El Nino 2009

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Fenomena El Nino 2009 berlaku akibat cuaca panas dan kering berterusan dari April hingga September 2009. Jabatan Meteorologi Malaysia memberitahu bahawa keadaan cuaca panas dengan suhu tertinggi 36 darjah Celsius sepanjang bulan ini berikutan musim peralihan monsun. El Nino akan menyebabkan Krisis air Lembah Klang. Fenomena La Nina ialah perubahan cuaca sejuk menyebabkan hujan. Fenomena El Nino ialah perubahan cuaca panas menyebabkan kemarau teruk.

Biasanya cuaca panas pada sebelah pagi tetapi hujan dan ribut petir ketika lewat petang dan malam.Bacaan yang direkodkan dari 1 April sehingga 29 April 2009 di 40 stesen meteorologi, terdapat hari-hari yang menunjukkan beberapa stesen mencatatkan suhu maksimum.Suhu tertinggi direkodkan ialah 36.1 darjah Celsius di Stesen Meteorologi Petaling Jaya pada 17 dan 18 April 2009.

Cuaca panas ini berlaku disebabkan perubahan tiupan arah angin dari timur ke barat. Kedudukan matahari yang tepat dalam kawasan tropika menyebabkan suhu menjadi panas pada hari-hari tiada hujan.

Sejarah menunjukkan, suhu tertinggi yang pernah direkodkan sejak 1968 ialah 40.1 darjah Celsius di Stesen Meteorologi Chuping pada 9 April 1998, iaitu pada tahun berlakunya fenomena El Nino 1998.

Mulai Mei hingga September 2009, Malaysia dan negara Asia Tenggara akan mengalami Angin Monsun Barat Daya yang mana lazimnya cuaca lebih kering berbanding bulan-bulan lain tetapi dengan suhu normal antara 30.7 dan 34.1 darjah Celsius.

Sarawak[sunting | sunting sumber]

Pada 3 Ogos 2009, lapan bahagian di Sarawak terjejas teruk terutama di pesisir Bahagian Kuching, Samarahan, Betong, Sarikei, Mukah, Bintulu, Miri dan Limbang. Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Dr George Chan Hong Nam. menyatakan fenomena el Nino mulai Julai hingga September atau Oktober 2009. Cuaca kering kerana jumlah taburan hujan kurang 50 %. Kerja pembenihan hujan sedang giat dilakukan khasnya di kawasan-kawasan tadahan hujan untuk memastikan bekalan air mencukupi.Daerah kecil Belawai yang mempunyai 1,000 keluarga terjejas teruk.<ref>[http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=429791 Kesan El Nino Mulai Dirasai Di Sarawak