Edith Windsor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Edith Windsor
Edie Windsor di DC Pride 2017
Windsor pada 2017
Kelahiran
Edith Schlain

(1929-06-20)20 Jun 1929
Philadelphia, Pennsylvania, Amerika Syarikat
Meninggal dunia12 September 2017(2017-09-12) (umur 88)
New York City, Amerika Syarikat
Nama lainEdie Windsor
Pusat pendidikanUniversiti New York
Universiti Temple
MajikanIBM
Terkenal keranaUnited States v. Windsor
Gerakan politikHak LGBT
PasanganSaul Windsor (k. 1951; c. 1952)
Thea Clara Spyer (k. 2007; m. 2009)
Judith Kasen (k. 2016)
Laman web rasmiEdieWindsor.com

Edith "Edie" Windsor (20 Jun 1929 - 12 September 2017) ialah seorang aktivis hak LGBT Amerika Syarikat dan pengurus di IBM.[1] Beliau ialah plaintif utama dalam kes Mahkamah Agung Amerika Syarikat 2013 Amerika Syarikat lwn. Windsor, yang memutuskan bahawa Bab 3 Defense of Marriage Act (DOMA) tidak berperlembagaan kerana pembatasan definisi "pernikahan" dan "pasangan" di peringkat persekutuan yang dianggap melanggar Klausa Proses Adil Pindaan Kelima Perlembagaan Amerika Syarikat.[2]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Windsor dilahirkan di Philadelphia, Pennsylvania, kepada James dan Celia Schlain, yang merupakan keluarga pendatang Yahudi Rusia. Beliau ialah anak bongsu dari tiga bersaudara.[3][4][5] Bapanya kehilangan kedai gula-gula dan ais krim, dan rumah mereka yang terletak di atas kedai mereka kerana Zaman Meleset.[6] Windsor mendapat perlakuan anti-semitisme pada zaman persekolahannya.[7] Semasa bersekolah, beliau berkenalan dengan seorang budak lelaki seusianya, tetapi kemudian beliau teringat bahawa beliau juga meminati gadis.[8]

Windsor menerima ijazah sarjana dari Universiti Temple pada 1950.[9] Pada tahun 1955, beliau mula memperoleh ijazah sarjananya dalam matematik, yang diperolehi dari Universiti New York pada 1957.[10] Beliau kemudian menyertai IBM, di mana beliau bekerja selama enam belas tahun. Sepanjang tempoh ini, beliau menghabiskan dua semester untuk mempelajari matematik terapan di Universiti Harvard.[11]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Setelah menerima ijazah sarjana dalam bidang matematik pada 1957 dari Universiti New York, Windsor mula bekerja di jawatan teknikal dan pengurusan senior di IBM pada 1958.[12] Windsor bekerja di IBM selama 16 tahun dan terkenal di IBM kerana "kebolehannya mengatasi kutu."[13] Windsor juga membantu Suruhanjaya Tenaga Atom, dan pada satu masa bahkan disiasat oleh FBI. Windsor takut kerana homoseksual tertutupnya. Ini berlaku sejurus Lavender Scare. Beliau kemudian mengetahui bahawa itu disebabkan oleh hubungan adiknya dengan kesatuan guru.[14]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Saul Windsor ialah rakan saudara Edie, yang dikenalinya selama beberapa tahun. Mereka pergi ke kuliah bersama dan pada tahun ketiga di kuliah, Saul melamar Edie. Edie kemudian menerima lamaran itu. Hubungan mereka berakhir apabila Edie jatuh cinta dengan rakan sekelas wanita. Namun, setelah Windsor memutuskan bahawa beliau tidak mahu hidup sebagai lesbian, mereka kembali berdamai dan berkahwin pada Mei 1951.[15] Mereka bercerai kurang dari setahun setelah berkahwin, pada 3 Mac 1952.[16] Beliau mengaku bahawa beliau ingin memiliki hubungan bersama wanita. Tidak lama selepas perceraiannya, Windsor meninggalkan Philadelphia dan berpindah ke New York City.[17]

Windsor kemudian bertemu dengan Thea Spyer, seorang ahli psikologi kelahiran Amsterdam, pada 1963 di Portofino, sebuah restoran di Greenwich Village.[18][19] Ketika mereka bertemu, masing-masing sudah menjalin hubungan dengan orang lain. Mereka kadang-kadang bertemu satu sama lain selama dua tahun berikutnya, tetapi baru pada perjalanan ke Long Island pada akhir musim pada 1965 mereka mulai rapat.[20] Untuk menjaga kerahsiaan hubungan ini dari rakan sekerjanya, Windsor mengatakan bahawa beliau mempunyai hubungan dengan saudara fiksyen Spyer bernama Willy. Nama Willy diambil dari anak patung zaman kanak-kanak Windsor. Pada tahun 1967, Spyer meminta Windsor untuk mengahwininya, walaupun pada masa itu perkahwinan sejenis tidak sah di mana sahaja di Amerika Syarikat. Takut bahawa cincin pertunangan tradisional dapat mendedahkan orientasi seksual Windsor kepada rakan sekerjanya, Spyer memberinya pin berlian.[17]

Pada tahun 1977, Spyer didiagnosis dengan sklerosis berbilang, penyakit ini menyebabkan kelumpuhan secara beransur-ansur. Windsor kemudian memutuskan untuk bersara awal untuk menjadi pengasuh sepenuh masa untuk Spyer. Windsor dan Spyer memasuki perkongsian domestik di New York City pada tahun 1993. Spyer mengalami serangan jantung pada tahun 2002 dan didiagnosis dengan stenosis aorta. Pada tahun 2007, doktornya memberitahu bahawa beliau mempunyai masa kurang dari setahun untuk hidup. New York belum membenarkan perkahwinan sejenis, jadi pasangan itu memilih untuk berkahwin di Toronto, Kanada, pada 22 Mei 2007, dengan hakim gay pertama Kanada, Hakim Harvey Brownstone, yang mengetuai proses. Pengumuman perkahwinan mereka disiarkan di New York Times. Spyer meninggal dunia akibat komplikasi yang berkaitan dengan keadaan jantungnya pada 5 Februari 2009. Selepas kematian Spyer, Windsor dimasukkan ke hospital kerana tekanan jantung.[10][12][21][22]

Pada 26 September 2016, Windsor berkahwin dengan Judith Kasen di Balai Bandar Raya New York. Pada saat perkahwinan, Windsor berusia 87 dan Kasen berusia 51 tahun.[23][24]

Windsor juga merupakan anggota jemaah bukan denominasi Kongregasi Beit Simchat Torah,[25][26] yang telah digambarkan sebagai jemaah LGBT terbesar di dunia.[27]

Pada Oktober 2019, memoir berjudul Windsor: A Wild and Precious Life diterbitkan oleh St. Martin's Press. Penulisan bermula sebelum kematian Windsor pada 2017 dan disiapkqn oleh rakan penulisnya Joshua Lyon.[28] Buku tersebut juga dikeluarkan sebagai buku audio, dibaca oleh Donna Postel dan Joshua Lyon.[29]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Wong, Curtis M. (2017-09-12). "Bill Clinton, Andy Cohen, Lea DeLaria And More Mourn Edie Windsor's Death". HuffPost (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-07-07.
  2. ^ Socarides, Richard. "How The Court Ruled on DOMA and Prop. 8". The New Yorker (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-07-07.
  3. ^ "Affidavit of Edith Schlain Windsor" (PDF). nyclu.org. United States District Court Southern District of New York. June 23, 2011. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada March 3, 2016. Dicapai pada June 25, 2015.
  4. ^ Eliza Gray (December 11, 2013). "Edith Windsor, The Unlikely Activist". Time. Dicapai pada June 25, 2015.
  5. ^ Naomi Zeveloff. "Forward 50 (2013): Edith Windsor". The Forward. Dicapai pada October 23, 2014.
  6. ^ "Box". stanford.app.box.com. Dicapai pada 2020-07-07.
  7. ^ Jill Hamburg Coplan (Fall 2011). "When a Woman Loves a Woman". Nyu.edu. NYU Alumni Magazine (17). Dicapai pada June 25, 2015.
  8. ^ Windsor, Edith. "Meet The 83-Year-Old Taking On The U.S. Over Same-Sex Marriage". NPR.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-07-07.
  9. ^ "Edie Windsor Love Conquers the Law: One Woman's Voice Silences DOMA". www.alumni.temple.edu (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-07-07.
  10. ^ a b McFadden, Robert D. (2017-09-12). "Edith Windsor, Whose Same-Sex Marriage Fight Led to Landmark Ruling, Dies at 88". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0362-4331. Dicapai pada 2020-07-07.
  11. ^ Graham, Kristen A. (April 28, 2014). "At Temple, an alumna once closeted gets a hero's welcome back". Philadelphia Inquirer. Dicapai pada October 12, 2015.
  12. ^ a b Gabbatt, Adam (2013-06-26). "Edith Windsor and Thea Spyer: 'A love affair that just kept on and on and on'". The Guardian (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0261-3077. Dicapai pada 2020-07-07.
  13. ^ "Remembering Edie Windsor: Tech Pioneer, Equality Advocate". AnitaB.org (dalam bahasa Inggeris). 2017-09-24. Dicapai pada 2020-07-07.
  14. ^ Levy, Ariel. "The Perfect Wife". The New Yorker (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-07-07.
  15. ^ Kaplan, Roberta; Dickey, Lisa (2015). Then Comes Marriage: United States v. Windsor and the Defeat of DOMA (ed. 1st). New York: W. W. Norton. m/s. 152–154. ISBN 9780393248678. OCLC 902661501.
  16. ^ Applebome, Peter (2012-12-10). "Reveling in Her Supreme Court Moment". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0362-4331. Dicapai pada 2020-07-07.
  17. ^ a b "Who is Edith Windsor? How One Woman Plans to Change the Face of DOMA | Politic365". web.archive.org. 2015-06-26. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-06-26. Dicapai pada 2020-07-07.CS1 maint: bot: original URL status unknown (link)
  18. ^ "Edith Windsor". The Forward (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-07-07.
  19. ^ "Thea Spyer profile". web.archive.org. 2017-09-16. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-09-16. Dicapai pada 2020-07-07.CS1 maint: bot: original URL status unknown (link)
  20. ^ "Edith "Edie" Windsor". The Reconstructionists. Dicapai pada June 25, 2015.
  21. ^ "Edith Windsor, LGBTQ Advocate Who Fought The Defense Of Marriage Act, Dies At 88". NPR.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-07-07.
  22. ^ Pearson, Erica. "Widow who led gay marriage fight mourns death of partner of 44 years". nydailynews.com. Dicapai pada 2020-07-07.
  23. ^ "DOMA Plaintiff Edie Windsor Remarries". www.advocate.com (dalam bahasa Inggeris). 2016-10-01. Dicapai pada 2020-07-07.
  24. ^ Bernstein, Jacob (2016-09-30). "The Remarriage of Edie Windsor, a Gay Marriage Pioneer". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0362-4331. Dicapai pada 2020-07-07.
  25. ^ "Jewish Organizations Join DOMA Appeal". Tablet Magazine (dalam bahasa Inggeris). 2012-09-28. Dicapai pada 2020-07-07.
  26. ^ "Edie Windsor's lawyer and the daughters of Zelophehad". Jewish Telegraphic Agency (dalam bahasa Inggeris). 2013-06-28. Dicapai pada 2020-07-07.
  27. ^ "What Does the Future Hold for Gay Synagogues?". Tablet Magazine (dalam bahasa Inggeris). 2013-03-11. Dicapai pada 2020-07-07.
  28. ^ Windsor, Edie; Lyon, Joshua (2019). A Wild and Precious Life: A Memoir (ed. First). New York: St. Martin's Press. ISBN 9781250195135. OCLC 1110805870.
  29. ^ Windsor, Edie; Lyon, Joshua (2019). A Wild and Precious Life: A Memoir (audiobook on CD) (dalam bahasa Inggeris) (ed. Unabridged). Grand Haven, MI: Brilliance Audio. ISBN 9781978684584. OCLC 1121597985. Cite has empty unknown parameter: |1= (bantuan)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]