El Niño dan La Niña

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari El Nino)
Carta suhu permukaan lautan beserta kejanggalan (dalam kotak) di Pasifik [°C] semasa peredaran La Niña pada Januari 2006.

El Niño dan La Niña merupakan fenomena fasa berlawanan putaran iklim semula jadi yang dikenali sebagai Getaran Selatan El-Niño (El Niño-Southern Oscillation - ENSO). Fenomena lautan-atmosfera ini merujuk kepada perubahan besar kepada suhu permukaan laut merintangi timur pasifik tropika.

El Niño dalam bahasa Sepanyol bermakna "anak lelaki": nama ini mula diungkapkan penduduk pesisiran Ecuador dan Peru untuk suatu arus laut suam selatan kecil yang berlaku pada musim perayaan Natal– ia gelaran diberikan kepada Yesus dalam kisah-kisah kelahiran beliau, La Niña pula bermakna "anak perempuan" yang mengias berlawanan.[1]

El Niño dan La Niña[sunting | sunting sumber]

Kebiasaannya, lautan Pasifik sentiasa ditiupi angin timur iaitu hembusan angin timur ke barat yang meniup air laut hangat jauh dari lautan bahagian timur - sebelah Peru dan Chile - menuju ke barat lautan Pasifik, mengarah pantai Australia dan kepulauan Filipina.

Permukaan air ini diganti dengan air sejuk yang terjadi dari arus Antartic Humbolt Current yang sentiasa datang dari pantai benua Amerika Selatan. Ini menyebabkan suhu permukaan laut di bahagian tengah dan timur lautan Pasifik menjadi lebih sejuk dari bahagian barat. Bagaimanapun, dalam tahun-tahun terjadinya El Nino, angin timuran berkurangan.

Oleh itu, air hangat yang sepatutnya menuju ke arah barat sebaliknya berputar balik merintangi lautan Pasifik. Ini mengakibatkan memperlahankan kejadian Arus Humbolt yang sejuk, menyebabkan timur Pasifik, yang sepatutnya menjadi sejuk, menjadi hangat sebaliknya. Semasa air laut hangat memanaskan udara di atasnya, ia menaikkan daya pengapungan lapisan bawah atmosfera, yang mana menyebabkan pengolakan awan dan hujan lebat.

Berbeza dengan El Nino, La Nina merujuk kepada keadaan suhu yang lebih sejuk dari biasa merentangi Pasifik Tengah dan Timur - lebih sejuk dari keadaan biasa apabila Arus Humbolt membawa air sejuk ke kawasan Pasifik ini. Semasa La Nina, angin timuran bertambah kuat dan kejadian putaran sejuk sepanjang pantai barat benua Amerika Selatan meningkat.

Sepanjang waktu ini, suhu air laut sepanjang Khatulistiwa boleh jatuh sebanyak 14 darjah Celsius. Semasa tahun-tahun La Nina, monsun meningkat di Asia Tenggara dan Australia - berlawanan dengan tahun-tahun El Nino. Sistem putaran keadaan panas (El Nino), biasa dan sejuk (La Nina) berlaku setiap tiga hingga empat tahun.

Punca[sunting | sunting sumber]

El Nino adalah kejadian semulajadi. Ia berlaku apabila angin biasa bertiup dari kawasan Lautan Pasifik di benua Amerika Selatan menuju ke kawasan Australia dan benua - benua lain.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Trenberth, Kevin E (Disember 1997). "The Definition of El Niño". Bulletin of the American Meteorological Society. 78 (12): 2771–2. Bibcode:1997BAMS...78.2771T. doi:10.1175/1520-0477(1997)078<2771:TDOENO>2.0.CO;2.