Faizal Yusof

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Faizal Yusup)
Jump to navigation Jump to search
"Faizal Yusup" dilencongkan di sini.
Faizal Yusof
KelahiranMohd Faizal bin Yusup
13 Jun 1978
Kuala Lumpur, Malaysia
Meninggal dunia1 Januari 2011 (umur 32)
Pusat Rawatan Islam, Selangor
Sebab kematianSerangan jantung
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Batu Muda
3°13′39″N 101°41′25″E / 3.2274355°N 101.6901398°E / 3.2274355; 101.6901398
KediamanBandar Baru Sentul
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2003–2011
TelevisyenJersi 9
Adamaya
Tiramisu
Manjalara
PasanganSiti Nordiana (k. 2006 m. 2009)
Rosmunira Rashid (k. 2010)
Anak2

Faizal Yusof (lahir Mohd Faizal Yusup; 13 Jun 1978 – 1 Januari 2011) ialah pelakon lelaki Malaysia dan bekas peserta Hero Remaja. Beliau muncul dalam banyak siri televisyen Melayu popular, termasuk Jersi 9,[1] Adamaya,[2] Tiramisu dan Manjalara.[3]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Allahyarham Faizal merupakan salah seorang bekas peserta Hero Remaja 2000/01 yang turut disertai oleh Zed Zaidi yang merangkul gelaran juara.

Kemunculan pertama Faizal dalam bidang lakonan ialah melalui telefilem Blok 404 (2003) dan kemudiannya Neon (2003) arahan Mohd Feroz Abdul Kader lakonan bersama Erik Fuzi dan menampilkan ramai pelakon popular tanah air seperti Azhar Sulaiman, Aziz M. Osman, Rashidi Ishak, Sofi Jikan, Aziz Sattar, Kuswadinata, Abby Abadi, Serina Redzuawan, Zila Bakarin, Rita Rudaini, Kartina Aziz dan ramai lagi. Beliau memegang watak Hafiz, seorang pemuda yang ditimpa nasib malang.[4]

Faizal juga terkenal dengan watak lakonannya dalam telefilem Zaharul Vs. Zarina yang bersiaran di Astro Ria. Pada 2006, Allahyarham membintangi filem Gong arahan Sandosh Kesavan. Beliau turut memegang watak pembantu sebagai Dani dalam drama Adamaya yang dibintangi oleh Syed Hussein dan Lisa Surihani.

Sebelum kematiannya, Allahyarham sempat muncul dalam drama Tiramisu dan telefilem Jangan Hantar Aku Ke Neraka.

Kehidupan peribadi dan kematian[sunting | sunting sumber]

Beliau sebelum ini telah berkahwin dengan penyanyi Siti Nordiana dan mempunyai seorang anak lelaki, Mohd Rayyan Nakhaie.[5] Faizal meninggal dunia pada 1 Januari 2011 pada usia 33 tahun. Beliau meninggalkan isteri keduanya, Rosmunira Rashid yang mengandung lima bulan pada waktu kematiannya.[6]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Pengarah Catatan
2004 Blok 404 Azlan Silver Chung Filem pertama
2006 Gong Didi Sandosh Kesavan Filem terakhir

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2006 CID 3278 TV9
Syair Untuk Najihah Syamer TV1
2007 Manjalara Faryzal (Ryzal) TV3
2008 Spa Q Shah TV3
Intan Asmara Kamal TV3
2009 Wadi Unung Nazir Astro Prima
Dua Marhalah Syamil Astro Oasis Penampilan khas
Tower 13 Joe TV3 Episod: "Azri/Anjang"
2010 Adamaya Dani
Jersi 9 Amran TV9
Tudung Express Megat Astro Prima
2010–2011 Tiramisu Alias TV3

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2003 Neon Hafiz VCD
2004 Surat Untuk Bulan Amin
Zaharul vs Zarina Zaharul / Zarina Astro Ria
2005 Zaharul vs Zarina 2 Zaharul / Zarina
2006 Guruh Di Langit Zairul TV1
2009 Pesan Mak Kamil TV2
2010 Wak Radin Khairul Nizam (Wak Ijam) TV2
Cikgu Badar TV3
Gulai Labu Ikan Masin Kamal TV2
2011 Jangan Hantar Aku Ke Neraka Hamzi TV9

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Nominasi Keputusan
2011 Anugerah Skrin 2011 Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Jangan Hantar Aku ke Neraka Menang

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Jersi 9". tv9.com.my. 1 Jun 2009. Dicapai pada 3 Januari 2011.
  2. ^ "Adamaya". tv3.com.my. Dicapai pada 3 Januari 2011.
  3. ^ "Actor Faizal Yusof dies". mmail.com.my. 1 Januari 2010. Dicapai pada 3 Januari 2011.
  4. ^ "Neon - tampilkan 66 pelakon popular". Utusan Malaysia. 22 Disember 2003. Dicapai pada 31 Julai 2017.
  5. ^ "Pelakon Faizal Yusof meninggal dunia akibat serangan jantung". bharian.com.my. 2 Januari 2011. Dicapai pada 3 Mei 2012.
  6. ^ "'Tiramisu' star Faizal dies of heart attack". nst.com.my. 2 January 2011. Diarkib daripada yang asal pada 2 January 2011. Dicapai pada 3 January 2011.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]