Youri Tielemans

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Youri Tielemans
Youri Tielemans playing for Leicester City in 2019.jpg
Maklumat peribadi
Tarikh lahir (1997-05-07) 7 Mei 1997 (umur 24)[1]
Tempat lahir Sint-Pieters-Leeuw, Belgium
Ketinggian 1.76 m (5 ka 9 in)[2]
Posisi permainan Pemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Leicester City
Nombor 8
Kerjaya remaja
2002–2013 Anderlecht
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2013–2017 Anderlecht 139 (26)
2017–2019 Monaco 47 (5)
2019Leicester City (pinjam) 13 (3)
2019– Leicester City 75 (9)
Pasukan kebangsaan
2012–2013 Belgium B15 4 (2)
2012–2013 Belgium B16 10 (8)
2013–2016 Belgium B21 14 (6)
2016– Belgium 41 (4)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 23:29, 23 Mei 2021 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 19:55, 17 Jun 2021 (UTC)

Youri Marion A. Tielemans[3] (lahir 7 Mei 1997) merupakan seorang pemain bola sepak profesional Belgium yang beraksi di posisi pemain tengah bersama kelab Liga Perdana Inggeris, Leicester City dan pasukan kebangsaan Belgium.

Tielemans telah memulakan kariernya di Anderlecht, di mana beliau telah melakukan 185 penampilan rasmi dan menjaringkan 35 gol sepanjang empat musimnya di sana. Beliau turut berjaya meraih dua gelaran liga dan pada tahun 2017, beliau telah dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Belgium. Beliau merupakan pemain Belgium termuda untuk beraksi di pentas Liga Juara-Juara Eropah dengan melakukan penampilan sulungnya pada usia 16 tahun dan 148 hari. Selepas menghabiskan dua musim di Monaco, beliau berpindah ke Leicester pada 2019. Pada mulanya, sebagai pemain pinjaman, namun beliau akhirnya berpindah tetap dengan nilai perpindahan sebanyak 32 juta euro.

Tielemans mewakili Belgium di pelbagai peringkat remaja sebelum melakukan kemunculan sulungnya untuk pasukan senior pada November 2016 iaitu ketika berusia 19 tahun. Beliau merupakan sebahagian daripada skuad Belgium yang merebut tempat ketiga dalam kejohanan Piala Dunia FIFA 2018.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Anderlecht[sunting | sunting sumber]

Tielemans merupakan lulusan akademi Anderlecht dan menandatangani kontrak pertamanya bersama kelab ketika beliau berusia 16 tahun.[4]

Pada 21 Julai 2013, beliau telah disenaraikan ke dalam skuad senior buat kali pertama dalam pertembungan menentang Genk pada aksi Piala Super Belgium 2013 tetapi beliau tidak beraksi. Selang seminggu kemudian, beliau melakukan penampilan pertamanya pada pusingan pembukaan Liga Pro Belgium menentang Lokeren selepas menggantikan pemain Sacha Kljestan yang tercedera pada aksi 25 minit permainan. Perlawanan tersebut berakhir dengan kekalahan 2–3.[5] Perkembangan ini menjadikan Tielemans sebagai pemain keempat termuda dalam sejarah liga.

Pada 2 Oktober 2013, beliau menjadi pemain termuda Belgium untuk beraksi di pentas Liga Juara-Juara Eropah ketika aksi menentang Olympiakos iaitu semasa beliau berusia 16 tahun dan 148 hari.[6] Beliau kemudiannya beraksi dalam 29 perlawanan untuk Anderlecht sehingga pasukannya itu menjuarai Liga Pro Belgium 2013–14. Salah satu persembahannya ialah ketika beliau menjaringkan gol pembukaan sewaktu menentang Club Brugge pada 6 April 2014. Perlawanan tersebut turut menyaksikan beliau membantu jaringan Cyriac sebelum perlawanan itu berkesudahan dengan kemenangan Anderlecht 3-0.[7] Tielemans meraih anugerah Pemain Muda Terbaik Belgium ketika dua musim pertamanya bersama Anderlecht.[8]

Tielemans berjaya menjaringkan 13 gol dalam 37 perlawanan liga di mana pasukannya merangkul kejuaraan liga pada musim itu. Beliau juga memenangi Anugerah Kasut Ebony 2017 sebagai pemain terbaik keturunan Afrika dan dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Belgium 2016-17.[9] Dalam kejohanan Liga Europa UEFA 2016–17, beliau telah menjaringkan 5 gol dalam 15 perlawanan selain membantu pasukannya melangkah ke peringkat suku akhir. Beliau juga disenaraikan ke dalam Skuad Terbaik Liga Europa pada musim tersebut.

Monaco[sunting | sunting sumber]

Pada 24 Mei 2017, Tielemans menyertai juara Ligue 1 2016–17, Monaco dengan kontrak selama lima tahun melalui perpindahan bernilai 25 juta euro.[10] Beliau melakukan penampilan sulungnya untuk Monaco pada 29 Julai pada aksi Trophée des Champions menentang Paris Saint-Germain dan beliau telah melakukan hantaran kepada jaringan pembukaan Djibril Sidibé.[11] Pada 4 Ogos, Tielemans melakukan penampilan sulungnya di Ligue 1 selepas menggantikan Radamel Falcao dalam aksi menewaskan Toulouse 3-2. Sementara itu, beliau melakukan debut dalam kejohanan Eropah bersama Monaco pula pada 13 September ketika menentang RB Leipzig dalam perlawanan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara. Dalam perlawanan itu juga, beliau menjaringkan gol sulungnya bersama Monaco.

France Football telah menyenaraikan Tielemans sebagai kegagalan terbesar secara separuh pertama musim dan secara keseluruhan musim.[12][13] Beliau menjaringkan gol pertamanya di Ligue 1 pada 2 September 2018 dalam aksi yang berakhir dengan kekalahan 3-2 kepada Olympique de Marseille.[14]

Leicester City[sunting | sunting sumber]

Pada 31 Januari 2019, Tielemans menyertai kelab Liga Perdana Inggeris, Leicester City secara pinjaman sehingga tamat musim manakala Adrien Silva pula melakukan perpindahan ke Monaco sebagai pertukaran.[15][16] Pada 9 Mac, Tielemans telah menjaringkan gol sulungnya untuk Leicester semasa menewaskan Fulham 3-1.[17]

Pada 8 Julai 2019, Tielemans telah melengkapkan perpindahan tetap ke Leicester dengan menandatangani kontrak selama empat tahun melalui perpindahan yang bernilai kira-kira 32 juta euro.[18] Beliau menjaringkan gol pada aksi menundukkan Bournemouth 3-1 pada 31 Ogos tetapi beliau dihimpit kontroversi apabila melalukan terjahan ke atas Callum Wilson. Malahan, beliau turut terlepas hukuman walaupun selepas diteliti oleh video pembantu pengadil.[19] Ketua pengadil, Mike Riley menyatakan bahawa ianya bukan satu keputusan tepat dan Tielemans sepatutnya dibuang padang.[20]

Pada 15 Mei 2021, Tielemans menjaringkan gol tunggal perlawanan final Piala FA 2021 melalui rembatan jarak jauh ketika menentang Chelsea sekali gus membolehkan pasukannya merangkul kejuaraan sulung Piala FA.[21] Pada perlawanan itu juga, beliau telah dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan.[22]

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Tielemans sedang menjalani latihan bersama Belgium pada 2017.

Pada Jun 2015, Tielemans telah dipanggil oleh skuad senior Belgium untuk menghadapi aksi kelayakan UEFA Euro 2016 menentang Wales.[23] Beliau akhirnya melakukan penampilan sulungnya untuk Belgium pada 9 November 2016 dalam aksi persahabatan menentang pesaing jiran, Belanda selepas beliau menggantikan Steven Defour pada minit ke-82.[24]

Tielemans telah disenaraikan ke dalam skuad Piala Dunia FIFA 2018 di Rusia oleh pengurus Roberto Martínez.[25] Beliau telah beraksi dalam empat perlawanan, termasuklah ketika perlawanan penentu tempat ketiga menewaskan England 2-0.[26]

Tielemans menjaringkan gol sulungnya untuk Belgium pada 21 Mac 2019 ketika aksi kelayakan UEFA Euro 2020 menentang Rusia.[27] Beliau telah dipanggil untuk menyertai skuad UEFA Euro 2020 yang ditangguhkan ke Mei 2021.[28]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Tielemans telah dilahirkan di Sint-Pieters-Leeuw, Flemish Brabant.[29] Bapa Tielemans berasal daripada keturunan Flemish manakala ibunya pula ialah orang keturunan Congo.[30] Beliau meneruskan pembelajarannya sehingga ke usia 18 tahun, di mana beliau mengagihkan masa untuk belajar dan tumpuan kepada karier bola sepaknya. Beliau telah berkahwin dengan Mendy dan mempunyai dua orang anak perempuan, Melina dan Leana.[31]

Statistik kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Sehingga 23 Mei 2021.[32]
Kelab Musim Liga Piala Piala Liga[a] Eropah Lain Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Belgium Anderlecht 2013–14 29 1 2 1 4[b] 0 0 0 35 2
2014–15 39 6 4 2 8[c] 0 1[d] 0 52 8
2015–16 34 6 2 1 9[e] 0 45 7
2016–17 37 13 1 0 15[f] 5 53 18
Jumlah 139 26 9 4 36 5 1 0 185 35
Perancis Monaco 2017–18 27 0 2 0 1 0 4[b] 1 1[g] 0 35 1
2018–19 20 5 1 0 2 0 6[b] 0 1[g] 0 30 5
Jumlah 47 5 3 0 3 0 10 1 2 0 65 6
England Leicester City 2018–19 13 3 0 0 13 3
2019–20 37 3 2 0 5 2 44 5
2020–21 38 6 6 3 0 0 7[e] 0 51 9
Jumlah 88 12 8 3 5 2 7 0 108 17
Jumlah kerjaya 274 43 20 7 8 2 53 6 3 0 358 58
  1. ^ Termasuk Coupe de la Ligue dan Piala EFL.
  2. ^ a b c Penampilan di Liga Juara-Juara UEFA
  3. ^ Enam penampilan di Liga Juara-Juara UEFA, dua penampilan di Liga Europa UEFA.
  4. ^ Penampilan di Piala Super Belgium.
  5. ^ a b Penampilan di Liga Europa UEFA
  6. ^ Dua penampilan dan satu gol di Liga Juara-Juara UEFA, tujuh penampilan dan empat gol di Liga Europa UEFA.
  7. ^ a b Penampilan di Trophée des Champions

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Sehingga 17 Jun 2021.[33][34]
Pasukan kebangsaan Belgium
Tahun Kmncln Gol
2016 2 0
2017 6 0
2018 11 0
2019 9 2
2020 6 2
2021 7 0
Jumlah 41 4

Gol antarabangsa[sunting | sunting sumber]

# Tarikh Lokasi Pasukan lawan Skor Keputusan Kejohanan
1
21 Mac 2019 Brussels, Belgium  Rusia
1–0
3–1
Kelayakan UEFA Euro 2020
2
10 Oktober 2019  San Marino
6–0
9–0
3
15 November 2020 Leuven, Belgium  England
1–0
2–0
Liga A Negara-Negara UEFA 2020–21
4
18 November 2020  Denmark
1–0
4–2

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Anderlecht
Leicester City

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Belgium

Individu[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Youri Tielemans: Overview". ESPN. Dicapai pada 10 July 2020.
  2. ^ "Youri Tielemans: Overview". Premier League. Dicapai pada 10 July 2020.
  3. ^ "Premier League clubs publish 2019/20 retained lists". Premier League. 26 June 2020. Dicapai pada 10 July 2020.
  4. ^ De Cock, Bjorn (28 October 2013). "In the footsteps of Vincent Kompany: Youri Tielemans". Benefoot. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 September 2015. Dicapai pada 13 April 2016.
  5. ^ "Lokeren smeert jong Anderlecht al nederlaag aan" (dalam bahasa Belanda). Sporza. 28 July 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 December 2016. Dicapai pada 24 December 2016.
  6. ^ Scholten, Berend (14 February 2015). "UEFA.com's weekly wonderkid: Youri Tielemans". UEFA.com. Union of European Football Associations. Dicapai pada 6 May 2015.
  7. ^ "Club go down 3–0 at Anderlecht". Club Brugge. 7 April 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Disember 2016. Dicapai pada 24 Disember 2016.
  8. ^ "Who is Youri Tielemans? We profile exciting Anderlecht midfielder". Sky Sports. 2 November 2015. Dicapai pada 24 December 2016.
  9. ^ a b "Gala du Footballeur Pro: Youri Tielemans élu joueur de l'année, René Weiler sacré entraîneur!" [Professional Footballer Awards: Youri Tielemans elected player of the year, René Weiler best manager!] (dalam bahasa Perancis). DH. 22 May 2017. Dicapai pada 5 September 2017.
  10. ^ "Officieel: Youri Tielemans tekent contract tot 2022 bij Franse kampioen Monaco" [Official: Youri Tielemans signs contract until 2022 with French champion Monaco] (dalam bahasa Belanda). HLN. 24 May 2017. Dicapai pada 24 May 2017.
  11. ^ De Beck, Mike (30 July 2017). "Tielemans meteen goed voor splijtende assist in eerste officiële wedstrijd" [Tielemans shows his worth with a clever assist in first official appearance] (dalam bahasa Belanda). HLN. Dicapai pada 5 September 2017.
  12. ^ "Youri Tielemans dans les flops de la première partie de saison en Ligue 1" [Youri Tielemans among the flops of the first half of the Ligue 1 season] (dalam bahasa Perancis). 7sur7. 22 December 2017. Dicapai pada 7 July 2018.
  13. ^ Vens, Clint (20 May 2018). "Recordtransfer Anderlecht opgenomen in lijst grootste flops van de Ligue 1" [Anderlecht's record transfer included in list of Ligue 1's biggest flops] (dalam bahasa Belanda). Voetbalkrant. Dicapai pada 7 July 2018.
  14. ^ Buron, Sébastien (2 September 2018). "Ligue 1 : Marseille arrache la victoire à Monaco" [Ligue 1: Marseille snatch victory from Monaco]. L'Équipe (dalam bahasa Perancis). Dicapai pada 19 May 2021.
  15. ^ "Leicester Complete Loan Signing of Youri Tielemans From Monaco as Adrien Silva Departs". 90min.com (dalam bahasa Inggeris). 2019-01-31. Dicapai pada 2019-01-31.
  16. ^ "Youri Tielemans Joins On Loan As Adrien Silva Heads To Monaco". Leicester City F.C. 31 January 2019. Dicapai pada 31 January 2019.
  17. ^ "Leicester 3–1 Fulham: Jamie Vardy double earns Brendan Rodgers first win". BBC Sport. 9 March 2019. Dicapai pada 9 March 2019.
  18. ^ Cooper, Barry; Davies, Matt; Kemble, Jamie (8 July 2019). "City transfer news live - Youri Tielemans officially signs". Leicester Mercury. Dicapai pada 8 July 2019.
  19. ^ "Soccer-Bournemouth fume after Tielemans' rash tackle goes unpunished by VAR". Reuters. 31 August 2019. Dicapai pada 20 September 2019.
  20. ^ Stone, Simon (12 September 2019). "VAR: Four incorrect decisions fail to be overturned in Premier League". BBC Sport. Dicapai pada 20 September 2019.
  21. ^ "Chelsea 0 v Leicester City 1". BBC Sport. 15 May 2021. Dicapai pada 15 May 2021.
  22. ^ McNulty, Phil (15 May 2021). "Youri Tielemans produced one of the great FA Cup final goals to give Leicester City the trophy for the first time in their history with victory over Chelsea at Wembley". BBC.com. Dicapai pada 17 May 2021.
  23. ^ "Belgium's Marouane Fellaini out of Wales tie". BBC. 10 June 2015. Dicapai pada 13 November 2015.
  24. ^ "Netherlands 1–1 Belgium". BBC Sport. 10 November 2016. Dicapai pada 23 December 2016.
  25. ^ "World Cup 2018: Belgium include Vincent Kompany but Christian Benteke misses out". BBC Sport. 4 June 2018. Dicapai pada 7 July 2018.
  26. ^ McNulty, Phil (14 July 2018). "Belgium 2–0 England". BBC Sport. Dicapai pada 9 March 2019.
  27. ^ "Belgium 3-1 Russia: Eden Hazard scores twice in Euro 2020 qualifier". BBC Sport. 21 March 2019. Dicapai pada 21 March 2019.
  28. ^ "Belgium Euro 2020 squad: The 26 players they'll take – plus star player, manager and Euros record". FourFourTwo. 18 May 2021. Dicapai pada 19 May 2021.
  29. ^ "Youri Tielemans: Profile". worldfootball.net. HEIM:SPIEL. Dicapai pada 10 July 2020.
  30. ^ Bate, Adam; Terreur, Kristof (6 January 2014). "Targets: Belgium". Sky Sports. Dicapai pada 30 January 2016.
  31. ^ Davies, Matt (14 October 2019). "Leicester City star announces arrival of new baby day after scoring for his country". Leicestershire Live. Dicapai pada 20 August 2020.
  32. ^ "Y. Tielemans". Soccerway. Dicapai pada 23 May 2021.
  33. ^ (Inggeris) Profil Tielemans, Youri di National-Football-Teams.com
  34. ^ "Youri Tielemans". European Football. Dicapai pada 17 April 2017.
  35. ^ http://www.tribtown.com/2017/05/18/soc-champion-anderlecht/[pautan putus]
  36. ^ http://www.tribtown.com/2017/05/18/soc-champion-anderlecht/[pautan putus]
  37. ^ McNulty, Phil (15 May 2021). "Chelsea 0–1 Leicester City". BBC Sport. Dicapai pada 15 May 2021.
  38. ^ "Belgium 2–0 England: Line-ups". FIFA. Dicapai pada 10 July 2020.
  39. ^ "Anderlecht's Praet is Belgium's best". UEFA. 14 January 2015. Dicapai pada 14 January 2015.
  40. ^ name=ebony>"Youri Tielemans verzilvert topstatus Ebbenhouten Schoen". HLN. 8 May 2017.
  41. ^ "UEFA Europa League Squad of the Season". UEFA. 25 May 2017.
  42. ^ "Tielemans Scoops Player Of The Season Double". LCFC.com. Dicapai pada 21 May 2021.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]