Ejen 008

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian

Ejen 008 adalah merupakan sebuah drama komedi arahan pengarah Emi Suffian yang diterbitkan pada tahun 2010 dibawah syarikat Eruja Production. Dibintangi oleh Ogy Ahmad Daud, Raisuddin Hamzah, Lisdawati, Azza Elite, Roy Azman, Faizal Yusof dan ramai lagi. Drama ini telah disiarkan sebanyak 13 episod bermula pada 4 Februari 2010 pada setiap hari Khamis jam 11 pagi melalui Slot Senda Pagi di TV3.

Ejen 008
GenreDrama
Keluarga
Komedi
PengarahEmi Suffian
Dibintangi oleh
Ogy Ahmad Daud
Raisuddin Hamzah
Lisdawati
Azza Elite
Roy Azman
Faizal Yusof
Mya Ruslee
Amyza Adnan
Bell Ngasri
Amir Raja Lawak
Khaty Azean
Lagu pembukaan"Cari Jodoh" nyanyian Wali Band
Lagu penutup"Cari Jodoh" nyanyian Wali Band
Negara asalMalaysia
BahasaBahasa Melayu
Bilangan episod13
Penerbitan
Pemasangan kamera
Tetapan kamera utama
Tempoh siaran30 minit (per episod)
Syarikat penerbitan
Eruja Production Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalTV3 (Slot Senda Pagi)
Format gambar480i (SDTV)
Format audioDolby Digital
Siaran asal4 Februari 2010 – 29 April 2010

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mariam (Ogy Dato' Ahmad Daud) ialah seorang wanita berkerjaya yang serba boleh. Dia sibuk mengendalikan Agensi 008 Sdn Bhd yang menawarkan perkhidmatan pembantu rumah di samping memberikan pelbagai perkhidmatan seperti penghantaran barang dan surat, urusan pembayaran bil, menghantar anak ke sekolah dan sebagainya untuk keselesaan kesemua pelanggannya.

Datuk Ikram (Raisuddin Hamzah) merupakan seorang usahawan yang sudah bersara dan amat cerewet. Beberapa pembantu rumah telah berhenti atau melarikan diri akibat sifat pemarah dan cerewet yang melampau.

Mariam tidak dapat menghantar pengganti dalam masa yang singkat. Ini memaksa Mariam untuk menyamar sebagai Mariamah sementara menunggu pembantu rumah yang baru.

Mariam terkejut dengan sifat peramah Datuk Ikram, namun dia tetap melayan kerenahnya dengan baik, lemah lembut dan sopan santun. Mariam hanya melepaskan geram di belakang Datuk Ikram.

Mariam juga tidak sangka bahawa Datuk Ikram telah terpikat dengannya dan tidak mahu dilayan oleh orang lain selain Mariamah iaitu Mariam. Pelbagai insiden lucu telah berlaku. Adakah penyamaran Mariam akan terbongkar?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Watak utama[sunting | sunting sumber]

Dibantu oleh[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]