Ekonomi Cuba

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Ekonomi Cuba
Habana Vieja de noche.jpg
Pusat bandar Havana
Kedudukan Ke-95
Mata wang Peso Cuba (CUP) = 100 centavo dan Cuban Convertible Peso (CUC) = 24 CUP
Tahun fiskal yes
Perangkaan
KDNK

$72.3 bilion (2012 est.)[1]

$121 bilion (2012 est.)[2] (PPP)
Pertumbuhan KDNK 2.7% (2011 est.)[3]
KDNK per kapita $10,200 (2010 est.)[4] (PPP)
KDNK mengikut sektor Agriculture: 4.3%, industri: 21.6%, servis: 74% (2009 est.)[5]
Inflasi (CPI) 1.5% (2009 est.)[6]
Populasi
dibawah garis kemiskinan
1.5% (2006)
Tenaga buruh 5.159 juta (Sektor awam: 78%, Sektor peribadi: 22%) (2009 est.)[7]
Tenaga buruh mengikut pekerjaan Pertanian: 20%, industri: 19.4%, servis: 60.6% (2005)[8]
Pengangguran 3.8% (2012 est.)[9]
Industri utama Gula, petroleum, tembakau, pembinaan, nikel, keluli, simen, mesin pertanian, farmaseutikal[10]
Dagangan antarabangsa
Eksport $2.458 bilion f.o.b. (2009 est.)[11]
Barangan yang dieksport Gula, produk perubatan, nikel, kerang, jeruk, kopi[12]
Rakan dagangan eksport utama  Kanada 17.3%
 China 16.6%
 Venezuela 12.7%
 Belanda 8.8%
 Sepanyol 5.8% (2012 est.)[13]
Import $8.963 bilion f.o.b. (2009 est.)[14]
Barangan yang diimport petroleum, makanan, mesin dan peralatan, bahan kimia[15]
Rakan dagangan import utama  Venezuela 36.4%
 China 10.5%
 Sepanyol 8.7%
 Brazil 5.1%
 Amerika Syarikat 4.2% (2012 est.)[16]
Kewangan awam
Hutang awam $19.44 bilon (31 Disember 2009 est.);[17] dan $20.8 bilion hutang kepada Russia, $0.9 hutang kepada Romania dan $0.2 billion hutang kepada Hungary
Hasil negara $35.01 bilion (2007 est.)
Perbelanjaan $36.73 bilion (2007 est.)
Bantuan ekonomi $87.8 juta (2005 est.)

Semua nilai kecuali dinyatakan sebaliknya, adalah dalam Dolar Amerika Syarikat (AS$ 1 = RM 3.4551)

sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Sistem ekonomi Cuba diselaras secara terancang dan didominasi oleh perusahaan yang dikawal selia kerajaan. Kebanyakan pengeluaran dan tenaga kerjanya dimiliki serta diuruskan oleh kerajaan. Bagaimanapun kebelakangan ini kerajaan menggalakkan bentuk kerjasama dan perusahaan persendirian. Kerajaan menetapkan kebanyakan harga barangan dan pengagihan bekalan makanan pada rakyatnya. Rakyat Cuba menerima agihan keperluan makanan setiap bulan dan dibenarkan membeli melalui pusat agihan dipanggil "bondega" atau kedai yang mengedarkan bekalan ini. Cuba antara pengeluar utama tebu dan tembakau. Pengeluaran gula Cuba merangkumi satu pertiga daripada jumlah pengeluaran industri negara. Ia juga mewakili 80 peratus nilai eksport Cuba. Namun akibat daripada kejatuhan Kesatuan Soviet, Blok Timur dan sekatan ekonomi Amerika Syarikat, ekonomi Cuba terjejas teruk. Oleh itu, Cuba mula memperkenalkan bentuk pasaran terbuka pada tahun 1993 dalam sebahagian bidang perniagaan bagi membeli prospek baharu. Sedikit demi sedikit negara Cuba mula mengamalkan sistem ekonomi kapitalis.

Mata wang[sunting | sunting sumber]

Fail:Cuban3Pesos.jpg
Mata wang Cuba (CUC) bersama gambar tokoh Che Guevara.

Unit mata wang Cuba ialah peso. Ia terbahagi kepada dua jenis mata wang rasmi iaitu CUP (Peso Cuba) dan CUC (Peso boleh tukar). CUP tidak mempunyai nilai di luar Cuba dan hanya eksklusif dalam negara. CUC diwujudkan untuk menggantikan dolar Amerika (USD) bagi meminimumkan kebergantungan ekonomi Cuba pada Amerika Syarikat. Pekerja Cuba menerima sebahagian gaji dalam unit CUC dan CUP. Kedai menjual barangan asas seperti buah-buahan dan sayuran kebanyakannya menerima mata wang CUP. Sejak dahulu USD banyak digunakan para pelancong atau pembelian barangan mewah. Bagaimanapun, penggunaan USD kini digantikan dengan mata wang CUC dan CUP. Kadar tukaran mata wang CUC berbanding CUP bersamaan 1:26.5 (Jun 2013). Pengenalan sistem dua mata wang ini biasanya menimbulkan banyak kekeliruan terutama para pelancong.

Pertumbuhan kapitalisme[sunting | sunting sumber]

Sistem kapitalis yang diperkenalkan kerajaan Cuba antara jalan keluar daripada kekalutan ekonomi serius. Cuba dilihat semakin berkembang lebih liberal. Kini Cuba mengutamakan industri pelancongan dengan faktor iklim, pantai, binaan zaman kolonial dan keunikan nilai sejarah yang mampu menarik ramai pelancong luar. Namun kebanjiran para pelancong di Cuba memberi kesan ketidakseimbangan sosioekonomi penduduknya. Polisi ekonomi jimat cermat dan kawalan kerajaan yang tidak efisien dalam tempoh lama menimbulkan susana ekonomi tidak sah seperti pasaran gelap, kedai dan perkhidmatan dijalankan secara haram.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Kembara Khazanah Cuba m/s 66-67
  1. ^ "Field Listing: GDP (Official Exchange Rate)". CIA World Factbook. Dicapai pada July 16, 2012. 
  2. ^ name="cia.gov"
  3. ^ Cuba says economy up 2.7 percent in 2011
  4. ^ name="cia.gov"
  5. ^ name="cia.gov"
  6. ^ name="cia.gov"
  7. ^ name="cia.gov"
  8. ^ name="cia.gov"
  9. ^ CIA World Factbook
  10. ^ name="cia.gov"
  11. ^ name="cia.gov"
  12. ^ name="cia.gov"
  13. ^ "Export Partners of Cuba". CIA World Factbook. 2012. Dicapai pada 2013-07-26. 
  14. ^ name="cia.gov"
  15. ^ name="cia.gov"
  16. ^ "Import Partners of Cuba". CIA World Factbook. 2012. Dicapai pada 2013-07-26. 
  17. ^ name="cia.gov"

Templat:Ekonomi Amerika Utara