Duri Terlindung (lagu)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Duri Terlindung adalah merupakan sebuah lagu nyanyian penyanyi rock Nike Ardilla hasil ciptaan komposer Malaysia, Saari Amri yang telahpun dirakamkan pada Disember 1993 dan telah diterbitkan pada Jun 1994 di Indonesia dan pada Julai 1994 di Malaysia. Lagu ini juga telah dimuatkan didalam album keempatnya iaitu Biarkan Cintamu Berlalu dan album studio versi ulangannya iaitu album Duri Terlindung dimana kedua-dua album studio ini diterbitkan pada tahun yang sama.

"Duri Terlindung"
Single oleh Nike Ardilla
daripada album Biarkan Cintamu Berlalu / Duri Terlindung
Dilancarkan padaJun 1994 (Indonesia)
Julai 1994 (Malaysia)
Dirakamkan padaDisember 1993
GenreSlow rock, Soft rock
Panjang4:05
SyarikatMusica Studio's
PenulisSaari Amri
PenerbitSaari Amri
Kronologi single Nike Ardilla
"Duri Terlindung" "Aku Tak Akan Bersuara
(1994)"
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Trivia[sunting | sunting sumber]

  • Lagu ini adalah hasil ciptaan Saari Amri sepenuhnya dimana ini merupakan lagu pertama beliau untuk Nike Ardilla.
  • Pengambaran video klip untuk lagu ini telah dilakukan sepenuhnya di Malaysia. Video klip lagu ini ditayangkan di Malaysia pada tahun 1994, manakala di Indonesia pula ianya ditayangkan pada tahun 1999.
  • Lagu Duri Terlindung ini juga dirakamkan pada hari yang sama dengan lagu Aku Tak Akan Bersuara dimana kedua-dua lagu ini telahpun dimuatkan didalam album studio Duri Terlindung, iaitu album versi ulangan dari album keempatnya, Biarkan Cintamu Berlalu yang telah diterbitkan terlebih dahulu dipasaran Indonesia sebelum judul album ini telah diubah dan diterbitkan untuk pasaran Malaysia.
  • Ketika proses merakamkan lagu ini, Nike Ardilla mempunyai satu masalah utama iaitu kesukarannya menyebut huruf "Z" dimana lidahnya amat kekok menyanyikan lirik bahasa melayu baku pada ketika itu. Namun dek kerana sikap yang tidak mudah berputus asa beliau mencuba untuk memperbaiki kesilapan dan kelemahannya tersebut dan akhirnya lagu ini berjaya disempurnakannya hanya dalam satu jam sahaja.

Rujukan[sunting | sunting sumber]