Elias Cobbaut

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Elias Cobbaut
Maklumat peribadi
Nama penuh Elias Cobbaut
Tarikh lahir (1997-11-24) 24 November 1997 (umur 26)
Tempat lahir Belgium
Ketinggian 1.88 m (6 ka 2 in)
Posisi permainan Bek kiri
Maklumat kelab
Kelab terkini
Anderlecht
Nombor 22
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2013–2015 Racing Mechelen 1 (0)
2015–2018 KV Mechelen 46 (1)
2018– Anderlecht 50 (0)
Pasukan kebangsaan
2017–2019 Belgium B21 10 (0)
2019– Belgium 1 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 23 Mei 2021

Elias Cobbaut (lahir 24 November 1997) merupakan pemain bola sepak profesional Belgium yang beraksi untuk kelab Anderlecht.[1]

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

KV Mechelen[sunting | sunting sumber]

Pada 13 Ogos 2016, beliau melakukan penampilan sulungnya di Liga Pro Belgium ketika menentang Kortrijk. Beliau telah diberi kepercayaan oleh jurulatih pasukan pada masa itu, Yannick Ferrera. Karier beliau seterusnya terus berkembang apabila beliau menjadi salah seorang tonggak utama pasukan.

Anderlecht[sunting | sunting sumber]

Pada penghujung musim 2018, dilihat KV Mechelen gagal untuk mengelak penyingkiran, beliau mengambil keputusan untuk menyertai kelab RSC Anderlecht. Beliau beraksi perlawanan pertamanya bersama Anderlecht pada 28 Julai semasa menentang Kortrijk. Selain itu, beliau telah melakukan hantaran kepada jaringan Ivan Santini dalam perlawanan berikutnya mengalahkan Ostend 5-2. Pada 12 Ogos 2018, beliau telah berlanggar dengan pemain Sporting Charleroi sekali gus menyebabkan beliau berehat selama berbulan-bulan akibat ligamennya terkoyak.

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Pada November 2019, beliau telah dipanggil untuk menghadapi perlawanan kelayakan UEFA Euro 2020 menentang Rusia dan Cyprus pada 16 dan 19 November 2019 masing-masing.[2] Beliau beraksi dalam perlawanan sulungnya bersama Belgium ketika menentang Cyprus.[3]

Statistik kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Sehingga 21 April 2021.[4]
Kelab Musim Liga Piala Eropah Lain Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Belgium Racing Mechelen 2013–14 1 0 0 0 1 0
Belgium KV Mechelen 2016–17 17 0 0 0 17 0
2017–18 29 1 2 0 31 1
Jumlah 46 1 2 0 48 1
Belgium Anderlecht 2018–19 12 0 0 0 0 0 12 0
2019–20 24 0 2 0 0 0 26 0
2020–21 9 0 2 0 0 0 11 0
Jumlah 45 0 4 0 0 0 49 0
Jumlah kerjaya 92 1 6 0 0 0 98 1

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Sehingga 21 April 2021.[5]
Pasukan kebangsaan Belgium
Tahun Kmncln Gol
2019 1 0
Jumlah 1 0

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

KRC Mechelen

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Biodata Elias Cobbaut di Soccerway. Capaian 12 October 2016.
  2. ^ "Martinez neemt verrassend Elias Cobbaut op in selectie Rode Duivels" [Martinez surprisingly adds Elias Cobbaut to Red Devils squad]. sporza.be. Dicapai pada 18 November 2019.
  3. ^ "Belgium 6-1 Cyprus". BBC. Dicapai pada 21 November 2019.
  4. ^ https://nl.soccerway.com/players/elias-cobbaut/329201/ nl.soccerway.com
  5. ^ [1] European Football

Pautan luar[sunting | sunting sumber]