Ekonomi Vietnam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Ekonomi Vietnam
A HCMC.JPG
Bandaraya Ho Chi Minh merupakan pusat perdagangan Vietnam
Mata wang Dong Vietnam
Tahun fiskal Tahun kalendar
Pertubuhan perdagangan AFTA, WTO, APEC, ASEAN, FAO
Perangkaan
KDNK

$170.020 juta (nominal, 2013 est.)[1]

$358.889 juta (PPP, 2013 est.)[1]
Pertumbuhan KDNK 5.54% (2013 Q3)
KDNK per kapita

$1,896 (nominal, 2013 est.)[1]

$4,001 (PPP, 2013 est.)[1]
KDNK mengikut sektor Agriculture: 21.6%, industry: 40.8%, services: 37.6% (2012 est.)
Inflasi (CPI) 5.78% (November 2013)
Populasi
dibawah garis kemiskinan
11.3% (2012 est.)
Pekali Gini 37 (2004)
Tenaga buruh 49.18 juta (2012 est.)
Tenaga buruh mengikut pekerjaan Pertanian: 48%, Industri: 21%, Perkhidmatan: 31% (2012 est.)
Pengangguran 2.22% (Oktober 2013)
Industri utama Sawah padi, kopi, getah, kapas, teh, lada hitam, kacang soya, cashews, tebu, kacang, pisang, ayam, ikan, makanan laut
Dagangan antarabangsa
Eksport $109.4 juta (2012 est.)
Barangan yang dieksport pakaian, kasut, barangan laut, minyak mentah, eletronik, barangan kayu, beras, jentera
Rakan dagangan eksport utama  United States 17.0%
 China 12.9%
 Japan 12.0%
 South Korea 4.6%
 Germany 4.4%
 Malaysia 4.2% (2012 est.)[2]
Import $109.6 juta (2012 est.)
Barangan yang diimport jentera dan barangan petrolium, keluaran keluli, bahan mentah bagi industri pakaian dan kasut, eletronik, plastik, kereta
Rakan dagangan import utama  China 27.2%
 South Korea 12.7%
 Japan 8.5%
 Singapore 8.3%
 Thailand 5.3%
 Hong Kong 5.2% (2012 est.)[3]
Kewangan awam
Hutang awam 50.4% of GDP (2012)[1]
Hasil negara $42.14 juta (2012 est.)
Perbelanjaan $47.57 juta (2012 est.)
Bantuan ekonomi $2.8 juta dijanjikan (2000)

Semua nilai kecuali dinyatakan sebaliknya, adalah dalam Dolar Amerika Syarikat (AS$ 1 = RM 3.4551)

sunting
Lihat pendokumenan templat ini


Keangnam Hanoi Landmark Tower, bangunan tertinggi di Vietnam

Pada 2012, KDNK nominal Vietnam mencapai AS$138 bilion dengan KDNK per kapita nominal sebanyak $1,527.[4] Menurut ramalan Goldman Sachs pada 2005, ekonomi Vietnam akan menjadi ekonomi yang ke-21 terbesar di dunia menjelang 2025 dengan anggaran KDNK nominal sebanyak $436 bilion dan KDNK per kapita nominal sebanyak $4,357.[5] Menurut ramalan 2008 oleh PricewaterhouseCoopers, Vietnam mungkin menjadi ekonomi memuncul yang paling cepat membangun pada 2025 dengan potensi kadar pertumbuhan hampir 10% setahun dari segi dolar sebenar.[6] Pada 2012, HSBC meramal bahawa jumlah KDNK Vietnam akan melampaui KDNK bagi Norway, Singapura dan Portugal menjelang 2050.[7]

Dalam sebahagian besar sejarahnya, Vietnam merupakan sebuah tamadun yang tertumpu pada pertanian berasaskan padi. Juga terdapat industri perlombongan bauksit, iaitu bahan yang penting untuk menghasilkan aluminium. Ekonomi Vietnam rata-ratanya dibentuk oleh Parti Komunis Vietnam menerusi Pelan-Pelan Lima Tahun yang dilakukan pada sesi pleno oleh Jawatankuasa Pusat dan kongres-kongres kebangsaan.

Pemandangan Bandaraya Ho Chi Minh.

Pengkolektifan ladang, kilang dan barang model dilakukan dalam memantapkan perancangan pusat dengan jutaan orang yang bekerja dalam perusahaan milik negara. Ekonomi Vietnam dibelenggui oleh kurangnya kecekapan dan rasuah dalam perusahaan milik negara, kekurangan kualiti dan pengeluaran, serta sekatan ke atas kegiatan ekonomi, di samping juga menerima kesan daripada sekatan perdagangan pasca perang yang dikenakan oleh Amerika Syarikat dan kebanyakan negara Eropah. Semua itu diburukkan lagi oleh kejatuhan blok Soviet yang termasuk rakan-rakan dagang utama Vietnam pada akhir 1980-an.

Pada 1986, Kongres Kebangsaan Keenam Parti Komunis memperkenalkan pembaharuan ekonomi market berpaksikan sosialis dalam dasar yang bergelar Đổi Mới. Pemilikan swasta digalakkan dalam sektor industri, perdagangan dan pertanian, sementara perusahaan milik negara distrukturkan semula untuk dikendalikan dalam batas-batas pasaran.[8] Atas berkat pembaharuan inilah Vietnam mencapai pertumbuhan KDNK tahunan sebanyak 8% dari 1990 hingga 1997, kemudian sekitar 7% dari 2000 hingga 2005, menjadikan Vietnam salah sebuah ekonomi paling cepat tumbuh di dunia. Pertumbuhan kekal mantap biarpun menghadapi kemelesetan global akhir 2000-an, bertahan pada 6.8% pada 2010, tetapi kadar inflasi Vietnam tahun ke tahun mencapai 11.8% pada Disember 2010, menurut anggaran GSO. Mata wang đồng diturunkan nilai tiga kali dalam 2010 sahaja.[9]

Sawah padi beteres di lembah Sa Pa

Industri pembuatan, teknologi maklumat dan teknologi tinggi kini membentuk sebahagian besar dan pesat dalam ekonomi negara. Biarpun Vietnam baharu menceburi industri minyak, kini ia merupakan pengeluar minyak ketiga terbesar di Asia Tenggara dengan jumlah keluaran tahun 2011 sebanyak 318,000 barrels per day (50,600 m3/d).[10] Pada 2010, Vietnam menjadi pengeluar petroleum mentah kelapan terbesar di rantau Asia-Pasifik.[11]

Kemiskinan tegar, iaitu peratusan penduduk yang hidup di bawah takat $1 sehari, banyak menurun di Vietnam. Kini kadar kemiskinan kurang berbanding China, India, dan Filipina.[12] Penurunan kadar kemiskinan ini boleh dikatakan berkat daripada dasar-dasar ekonomi saksama yang bertujuan meningkatkan taraf hidup dan mencegah meluasnya jurang ekonomi; dasar-dasar ini termasuklah pengagihan tanah sama-rata pada tahap-tahap awal rancangan Đổi Mới, pelaburan di kawasan pedalaman yang miskin serta membiayai sektor pendidikan dan kesihatan dengan subsidi.[13] Menurut IMF, kadar pengangguran di Vietnam berada pada 4.46% pada 2012.[4]


Perdagangan[sunting | sunting sumber]

Saigon Trade Center, antara pencakar langit terawal yang dibina di Bandaraya Ho Chi Minh setelah pembaharuan Doi Moi.

Sejak awal 2000-an, Vietnam melaksanakan liberalisasi perdagangan berturut-turut, iaitu pendekatan dua arah yang membuka sesetengah sektor kepada pasaran global sambil melindungi yang lain.[13][14] Pada Julai 2006, Vietnam mengemaskinikan perundangan harta intelek untuk mematuhi TRIPS. Vietnam semakin bersepadu dengan ekonomi dunia, khususnya sejak usahanya untuk meliberalkan ekonomi membolehkan Vietnam untuk menyertai Pertubuhan Perdagangan Dunia pada 2007.[15] Sektor pembuatan dan perkhidmatan masing-masing menyumbangkan 40% kepada KDNK, tetapi hampir setengah jumlah guna tenaga (48%) masih bergiat dalam pertanian. Diunjurkan bahawa sejuta orang pekerja setahun, daripada sejumlah 51.3 juta orang pada 2010, akan terus meninggalkan sektor pertanian untuk sektor lain dalam masa akan datang.[16][15] Vietnam kini salah sebuah ekonomi yang paling terbuka di Asia: perdagangan dua hala bernilai sekitar 160% daripada KDNK pada 2006, lebih daripada dua kali nisbah semasa bagi China dan lebih empat kali nisbah bagi India.[17] Antara rakan dagang utama Vietnam ialah China, Jepun, Australia, negara-negara ASEAN, Amerika Syarikat dan Eropah Barat.

Jabatan kastam Vietnam melaporkan pada Julai 2013 bahawa jumlah nilai perdagangan barang dagangan antarabangsa bagi suku pertama 2013 ialah AS$124 bilion, iaitu 15.7% lebih tinggi daripada tempoh sama pada 2012. Telefon bimbit dan alat-alatannya diimport dan dieksport secara besar-besaran, sementara dalam pasaran sumber alam, minyak mentah merupakan eksport tertinggi sementara besi dan keluli diimport banyak-banyak pada tempoh berkenaan. AS merupakan negara yang membeli jumlah eksport Vietnam yang terbesar, sementara barangan China paling banyak diimport oleh Vietnam.[18]

Ekoran beberapa tindakan pembaharuan tanah, Vietnam telah menjadi pengeksport utama produk pertanian. Kini Vietnam merupakan pengeluar kacang gajus terbesar di dunia dengan satu pertiga bahagian pasaran dunia; pengeluar lada hitam terbesar dengan satu pertiga pasaran dunia; dan juga pengeksport beras kedua terbesar di dunia selepas Thailand. Vietnam ialah pengeksport kopi kedua terbesar di dunia.[19]

Vietnam mempunyai kadar penggunaan tanah terbesar bagi tanaman kekal daripada semua negara Subkawasan Mekong Raya, iaitu 6.93%. Eksport utama lain termasuk teh, getah, dan hasil perikanan. Namun begitu, sumbangan pertanian kepada KDNK Vietnam makin berkurangan dari 42% pada 1989 kepada 20% pada 2006, ekoran berkembangnya pengeluaran dalam sektor lain.

Pada 2014, Vietnam merundingkan perjanjian perdagangan bebas bersama Kesatuan Eropah untuk mencapai Sistem Keutamaan Am yang memberikan akses keutamaan bagi negara membangun ke dalam pasaran Eropah menerusi tarif rendah.[20]

Vietnam merupakan anggota Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) yang membentuk pasaran bersama Komuniti ASEAN pada 2015.[15]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e "Report for Selected Countries and Subjects". World Economic Outlook Database. International Monetary Fund. Oktober 2013. Dicapai October 8, 2013. 
  2. ^ "Export Partners of Vietnam". CIA World Factbook. 2012. Dicapai 2013-07-23. 
  3. ^ "Import Partners of Vietnam". CIA World Factbook. 2012. Dicapai 2013-07-23. 
  4. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan imf2 tidak disediakan
  5. ^ "The Vietnamese Stock Market" (PDF). Financial Women's Association of New York. Dicapai 7 May 2010. 
  6. ^ "Vietnam may be fastest growing emerging economy" (Siaran akhbar). PricewaterhouseCoopers. 12 March 2008. Dicapai 20 October 2011. 
  7. ^ "Vietnam to be listed among top economies by 2050: HSBC". Tuổi Trẻ News. 14 January 2012. Retrieved 18 April 2012. Diarkibkan 16 January 2012 di Wayback Machine.
  8. ^ Vuong, Quan-Hoang; Tran, Tri-Dung (2009). "The cultural dimensions of the Vietnamese private entrepreneurship". Icfai Journal of Entrepreneurship Development, Vol. VI, Nos. 3 & 4 (September & December 2009), pp. 54–78. Icfai University Press via SSRN. Retrieved 4 October 2012.
  9. ^ "Vietnam 2010 growth fastest in three years – Vietnam Banking Finance News". Vietfinancenews.com. 29 December 2010. Diarkibkan daripada original pada 4 January 2011. Dicapai 6 August 2011. 
  10. ^ "Vietnam". United States Energy Information Administration. 2011. Dicapai 6 November 2012. 
  11. ^ Fong-Sam, Yolanda (August 2012) "Vietnam" in 2010 Minerals Yearbook. USGS. Diarkibkan 2 March 2013 di Wayback Machine.
  12. ^ Economy of Vietnam. CIA World Factbook. Updated 21 September 2012. Retrieved 4 October 2012.
  13. ^ a b Vandemoortele, Milo; Bird, Kate (2010). "Viet Nam's Progress on Economic Growth and Poverty Reduction: Impressive improvements". London: Overseas Development Institute. 
  14. ^ Vandemoortele, Milo (2010). "The MDG fundamentals: improving equity for development". London: Overseas Development Institute. 
  15. ^ a b c UNESCO Science Report: towards 2030 (PDF). Paris: UNESCO. m/s. 723–724. ISBN 978-92-3-100129-1. 
  16. ^ Economist Intelligence Unit (2012). Skilled Labour Shortfalls in Indonesia, the Philippines, Thailand and Viet Nam. London: Report for British Council. 
  17. ^ Vietnam Vrooooom: Asia's second-fastest-growing economy takes the global stage. CNN Money. 13 November 2006.
  18. ^ "Developments and trends of Vietnam international merchandise trade in June and the first half of 2013". Vietnam Customs. General Department of Vietnam Customs. 23 July 2013. Dicapai 31 July 2013. 
  19. ^ "How Vietnam became a coffee giant – BBC News". bbc.com. 
  20. ^ "Vietnam-EU free trade agreement set to fire". Vietnam Tribune. Dicapai 19 May 2014.