Nisdawati Nazaruddin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Lisdawati)
Lompat ke: pandu arah, cari
"Nisdawati" dan "Lisdawati" dilencongkan di sini.
Lisdawati
Kelahiran Nisdawati binti Nazaruddin
(1978-12-15) 15 Disember 1978 (umur 38)
Kuala Lumpur, Malaysia
Warganegara Malaysia
Nama lain Lisdawati
Pekerjaan Pelakon
Tahun aktif 2000 - kini
Pasangan Fauzi Nawawi (berkahwin 2007)
Anak 2

Nisdawati binti Nazaruddin (lahir 15 Disember 1978) atau lebih dikenali sebagai Lisdawati merupakan seorang pelakon di Malaysia. Dia menjadi duta Slim World dan tuala penyayang She. Dia dan suaminya Fauzi Nawawi juga menjadi duta kopi kesihatan.

Perkahwinan

Lisdawati berkahwin dengan aktor Fauzi Nawawi dan mempunyai dua orang anak. Mereka berniaga songkok tinggi di Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur setiap bulan Ramadan. Pada Ogos 2011, mereka mengerjakan umrah di Mekah.[1]

Filemografi

Drama

  1. Dia Bukan Maryam
  2. Dua Marhalah
  3. Ular Emas
  4. Suria Di Cordoba
  5. Bukan Kerana Aku Tak Cinta
  6. Ya Solihin
  7. Gerak Khas (Musim 17) - Episod: "Misteri Black Maria"

Filem

  1. Anaknya Sazali - (2000) - (Artis Jemputan) - watak sebagai (Tetamu)
  2. KL Menjerit - (2002) - (Pelakon Utama) - watak sebagai (Ayu)
  3. Mistik - (2003) - (Pelakon Utama) - watak sebagai (Mona)
  4. Black Maria - (2003) - (Pelakon Utama) - watak sebagai (Maria)
  5. Bisikan Remaja - (2004) - (Pelakon Utama) - watak sebagai (Amera)
  6. Syaitan - (2007) - (Pelakon Utama) - watak sebagai (Dahlila)
  7. Chermin - (2007) - (Pelakon pembantu) - watak sebagai (Zahrah)
  8. Santau - (2009) - (Pelakon Utama) - watak sebagai (Ana)
  9. Songlap - (2011) - (Artis Jemputan) - watak sebagai (Yuppie Wife)

Kontroversi

Nama beliau melonjak naik apabila beliau bergaduh dan membuat lapuran polis kepada pelakon Rita Rudaini Mokhtar semasa penggambaran drama Kau Yang Disayang 15 Ogos 2006. Tiada pendakwaan dilakukan oleh pihak polis.

Menang kes mahkamah

Pada 31 Oktober 2011,Hakim Yong Zarida Sazali di Mahkamah Sesyen memerintahkan aktres Nadia Mustafar membayar ganti rugi RM50,000 kepada Lisdawati (33) dalam saman fitnah berhubung penerbitan artikel isu hutang di majalah Media Hiburan.[2] Wartawan Hanif Abdul Ghani menerbitkan artikel bertajuk 'Hutang - Nadia Mustafar serang Lisdawati?' oleh majalah itu pada 8-14 Januari 2005. Nadia menafikan beliau menyebut nama Lisdawati. Nadia tidak menghubungi wartawan tersebut untuk membetulkan fakta. Nadia yang membintangi filem “Zombie Kampung Pisang” enggan memohon maaf kepada Lisdawati walaupun diminta berbuat demikian menerusi surat bertarikh 18 Julai 2005.Sebenarny Lisdawati meminjam RM10,000 daripada teman lelaki Nadia, Mohd Roslan Omar.[3][4]

Fitnah 2003 itu menyiksakan sehingga dia terpaksa membuat ujian dara seminggu sebelum berkahwin. Selama dua tahun berturut-turut cerita kurang enak tentang dirinya disiarkan oleh pihak media sehingga dia hilang punca pendapatan serta asetnya hampir ditarik oleh pihak bank. Akhirnya pada 2005, Lisda memfailkan saman di Mahkamah Sesyen diwakili oleh peguam Karpal Singh.

Rujukan

Pautan luar