Galeri Rumah Lat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Galeri Rumah Lat
Galeri pada Ogos 2023.
Nama silamRumah Lat dan Galeri
AlamatLot 365404, Jalan Bemban, 31000, Batu Gajah, Perak
LokasiBatu Gajah, Perak, Malaysia
Koordinat4°28′N 101°03′E / 4.467°N 101.050°E / 4.467; 101.050Koordinat: 4°28′N 101°03′E / 4.467°N 101.050°E / 4.467; 101.050
PemilikLembaga Muzium Negeri Perak
JenisGaleri seni
Pembinaan
DibukaDilancarkan secara rasmi pada 8 Julai 2023 dan dibuka kepada umum pada 9 Julai 2023
Kos pembinaanRM3.81 juta
Kontraktor utamaAzman Mahmud Enterprise Sdn. Bhd.

Galeri Rumah Lat ialah galeri seni yang terletak di Batu Gajah, Perak. Ia menempatkan hasil karya seni, memorabilia dan bahan-bahan berkaitan kartunis Malaysia, Lat.[1][2]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Idea untuk mewujudkan Galeri Rumah Lat datang daripada Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah ketika baginda bergelar Raja Muda Perak. Menurut Lat, meskipun pembukaan galeri ini mengambil masa yang begitu panjang walaupun sudah siap dibina namun ia sesuatu yang amat membanggakan. Beliau berkata kepada pemberita: "Perancangan untuk membuka galeri ini sudah lama. Sejak Duli Yang Maha Mulia, Sultan Perak menjadi Raja Muda lagi. Sewaktu itu, baginda mengatakan elok buat galeri untuk simpan semua lukisan-lukisan di kawasan Ipoh. Baginda juga ada menyebut beberapa kawasan seperti di Meru, jadi masa itu saya mulalah bekerjasama dengan pihak kerajaan negeri untuk menyediakan sebuah galeri komik dan kartun untuk masyarakat di Perak dan di Malaysia,".[3]

Galeri ini pada asalnya dijadualkan untuk dibuka pada Julai 2020, namun ditangguhkan sehingga hujung 2020 berikutan pandemik COVID-19 di Malaysia.[4] Ia telah dihebahkan pada April 2021 bahawa galeri ini dijadualkan untuk dibuka pada Julai 2021, menurut Lat selepas dimaklumkan oleh Muzium Perak,[5] namun ia ditangguhkan sekali lagi.[6][7]

Kos pembangunan Galeri Rumah Lat dibiayai sepenuhnya oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia dengan kos pembinaan berjumlah RM3.81 juta dan siap sepenuhnya pada Januari 2022.[8] Galeri ini dirasmikan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah pada 8 Julai 2023 dan dibuka kepada umum sehari kemudian.[9][10][11]

Pameran dan tarikan[sunting | sunting sumber]

Galeri Rumah Lat terdiri daripada dua komponen iaitu Galeri Lat yang menempatkan ruang pameran karya Lat, koleksi lukisan terpilih karikaturnya sejak dari 1963 serta biografi beliau selain ruang mengadakan bengkel seni lukis kartun. Terdapat juga ruangan pameran, kedai cenderahati, kafe, taman karya Lat dan ruangan pejabat serta ruangan audiovisual.[9]

Manakala Rumah Lat pula merupakan rumah Melayu berbumbung lima atau Rumah Limas potongan Perak yang dibina menggunakan kaedah tradisional. Antara komponen di Rumah Lat ialah perabot, kelengkapan rumah bahagian anjung, rumah ibu dan dapur, hiasan dalaman dan kelengkapan dapur.[9]

Waktu operasi[sunting | sunting sumber]

Galeri ini dibuka pada setiap Selasa sehingga Jumaat dari jam 10 pagi sehingga 4 petang dan ditutup pada Isnin.[12]

Menurut Lat, sejak pembukaan rasminya pada 8 Julai, Galeri Rumah Lat dibuka secara percuma kepada pengunjung sehingga September 2023. Menurut beliau lagi, beliau berharap galerinya menawarkan harga tiket masuk berpatutan kepada pengunjung yang hadir.[12][13]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Nurul Husna Mahmud (9 Disember 2020). "Selami kehidupan 'Mat'". Harian Metro. Dicapai pada 21 September 2021.
  2. ^ "Satu Lagi Tarikan Negeri Perak! Galeri Rumah Lat Kini Dibuka Kepada Orang Awam". Surga Route. 21 Julai 2023. Dicapai pada 14 September 2023.
  3. ^ Liyana Ramli (8 Julai 2023). "Galeri Rumah Lat idea Sultan Nazrin". Utusan Malaysia. Dicapai pada 24 Julai 2023.
  4. ^ "Dari komik ke realiti, Datuk Lat teruja projek rumah 'Kampung Boy' bakal di buka akhir 2020 - "Ia bukan untuk saya tapi masa depan"". mStar Online. 25 Julai 2020. Dicapai pada 25 Julai 2023.
  5. ^ "Better Lat Than Never: The 'Rumah Lat Dan Galeri' In Batu Gajah Set To Open In July" (dalam bahasa Inggeris). Rojak Daily. 16 April 2021. Dicapai pada 25 Julai 2023.
  6. ^ Fetty Rara (13 April 2021). "'Rumah Lat' di Batu Gajah dibuka Julai depan". Bebas News. Dicapai pada 25 Julai 2023.
  7. ^ Sylvia Looi (12 April 2021). "'Rumah Lat Dan Galeri' in Batu Gajah to finally open in July after seven years of construction" (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. Dicapai pada 25 Julai 2023.
  8. ^ "Perasmian Galeri Rumah Lat". UMNO Online. 8 Julai 2023. Dicapai pada 29 Ogos 2023.
  9. ^ a b c Ain Safre Bidin (11 Julai 2023). "Galeri Rumah Lat jadi tumpuan pengunjung". Utusan Malaysia. Dicapai pada 26 Julai 2023.
  10. ^ "Lat teruja Galeri Rumah Lat dibuka, sifatkan anugerah satu penghormatan". SelangorKini. 8 Julai 2023. Dicapai pada 13 Julai 2023.
  11. ^ "Sultan Nazrin berkenan rasmi Galeri Rumah Lat". Sinar Harian. 8 Julai 2023. Dicapai pada 20 Julai 2023.
  12. ^ a b "Galeri Rumah Lat: Masuk percuma hingga September, Lat harap tiket berpatutan". Astro Awani. 23 Julai 2023. Dicapai pada 26 Julai 2023.
  13. ^ Zaki Salleh (25 Julai 2023). "Galeri Rumah Lat continues to attract visitors" (dalam bahasa Inggeris). Ipoh Echo. Dicapai pada 26 Julai 2023.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]