Ebola

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Imej mikroskop elektron virus Ebola   (Sumber: CDC)

Ebola merupakan satu penyakit demam berdarah yang berpunca daripada jangkitan virus. Virus ini baru sahaja dikenalpasti dan dianggap sebagai suatu virus penyakit yang amat berbahaya di dunia[1]. Ebola mudah berjangkit dan boleh membawa maut. Dalam 50% - 90% kes jangkitan, penyakit ini mengakibatkan kematian, bergantung kepada jenis virus Ebola punca penyakit.

Virus Ebola menyebabkan pesakit menjadi lemah, kekurangan air, lesu dan keliru. Tanda-tanda Ebola yang paling jelas merupakan pendarahan di seluruh tubuh dan di dalam badan. Kematian biasanya berlaku dalam masa 7 sehingga 16 hari disebabkan oleh kejutan dan kehilangan darah yang serius.

Wabak 2014[sunting | sunting sumber]

Pada bulan Februari 2014, virus Ebola telah muncul di Guinea. Ini mewujudkan wabak virus Ebola pertama seumpamanya yang berlaku di wilayah tersebut. pada tanggal 28 Mac 2014, seramai 103 orang telah sah dikenal pasti dijangkiti oleh virus dan 66 orang mangsa telah disanhkan meninggal dunia di Guinea, manakala 8 kes di Liberia termasuk 6 kematian, 6 pesakit di Sierra Leone termasuk 5 kematian. Penyiasatan masih diteruskan sehingga sekarang. [2][3] [4]

Wabak yang berlaku dengan pantas di ibu negara Guinea, Conakry, adalah yang sangat merbahaya seumpamanya kerana strain virus Ebola ini di kenal pasti begitu cepat menyerang. Negara yang berpenduduk 2 juta orang itu sangat miskin, terlalu banyak lambakan setinggan dan kawasan fakir miskin. Sistem perkhidmatan perubatan ternyata sangat lemah sangat jauh jika dibandingkan dengan negara maju di Eropah yang lain.[5]


Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Laman web Yosri: Penyakit Ebola

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. http://www.aljazeera.com/programmes/insidestory/2014/03/ebola-how-far-away-cure-2014328171840400662.html
  2. http://europa.eu/rapid/press-release_IP-14-345_en.htm
  3. http://www.un.org/apps/news/story.asp?NewsID=47459&Cr=disease&Cr1=#.UzX25_iPHwk.twitter
  4. http://news.nationalgeographic.com/news/2014/03/140327-ebola-virus-guinea-bush-meat-vaccine/
  5. http://www.nbcnews.com/news/world/ebola-spread-guineas-capital-raises-fears-n66901