ditayangkan di pawagam pada Ogos 2018. Melangkaui kerjaya filemnya, Mamat merupakan pengasas dan pemilik kafe Sarang Art Hub yang beroperasi di Tanjung Malim, Perak dan dibuka pada 2016.[3][4]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Mamat dilahirkan pada 6 April 1963 di Ipoh, Perak, lima bulan sebelum Persekutuan Tanah Melayu dikenali sebagai Malaysia pada 16 September 1963 dan dibesarkan di Sungai Rokam, Ipoh. Ketika zaman kanak-kanaknya, Mamat pernah pergi ke pawagam setiap hari untuk mengikuti filem terkini. Malangnya, hobinya tidak disukai oleh bapanya, yang juga mengharamkannya daripada menonton panggung wayang walaupun pada saat kematiannya, pada tahun 1974. Namun, itu tidak menghalang keghairahan Mamat untuk menceburi bidang perfileman.

Sebelum menceburi bidang perfileman, Mamat bekerja dalam jabatan kerajaan, kemudian beralih ke bidang penerbitan rancangan televisyen. Antara karya-karya Mamat yang terkenal termasuk Pinang Durian, Rombongan Cik Kiah ke Sukan Komanwel dan Abang We. Beliau pernah memenangi anugerah Pengarah Terbaik di Anugerah Skrin Panca Delima 2001 untuk telefilem Pinang Durian.[5] Beliau juga pernah menjadi penterjemah skrip untuk siri animasi Kampung Boy karya abangnya, Lat. Mamat juga merupakan peminat tegar muzik rock dan pernah menyertai kumpulan rock Drop Out yang mana beliau merupakan pemain keyboard.[6]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

1998–2005: Kerjaya awal dan filem pertama[sunting | sunting sumber]

Penglibatan sulung beliau dalam industri perfileman Malaysia adalah apabila beliau mula-mula mencadangkan sebuah siri televisyen yang mengisahkan legenda Puteri Gunung Ledang. "Pada mulanya, saya bercadang menjadikannya projek kecil-kecilan untuk stesen televisyen ntv7 dalam bentuk bersiri. Saya cuba memecahkan projek itu kepada 20 episod yang bukan saja dimuatkan dengan cerita hikayat Melayu lama PGL, malah sarat dengan hikayat lain seperti Badang Pahlawan Gagah dan sebagainya." Bagaimanapun, Enfiniti Productions yang menerima cadangan Mamat itu menukarkannya menjadi sebuah filem untuk tayangan pawagam, arahan Saw Teong Hin yang dibintangi oleh Tiara Jacquelina dan M. Nasir.[7] Filem Puteri Gunung Ledang yang menelan belanja lebih RM 16 juta, iaitu filem Malaysia yang paling mahal dalam sejarah,[8] sungguhpun dilaporkan tiketnya cepat dijual habis, namun hanya mampu mengaut hasil RM 2.90 juta sejak keluar pada bulan Ogos 2004.[9] Namun demikian, filem ini turut menikmati tayangan khas di festival filem luar negara, iaitu di Venice[10] dan di Los Angeles.[11]

Pada tahun 2003 juga, Mamat menjadi pengarah filem buat kali pertama, iaitu filem komedi Lang Buana yang dibintangi oleh kumpulan Senario. Mengikut penerbit eksekutif Grand Brilliance ketika itu, Lazizah Ahmad, filem Lang Buana memakai 'formula yang serba berlainan' seperti yang dicadangkan oleh Mamat yang ingin cerita yang lebih mencabar.[5] Filem yang menelan belanja RM 1.76 juta ini mengaut kutipan sebanyak RM 1.79 juta daripada 27 buah pawagam.[12]

Minatnya terhadap muzik rock diakui mengilhamkan beliau untuk menulis dan mengarah filem Rock pada tahun 2005.[2] Mengikut satu ulasan, Mamat dikatakan ingin menyampaikan mesej mengenai dilema yang dihadapi ramai pemuzik berbakat pada zaman kegemilangan rock 1980-an: "Itu yang cuba Mamat ketengahkan menerusi watak Zack (lakonan Hasnul Rahmat). Anak muda yang berjaya meraih trofi gitaris terbaik ini terpaksa memilih antara memenuhi kemahuan keluarga, kawan dan teman wanita."[13] Filem inilah yang mengurniakan anugerah pertama Mamat daripada Festival Filem Malaysia, iaitu untuk Lakon Layar Terbaik.

2006–2013: Kejayaan dan Hantu Kak Limah Balik Rumah[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2006, Mamat membuat penampilan sebagai juri jemputan di Akademi Fantasia,[14] biarpun tidak dikenali memegang sebarang peranan dalam industri muzik selain menjadi pengarah muzik dalam filem. Pada tahun yang sama, beliau kembali menghasilkan filem drama melalui Man Laksa yang memberikan dua pencalonan Festival Filem Malaysia.[15] Di samping itu, beliau juga diberi kepercayaan menulis skrip untuk filem Tipah Tertipu The Movie arahan Ahmad Idham lakonan kumpulan Ruffedge dan Intan Ladyana.[16][17] Beliau mencuba genre komedi seram menerusi filem Zombi Kampung Pisang, filem buatan Malaysia pertama yang menampilkan puaka zombi (mayat hidup).[18]

Ketika memberi ucapan semasa Anugerah Skrin selepas dinobat Pengarah Filem Terbaik Anugerah Skrin untuk filem Kala Malam Bulan Mengambang

Mamat turut mencabar diri dengan membikin sebuah filem hitam putih pada abad ke-21, iaitu Kala Malam Bulan Mengambang (2008), sebuah filem noir yang dibintangi Rosyam Nor dan Umie Aida. Biarpun dilaporkan kurang mendapat sambutan penonton walaupun dihujani ulasan positif,[19] namun filem ini berjaya merangkul lima anugerah di FFM, termasuk Filem Cereka Terbaik dan Pengarah Filem Terbaik.[20] Mamat membuat kemunculan khas dalam filem My Spy arahan Afdlin Shauki.

Filem Estet arahan Mamat keluar pada tahun 2010, menceritakan kisah hubungan antara orang Melayu dan India di sebuah perkampungan getah, sebagai azamnya untuk memaparkan keeratan persaudaraan sesama kaum di Malaysia melalui filem.[21] Sungguhpun mendapat pujian pengulas filem, namun kutipannya di pawagam agak mengecewakan dengan hanya RM 350,000 daripada 47 buah pawagam.[22] Meskipun begitu, Mamat sekali lagi merasai kejayaan besar selaku sutradara apabila Hantu Kak Limah Balik Rumah menjadi filem tempatan kedua tertinggi kutipan kasarnya di negara dengan RM7.9 juta daripada 39 buah pawagam, mengekori filem Ngangkung sahaja.[22]

Mamat juga sedang mengusahakan filem animasi pertamanya, berjudul Kelip-Kelip yang dilaporkan menerima khidmat lakonan suara Datuk Siti Nurhaliza.[23] Filem kelapan arahan beliau, Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit, kesinambungan daripada Hantu Kak Limah Balik Rumah ditayangkan di pawagam pada 7 Februari 2013, dengan mengekakan sebahagian besar pelakon asalnya termasuk Awie dan Delimawati serta penambahan beberapa pelakon baru termasuk Ezlynn dan Rashidi Ishak. Dengan kos pembikinan sebanyak RM1.65 juta, filem ini mendapat kutipan pecah panggung sebanyak RM5.89 juta.[24][25]

2014–kini: Apokalips X dan projek filem terkini[sunting | sunting sumber]

Pada 3 April 2014, filem Apokalips X yang menjadi filem cereka sains fantasi pertama arahan beliau memperlihatkan Mamat lari dari kebiasaan dari filem-filem terdahulunya sekaligus mencuba sesuatu yang berbeza dari filem Melayu Malaysia.[26] Filem ini menggunakan 70 peratus imej janaan komputer (CGI) dan menggambarkan keadaan Malaysia pada 2046.[27][28] Walau bagaimanapun, Apokalips X merupakan kegagalan komersial dan hanya meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM 253,446.[29] Beliau kemudiannya mengarahkan filem komedi jenayah Amir dan Loqman Pergi ke Laut lakonan Shuib Sepahtu dan Shuk Balas.[30]

Pada 2015, Mamat melancarkan tiga filem arahan serentak, komedi seram Rumah Pusaka Di Simpang Jalan,[31] komedi gelap Usop Wilcha Dalam Werewolf Dari Bangladesh.[32] dan komedi sejarah Usop Wilcha Meghonjang Makhluk Muzium[33] yang kedua-duanya menampilkan Usop Wilcha yang sebelum ini pernah bekerja dengan beliau menerusi beberapa filem terdahulu.

Filem arahan beliau, Lebuhraya Ke Neraka,[34][35] merupakan filem pertamanya yang bergenre kerohanian dan juga filem pertamanya yang tidak mengetengahkan genre komedi.[36] Ditayangkan pada 4 Mei 2017, ia berkisarkan sekumpulan remaja yang dibawa ke alam barzakh atau halusinasi dalam alam koma semasa berkonvoi merentas desa. Filem ini mengambil masa 6 tahun untuk disiapkan.[37][38]

Pada 8 Jun 2017, Mamat muncul dengan supertelefilem arahannya, 16 Puasa yang dibintangi oleh Sabri Yunus, Bell Ngasri, Aziz M. Osman dan Jue Aziz dan bersiaran di Astro First Eksklusif. Ia mengisahkan kisah sekumpulan kawan baik di sebuah kampung yang ponteng puasa dan menyembunyikan aktiviti mereka daripada pengetahuan isteri masing-masing. Mereka juga menetapkan jadual siapa yang akan membeli makanan di pekan dan kemudian makan di tempat-tempat terlindung. Telefilem ini juga diselitkan dengan adegan sinis dan memperlihatkan Mamat yang dikatakan menyidir orang yang suka ponteng berpuasa,[39] menurutnya, jalan cerita tersebut dicipta untuk memberi kesedaran kepada umat Islam yang mencari alasan untuk tidak berpuasa di bulan Ramadan.[40] Bagaimanapun, Mamat meluahkan perasaan kecewanya apabila 16 Puasa "bocor" di internet hingga dijual dalam bentuk DVD, tetapi beliau berbangga kerana telefilem itu mendapat sambutan daripada penonton.[41][42]

Pada 19 Oktober 2017, Mamat menjalani penggambaran filem Hantu Kak Limah 3, kesinambungan daripada dua siri filem Hantu Kak Limah. Filem ini masih mengekalkan barisan pelakon asal termasuk Awie dengan penambahan pelakon baru termasuk Zul Ariffin dan Uqasha Senrose. Mamat mengakui perubahan pada filem ini tidak akan disedari penonton kerana dikaburi jenaka.[43][44] Dalam temuramah bersama Astro Gempak pada November 2017, Mamat mengakui bersedih atas kehilangan tiga pelakon penting dalam siri filem Hantu Kak LimahZami Ismail, Azwan Annuar dan Man Kadir. "Tanpa kita sedar, tiga pelakon penting filem Hantu Kak Limah telah tiada namun filem ini tetap akan diteruskan dan saya harap ia akan menjadi filem yang paling lawak pernah saya hasilkan."[45] Ditayangkan pada 9 Ogos 2018, Hantu Kak Limah 3 menerima ulasan positif dan bercampur-campur daripada pengkritik dan telah meraih kutipan tertinggi sebanyak RM27.5 juta dalam masa 15 hari di seluruh negara, sekaligus menjadikannya sebagai filem dengan kutipan terbanyak di Malaysia.[46][47]

Mamat dijangka bakal muncul dengan filem terbaru arahannya, Manaf Karaoke, namun tarikh tayangan filem itu masih belum diumumkan.[48]

Gaya pengarahan[sunting | sunting sumber]

Hasil karya awal Mamat adalah komedi satira. Beliau dilaporkan menyelitkan kritikan sosial dalam setiap karyanya sekaligus mewujudkan banyak watak yang disifatkan mempunyai kaitan dengan senario politik negara termasuk soal rasuah atau ketidakadilan dalam menjalankan amanah masing-masing. Dalam temubualnya bersama Utusan Malaysia pada 2014, Mamat menyifatkan dirinya sebagai seorang pengarah yang suka menyelitkan satira kehidupan termasuk politik.[49] Beliau berkata: "Kalau ikutkan, kepala saya ini lebih politikus tapi saya seorang pengarah, bukan ahli politik. Jadi bukan bidang saya untuk cakap pasal hal politik,"[49]

Menurut Pekin Ibrahim, yang sebelum ini muncul dalam Hantu Kak Limah Balik Rumah beliau mengandaikan Hantu Kak Limah mungkin merupakan yang terakhir: "Saya rasa cerita Hantu Kak Limah kali ini mungkin penutup kepada kisah hantu Kak Limah. Malah, saya menyifatkan filem berkenaan memberi nilai sentimental kepada pengarahnya, Mamat Khalid kerana ia dilakonkan oleh orang-orang yang dekat dengan dirinya. Masakan tidak, arwah Rab Khalid yang turut berlakon dalam filem berkenaan meninggal dunia pada Januari lalu sebelum filem berkenaan sempat ditayangkan,".[50]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Beliau berkahwin dengan Hasmah Hassan pada 12 April 1987 dan dikurniakan lima orang anak—Mohd. Khalid Zaffa (lahir 1987), Nor Sara (lahir 1990), Mohd. Khalid Adam (lahir 1994), Mohd. Khalid Amen (lahir 1995) dan Nur Hassanah (lahir 1999).[51]

Rumah dipecah masuk[sunting | sunting sumber]

Pada Jun 2014, Mamat kehilangan hampir RM100,000 apabila tiga lelaki memecah masuk ke rumahnya dan kemudian melarikan diri dengan kenderaan pacuan empat roda.[52]

Beliau hanya menyedari rumah dipecah masuk pada kira-kira jam 6:30 pagi apabila beliau bangun untuk menunaikan solat Subuh.[52] Hasil daripada rakaman CCTV, perompak mengumpil tetingkap untuk masuk ke rumah, kemudian melarikan diri dengan Mitsubishi Triton dan melarikan kamera antik, iPad, PlayStation dan RM500, menjadikan jumlah kerugian kira-kira RM100,000.[52] Ketika kejadian, Mamat berada di lokasi penggambaran di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim.[52] Isteri beliau, Hasmah Hashim, membuat laporan polis mengenai kejadian itu di Balai Polis Kampung Rapat pada kira-kira pukul 11 pagi.[52]

Kesihatan[sunting | sunting sumber]

Pada 21 April 2017, Mamat telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang Puteri, Selangor, selepas mengadu sukar untuk bernafas kira-kira jam 3 pagi selepas pulang minum bersama rakan-rakannya. Beliau dipercayai terlalu keletihan selepas menghadiri majlis tayangan perdana filem Lebuhraya Ke Neraka yang diadakan di pawagam di Bukit Bintang.[53] Mamat bagaimanapun berada dalam keadaan stabil,[54] namun tetap berada di bawah pemantauan doktor berikutan tekanan darahnya yang tinggi.[55][56]

Pandangan politik[sunting | sunting sumber]

Mamat merupakan antara selebriti kelahiran Perak yang menunaikan tanggungjawab mengundi pada pilihan raya umum ke-14, beliau mengundi di pusat mengundi Sekolah Rendah Agama Sungai Rokam dan merupakan kali keempat mengundi bagi kawasan Parlimen Gopeng dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rapat di sini, beliau mengakui suasana pilihan raya 2018 memberi ilham kepadanya.[57][58]

Kolaborasi[sunting | sunting sumber]

Mamat mempunyai beberapa pelakon yang berlakon di dalam lebih daripada satu filem arahannya. Soffi Jikan ialah pelakon yang kerap bekerjasama dengan beliau, muncul dalam 8 filem, sementara Usop Wilcha muncul dalam 7 filem dan Awie dan Pekin Ibrahim masing-masing muncul dalam 6 filem.

Pelakon Lang Buana Rock Man Laksa Zombi Kampung Pisang Kala Malam Bulan Mengambang Estet Hantu Kak Limah Balik Rumah Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit Rock Oo! Zombie Kilang Biskut Apokalips X Amir dan Loqman Pergi ke Laut Rumah Pusaka Di Simpang Jalan Usop Wilcha Dalam Werewolf Dari Bangladesh Usop Wilcha Meghonjang Makhluk Muzium Rock Bro! Lebuhraya Ke Neraka Hantu Kak Limah 3 Jumlah
Senario
X markN
1
Hasnul Rahmat
X markN
1
Que Haidar
X markN
X markN
X markN
3
Khir Rahman
X markN
X markN
X markN
X markN
4
Soffi Jikan
X markN
X markN
X markN
X markN
X markN
X markN
X markN
X markN
8
Pekin Ibrahim
X markN
X markN
X markN
X markN
X markN
X markN
6
Yassin Yahya
X markN
1
Sharifah Aleya
X markN
1
Saiful Apek
X markN
1
Awie
X markN
X markN
X markN
X markN
X markN
X markN
6
Ezlynn
X markN
X markN
2
AC Mizal
X markN
1
Man Kadir
X markN
X markN
2
Usop Wilcha
X markN
X markN
X markN
X markN
X markN
X markN
X markN
7
Farid Kamil
X markN
X markN
X markN
3
Loloq
X markN
X markN
2
Rosyam Nor
X markN
X markN
2
Zami Ismail
X markN
X markN
X markN
X markN
4
Miera Leyana
X markN
X markN
2
Bront Palarae
X markN
X markN
2
Rab Khalid
X markN
X markN
X markN
X markN
4

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Kunci
Filem dan drama yang belum dikeluarkan Menunjukkan filem / drama yang belum dikeluarkan
Tahun Tajuk Dikreditkan sebagai Peranan Catatan
Penulis skrip Pengarah Pelakon
2003 Lang Buana Ya Ya Tidak Muzik
2004 Puteri Gunung Ledang Ya Tidak Tidak
2005 Rock Ya Ya Tidak Cerita asal dan muzik
2006 Man Laksa Ya Ya Tidak Cerita asal dan muzik
Tipah Tertipu The Movie Ya Tidak Ya Pengarah Filem Kemunculan khas dan cerita asal bersama Bront Palarae, lakonlayar bersama Ahmad Idham
2007 Zombi Kampung Pisang Ya Ya Ya Pelakon undangan dan cerita asal
2008 Kala Malam Bulan Mengambang Ya Ya Tidak Cerita asal
Cicakman 2 - Planet Hitam Tidak Tidak Ya Pelakon undangan
Dunia Baru The Movie Tidak Tidak Ya Tauke Stesen Minyak Pelakon undangan
2009 My Spy Tidak Tidak Ya Orang Kaya Pelakon undangan
2010 Estet Ya Ya Tidak Penerbit, cerita asal dan penataan seni
Hantu Kak Limah Balik Rumah Ya Ya Tidak Cerita asal
2013 Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit Ya Ya Tidak Cerita asal
Rock Ooo...! Ya Ya Tidak Cerita asal
2014 Apokalips X Ya Ya Tidak
Zombie Kilang Biskut Ya Ya Ya
Amir dan Loqman Pergi ke Laut Ya Ya Tidak
Rumah Pusaka Di Simpang Jalan Ya Ya Tidak
Terbaik Dari Langit Tidak Tidak Ya Kemunculan khas
2015 Usop Wilcha Dalam Werewolf Dari Bangladesh Ya Ya Tidak
Usop Wilcha Meghonjang Makhluk Muzium Ya Ya Tidak
2016 Rock Bro! Ya Ya Tidak
2017 Lebuhraya Ke Neraka Ya Ya Tidak
2018 Hantu Kak Limah 3 Ya Ya Tidak
2019 Manap Karaoke Filem dan drama yang belum dikeluarkan Ya Ya Tidak Pos-produksi
TBA Rajawali: Aku Abang Long Filem dan drama yang belum dikeluarkan Ya Ya Tidak Pos-produksi

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Dikreditkan sebagai Peranan Saluran TV Catatan
Penulis skrip Pengarah Pelakon
1998 Rombongan Cik Kiah Sukan Komanwel Ya Ya Tidak ntv7
2004 Lima Belas Puasa Ya Ya Tidak
2014 Rombongan Cik Kiah Kelana Jaya Ya Ya Tidak Astro First Eksklusif
2017 16 Puasa Ya Ya Tidak Astro First Eksklusif
Karya 12 - Vol 2: Semerah Darah Ya Ya Tidak Astro Citra

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Dikreditkan sebagai Peranan Saluran TV Catatan
Penulis Pengarah Pelakon
1997-99 Kampung Boy Ya Tidak Tidak Astro Ria Penterjemah skrip
1999-2005 Spanar Jaya Ya Tidak Tidak ntv7 Konsep
2002 Hari Raya Abdullah Rauf Tidak Ya Tidak ntv7
2011 Cer Citer Ya Ya Tidak Astro Warna

Anugerah dan penghargaan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Karya tercalon Keputusan
2001 Anugerah Skrin 2001 Pengarah Terbaik Pinang Durian Menang
2005 Festival Filem Malaysia ke-18 Lakonlayar Terbaik (bersama Saw Teong Hin) Puteri Gunung Ledang Menang
2006 Festival Filem Malaysia ke-19 Lakonlayar Terbaik Man Laksa Dicalonkan
Cerita Asal Terbaik Dicalonkan
2007 Festival Filem Malaysia ke-20 Anugerah Khas Juri Zombi Kampung Pisang Menang
2008 Festival Filem Malaysia ke-21 Pengarah Terbaik Kala Malam Bulan Mengambang Menang
Lakonlayar Terbaik Dicalonkan
Cerita Asal Terbaik Dicalonkan
2010 Festival Filem Malaysia ke-23 Anugerah Khas Juri Estet Menang
Pengarah Terbaik Dicalonkan
Lakonlayar Terbaik Dicalonkan
Cerita Asal Terbaik Dicalonkan
Penataan Seni Terbaik Dicalonkan
2011 Festival Filem Malaysia ke-24 Pengarah Terbaik Hantu Kak Limah Balik Rumah Dicalonkan
Cerita Asal Terbaik Dicalonkan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Mamat Khalid di Sinema Malaysia
  2. ^ a b Kamin, A. (2005-07-22). "A local movie about rock culture". star-ecentral.com. Dicapai 2007-04-24. 
  3. ^ Rosman Shamsudin (19 Mei 2015). "Mamat 'buat' sarang". Harian Metro. Dicapai 26 Jun 2018. 
  4. ^ Ahmad A. Talib (28 Ogos 2016). "A hippie with a cause". New Straits Times. Dicapai 26 Jun 2018. 
  5. ^ a b Zieman (28 Jun 2003). "New formula for Senario film". The Star. Dicapai 20 Disember 2009. 
  6. ^ Abd. Aziz Itar (29 November 2005). "Rock - Cetusan pengalaman Mamat Khalid". Utusan Malaysia. Dicapai 22 March 2017. 
  7. ^ Suzan Ahmad (14 Mei 2003). "Keampuhan Mamat Lahir PGL". Berita Harian. Dicapai 20 Disember 2009. 
  8. ^ Mumtaj Begum (14 Oktober 2005). "Puteri Gunung Ledang musical". The Star. Dicapai 20 Disember 2009. 
  9. ^ TAYANGAN FILEM CEREKA TEMPATAN 2004, FINAS. Dicapai pada 20 Disember 2009.
  10. ^ "Puteri Gunung Ledang To Be Shown In Venice". Malay Mail. 7 Ogos 2004. Dicapai 20 Disember 2009. 
  11. ^ Suraiya Mohd Nor (23 Disember 2004). "PGL 'cemar duli' di Los Angeles". Berita Harian. Dicapai 20 Disember 2009. 
  12. ^ TAYANGAN FILEM CEREKA TEMPATAN 2003, FINAS. Dicapai pada 20 Disember 2009.
  13. ^ Shakilawati Abd Rahman (27 November 2008). "Rock Papar Dilema Anak Seni". Utusan Malaysia. Dicapai 20 Disember 2009. 
  14. ^ Azhariah Kamin (7 Ogos 2006). "Most popular one wins". The Star. Dicapai 21 Disember 2009. 
  15. ^ Festival Filem Malaysia Ke 19 (2006), Sinema Malaysia. Dicapai pada 21 Disember 2009.
  16. ^ "Tipah Tertipu". filemkita.com. Dicapai 24 April 2007. 
  17. ^ "Tipah Tertipu filem jalanan karya Mamat Khalid". Utusan Malaysia. 16 Disember 2005. Dicapai 24 April 2017. 
  18. ^ Filem Zombi Kampung Pisang – Komedi ala Mamat Khalid, Budiey.com, 7 April 2007. Dicapai pada 21 Feb 2011.
  19. ^ Nurulhisham Abdul Latiff (6 Jun 2008). "Kutipan Rendah Kerana Hollywood". Utusan Malaysia. Dicapai 21 Disember 2009. 
  20. ^ [Festival Filem Malaysia Ke 21 (2008)], Sinema Malaysia. Dicapai pada 21 Disember 2009.
  21. ^ Bissme S. (5 Mac 2009). "Unity through Estet". theSun. Dicapai 21 Disember 2009. 
  22. ^ a b TAYANGAN FILEM CEREKA TAHUN 2010, FINAS. Diambil 21 Feb 2010.
  23. ^ Siti Azira Abd Aziz (20 Oktober 2008). "'Kelip-Kelip' Siti Nurhaliza masuk pawagam". mStar. Dicapai 21 Disember 2009. 
  24. ^ Mohd Al Qayum Al-Azizi (7 Februari 2013). Keharmonian Masyarakat Dalam 'Husin, Mon Dan Jin Pakai Toncit' mSTAR Online. Dicapai pada 4 Julai 2017.
  25. ^ "Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit" mula ditayang hari ini Astro Awani (7 Februari 2013). Diperoleh pada 30 Ogos 2013.
  26. ^ Mamat Khalid Bawa Kelainan Dalam 'Apokalips X' - Wayang | mStar
  27. ^ Azyyati Ahmad (8 April 2014). "Apokalips X, Mamat Khalid lari dari kebiasaan". Astro Awani. Dicapai 13 Jun 2017. 
  28. ^ Angelin Yeoh (8 April 2014). "Apokalips X: Dawn of a new era". The Star Online. Dicapai 13 Jun 2017. 
  29. ^ "Mamat tidak kecewa filem kurang dapat sambutan". Kosmo!. 10 October 2014. Dicapai 13 October 2014. 
  30. ^ Syed Musaddad (14 September 2014). "Kisah gengster Ipoh". Utusan Malaysia. Dicapai 29 Jun 2017. 
  31. ^ "Rumah Pusaka Di Simpang Jalan taruhan Mamat Khalid". Sinar Harian. 20 Disember 2014. Dicapai 1 Januari 2015. 
  32. ^ Shazryn Mohd Faizal (9 Mac 2015). "Sinikal Mamat Khalid Masih Tajam Dalam 'Werewolf Dari Bangladesh'". mSTAR Online. Dicapai 26 November 2017. 
  33. ^ Mohd Al Qayum Azizi (14 September 2015). "'Usop Wilcha Menghonjang Makhluk Muzium' Sarat Fakta Sejarah". mSTAR Online. Dicapai 26 November 2017. 
  34. ^ Shazryn Mohd Faizal (8 Mei 2017). "'Lebuhraya Ke Neraka' Sinergi Dakwah Dan Seram Mamat Khalid". mSTAR Online. Dicapai 29 Jun 2017. 
  35. ^ "'Lebuhraya Ke Neraka' filem sakti Mamat Khalid". Kosmo!. 29 April 2017. Dicapai 1 Julai 2017. 
  36. ^ "Filem Pertama Tidak Kelakar Mamat Khalid - 'Lebuhraya Ke Neraka'". Oh Media!. Mei 2017. Dicapai 29 Jun 2017. 
  37. ^ Azmi A. (9 Mei 2017). "'Lebuhraya Ke Neraka' Karya Mamat Khalid Yang 'Deep' Dan Pasti Akan Buat Anda Sentap". Vocket. Dicapai 29 Jun 2017. 
  38. ^ Mohd Al Qayum Azizi (21 April 2017). "'Lebuhraya Ke Neraka' Terperap Enam Tahun". mSTAR Online. Dicapai 29 Jun 2017. 
  39. ^ '16 Puasa' sarat sindiran: Reaksi Pengarah, Mamat Khalid. Astro Awani. 18 Jun 2017. Dicapai 1 Julai 2017. 
  40. ^ "Mamat Khalid Sindir Orang Yang Suka Ponteng Puasa?". Astro Gempak. 19 Jun 2017. Dicapai 1 Julai 2017. 
  41. ^ "Drama '16 Puasa' bocor di internet, Mamat bangga dalam kecewa". The Malay Mail. 20 Jun 2017. Dicapai 1 Julai 2017. 
  42. ^ Ifqdar Rahman (19 Jun 2017). "Mamat Khalid bengang karya 16 Puasa 'bocor'". Utusan Malaysia. Dicapai 1 Julai 2017. 
  43. ^ ‘Hantu Kak Limah 3’ back to haunt fans The Malay Mail (23 November 2017). Dicapai pada 23 Jun 2018.
  44. ^ Amirul Haswendy Ashari (19 November 2017). Hantu Kak Limah 3 lebih kelakar Harian Metro. Dicapai pada 23 Jun 2018.
  45. ^ Hantu Kak Limah Tanpa Arwah Pak Jabit & Pak Zami, Memang Dirasai - Mamat Khalid Astro Gempak (23 November 2017). Dicapai pada 26 Jun 2018.
  46. ^ "RM27.5 juta dalam tempoh 15 hari, Hantu Kak Limah pecah rekod lagi!". mSTAR Online. 24 Ogos 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Ogos 2018. Dicapai 25 Ogos 2018. 
  47. ^ Haryati Karim (21 Ogos 2018). Hantu Kak Limah cipta rekod Kosmo!. Dicapai pada 21 Ogos 2018. "Filem arahan Mamat Khalid berjaya catat kutipan sebanyak RM20.5 juta".
  48. ^ Yuzir Harafi (8 Ogos 2018). "'Manap Karaoke' naskhah terbaru Mamat Khalid". Astro Awani. Dicapai 28 Ogos 2018. 
  49. ^ a b Maliah Surip (5 Mei 2018). "'Melacurkan' politik dalam karya seni". Kosmo!. Dicapai 14 Mei 2018. 
  50. ^ Mungkin Hantu Kak Limah terakhir Kosmo! (8 Julai 2018). Dicapai pada 8 Ogos 2018.
  51. ^ Shazryn Mohd. Faizal (1 Oktober 2008). "Keluarga pengikat kasih Mamat". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Ogos 2018. Dicapai 26 Ogos 2018 – melalui Utusan Online. 
  52. ^ a b c d e "Film director Mamat Khalid robbed of almost RM100k". Astro Awani. 19 June 2014. Dicapai 25 April 2015. 
  53. ^ Riadz Radzi (21 April 2017). "Mamat Khalid masuk ICU". Harian Metro. Dicapai 25 April 2017. 
  54. ^ Kemalia Othman (21 April 2017). "Mamat Khalid Stabil Selepas Dimasukkan Ke ICU". mSTAR Online. Dicapai 1 Julai 2017. 
  55. ^ Farhana Ab Rahman (21 April 2017). "Mamat Khalid masuk ICU". Berita Harian. Dicapai 25 April 2017. 
  56. ^ "Mamat Khalid sesak nafas". Harian Metro. 22 April 2017. Dicapai 1 Julai 2017. 
  57. ^ Muhammad Apendy Issahak (22 April 2017). "Suasana PRU-14 beri ilham kepada Mamat Khalid". Berita Harian. Dicapai 14 Mei 2018. 
  58. ^ Muhammad Apendy Issahak (9 Mei 2018). "'Mamat, Iqram tunai tanggungjawab mengundi' [METROTV]". Harian Metro. Dicapai 14 Mei 2018. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]