Dennis Praet

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Dennis Praet
Dennis Praet2016.jpg
Maklumat peribadi
Nama penuh Dennis Praet[1]
Tarikh lahir (1994-05-14) 14 Mei 1994 (umur 27)[2]
Tempat lahir Leuven, Belgium
Ketinggian 1.81 m (5 ka 11 in)[3]
Posisi permainan Pemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Leicester City
Nombor 26
Kerjaya remaja
1999–2000 SJV Motbroek
2000–2002 Stade Leuven
2002–2003 OH Leuven
2003–2010 Genk
2010–2011 Anderlecht
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2011–2016 Anderlecht 139 (20)
2016–2019 Sampdoria 98 (4)
2019– Leicester City 42 (2)
Pasukan kebangsaan
2009 Belgium B15 3 (0)
2009–2010 Belgium B16 10 (1)
2010–2011 Belgium B17 11 (2)
2011 Belgium B18 2 (0)
2012 Belgium B19 7 (2)
2012–2016 Belgium B21 17 (2)
2014– Belgium 12 (1)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 22:49, 22 April 2021 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 23:15, 12 Jun 2021 (UTC)

Dennis Praet (lahir 14 Mei 1994) merupakan pemain bola sepak profesional Belgium yang beraksi di posisi pemain tengah untuk kelab Liga Perdana Inggeris, Leicester City dan pasukan kebangsaan Belgium.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Remaja[sunting | sunting sumber]

Praet menyertai akademi Genk pada tahun 2003 semasa beliau berusia 8 tahun. Beliau menghabiskan kebanyakan masa karier remajanya di Genk, di mana beliau kekal di akademi itu sehingga tahun 2010.[4][5] Beliau merupakan sebahagian daripada generasi terbaik kelab dan pencari bakat menganggap Praet sebagai antara bakat muda yang hebat. Beliau juga merupakan pemain remaja antarabangsa Belgium sehingga menarik minat kelab Arsenal, Barcelona, Ajax dan Lille.[6][7]

Anderlecht[sunting | sunting sumber]

Pada Mei 2010, Praet telah melakukan perpindahan dari Genk ke Anderlecht selepas menolak beberapa tawaran lumayan. Di Anderlecht, beliau pada mulanya bersama dengan pasukan bawah-19. Pada tahun 2011, beliau meraih pencapaian pemain terbaik ketika kejohanan AEGON Future Cup yang berlangsung di Amsterdam, sebuah kejohanan belia yang disertai oleh pasukan-pasukan ternama seperti Ajax dan Bayern Munich.[8]

Praet melakukan penampilan sulungnya untuk skuad senior Anderlecht pada 21 September 2011 dalam aksi Piala Belgium menentang Lommel United dan beliau telah melakukan dua hantaran kepada jaringan pasukannya. Pada pusingan seterusnya, beliau menjaringkan gol pertamanya bersama Anderlecht semasa menentang Rupel Boom FC. Pada 30 Oktober, beliau melakukan kemunculan sulungnya dalam Liga Pro Belgium selepas menggantikan pemain Fernando Canesin ketika menentang Lierse SK. Pada Mac 2012, Praet telah menandatangani kontrak baru sehingga tahun 2015.[9]

Ketika musim 2012–13, Praet menjadi antara tonggak pasukan yang membantu Anderlecht merangkul kejuaraan liga kedua berturut-turut. Pada awal tahun 2014, beliau telah bersetuju untuk melanjutkan kontraknya sehingga musim panas 2017. Beliau telah menjaringkan gol ketiga Anderlecht dalam aksi play-off menentang Lokeren pada 25 Mei 2014 sekali gus memastikan kejuaraan liga ketiga berturut-turut diraih Anderlecht.[10]

Praet melakukan penampilan ke-100nya bersama kelab dalam aksi liga menentang Club Brugge pada 31 Ogos 2014.[11] Pada 16 September, beliau menjaringkan gol ketika menentang Galatasaray dalam perlawanan Liga Juara-Juara Eropah sekali gus meletakkan Anderlecht mendahului perlawanan namun kelab Turki itu berjaya menyamakan kedudukan pada masa tambahan.[12] Beliau menjaringkan gol liga pertamanya untuk kempen 2014-15 semasa menentang Club Brugge. Beliau juga menjaringkan gol dalam empat perlawanan Anderlecht berturut-turut iaitu ketika menentang KV Oostende, Waasland Beveren dan KVC Westerlo dalam aksi liga manakala satu jaringan lagi semasa menewaskan SV Zulte Waregem dalam saingan piala.

Pada 14 Januari 2015, Praet telah meraih anugerah Kasut Emas Belgium, iaitu anugerah tahunan yang diberikan kepada pemain terbaik liga untuk tahun sesudah. Beliau mencatatkan kelebihan lima mata (250) menewaskan pencabar terdekat dari pemain Club Brugge, Víctor Vázquez (245).[13][14]

Sampdoria[sunting | sunting sumber]

Pada 24 Ogos 2016, Praet telah berjaya melengkapkan perpindahannya ke Sampdoria melalui nilai perpindahan yang berjumlah 10 juta euro.[15] Selepas dikaitkan dengan perpindahan ke juara Serie A Juventus semasa jendela perpindahan musim panas 2018, Praet sebaliknya melanjutkan kontraknya bersama Sampdoria sehingga tahun 2021.[16]

Praet merupakan antara pemain utama Sampdoria sepanjang tempoh tiga tahunnya di sana, di mana beliau telah melakukan 98 penampilan Serie A dan menjaringkan empat gol. Namun, kelabnya dilihat menduduki tangga pertengahan liga sepanjang tiga musimnya di sana.

Leicester City[sunting | sunting sumber]

Pada 8 Ogos 2019, Praet menyertai kelab Liga Perdana Inggeris, Leicester City selepas menandatangani kontrak lima tahun melalui perpindahan bernilai 20 juta euro.[17][18] Pada 18 Ogos 2019, beliau melakukan penampilan sulungnya dalam aksi menentang Chelsea.[19] Pada 11 Januari 2020, Praet mencetak jaringan pertamanya untuk Leicester City semasa menentang Southampton.[20] Pada 20 September 2020, beliau menjaringkan gol keduanya sekali gus membantu pasukannya melakar kemenangan 4–2 ke atas Burnley.[21]

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Praet telah mewakili pasukan remaja Belgium di setiap peringkat umur iaitu daripada peringkat bawah-15 hingga peringkat bawah-21.

Pada 6 November 2014, Praet memperoleh panggilan pertama oleh skuad senior Belgium untuk menghadapi perlawanan persahabatan menentang Iceland pada 12 November dan aksi kelayakan UEFA Euro 2016 menentang Wales pada 16 November. Beliau melakukan kemunculan sulungnya untuk Belgium ketika menentang Iceland dalam aksi persahabatan selepas menggantikan Christian Benteke pada minit ke-73 permainan.

Praet beraksi dalam perlawanan keduanya bersama Belgium selepas hampir empat tahun daripada kemunculan sulungnya iaitu dalam aksi pertembungan negara jiran, Belanda pada Oktober 2018 yang berakhir dengan keputusan terikat seri 1-1.

Statistik kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Sehingga 23 Mei 2021.[22]
Kelab Musim Liga Piala Piala Liga[a] Eropah Lain Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Belgium Anderlecht 2011–12 7 0 2 1 9 1
2012–13 27 2 6 2 6[b] 1 1[c] 1 40 6
2013–14 37 5 2 0 6[b] 0 1[c] 0 46 5
2014–15 30 7 2 0 6[b] 1 1[c] 0 39 9
2015–16 37 6 0 0 9[d] 0 46 6
2016–17 1 0 0 0 1[d] 0 2 0
Jumlah 139 20 12 4 28 2 3 1 182 27
Itali Sampdoria 2016–17 32 1 2 0 34 1
2017–18 32 1 3 0 35 1
2018–19 34 2 3 0 37 2
Jumlah 98 4 8 0 106 4
England Leicester City 2019–20 27 1 4 0 5 0 36 1
2020–21 15 1 2 0 1 0 6[d] 1 24 2
Jumlah 42 2 6 0 6 0 6 1 60 3
Jumlah kerjaya 279 26 26 4 6 0 34 3 3 1 348 34
  1. ^ Termasuk Piala EFL.
  2. ^ a b c Penampilan di Liga Juara-Juara UEFA
  3. ^ a b c Penampilan di Piala Super Belgium
  4. ^ a b c Penampilan di Liga Europa UEFA

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Sehingga 12 Jun 2021.[23]
Pasukan kebangsaan Belgium
Tahun Kmncln Gol
2014 1 0
2015 0 0
2016 0 0
2017 0 0
2018 1 0
2019 4 0
2020 3 0
2021 3 1
Jumlah 12 1

Gol antarabangsa[sunting | sunting sumber]

# Tarikh Lokasi Pasukan lawan Skor Keputusan Kejohanan
1
30 Mac 2021 Leuven, Belgium  Belarus
5–0
8–0
Kelayakan Piala Dunia 2022

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Anderlecht
Leicester City
Individu

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Premier League clubs publish 2019/20 retained lists". Premier League. 26 June 2020. Dicapai pada 10 July 2020.
  2. ^ "Dennis Praet: Overview". ESPN. Dicapai pada 10 July 2020.
  3. ^ "Dennis Praet: Overview". Premier League. Dicapai pada 10 July 2020.
  4. ^ Dorrington, Nick (21 July 2015). "Dennis Praet's vision and technique have made Europe's elite take notice". ESPNFC. Dicapai pada 24 August 2016.
  5. ^ Wollaston, Steve (3 July 2015). "Aston Villa – everything you need to know about new £10m target Dennis Praet". Birmingham Mail. Dicapai pada 24 August 2016.
  6. ^ name="espn"
  7. ^ "Arsenal to beat Barcelona in race for Belgian wonderkid?". Total Barça. 12 April 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 October 2013. Dicapai pada 30 January 2013.
  8. ^ Jonges, Ronald (25 April 2011). "AEGON Future Cup: Het eindrapport" (dalam bahasa Belanda). Ajax.nl. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 April 2011. Dicapai pada 30 January 2013. adidas Beste Speler van de AEGON Future Cup 2011: Anderlecht-middenvelder Dennis Praet nam de prijs voor Beste Speler van het toernooi in ontvangst uit handen van Ajacied Christian Eriksen.
  9. ^ "Arsenal do their groundwork on Dennis Praet". Express. 3 December 2012. Dicapai pada 8 August 2019.
  10. ^ "Anderlecht clinch title in Belgium". UEFA. 18 May 2014. Dicapai pada 8 August 2019.
  11. ^ "'The Belgian Iniesta' – Meet Juventus target Dennis Praet". Goal. 7 October 2014. Dicapai pada 8 August 2019.
  12. ^ "Galatasaray 1–1 Anderlecht: Late Burak goal saves point for hosts". Goal.com. 16 September 2014. Dicapai pada 17 September 2014.
  13. ^ Scholten, Berend (14 January 2015). "Anderlecht's Praet is Belgium's best". UEFA.com. Dicapai pada 24 August 2016.
  14. ^ "Dennis Praet wint Gouden Schoen, Vazquez strandt op vijf puntjes". Sporza (dalam bahasa Belanda). 14 January 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-09-19. Dicapai pada 24 August 2016.
  15. ^ "Sampdoria stelt Dennis Praet officieel voor" [Sampdoria officially presents Dennis Praet]. Sport Wereld (dalam bahasa Belanda). 24 August 2016. Dicapai pada 24 August 2016.
  16. ^ "Praet extends Sampdoria contract". Sports Star. 30 November 2018. Dicapai pada 8 August 2019.
  17. ^ "Dennis Praet Signs For Leicester City On Permanent Deal". Leicester City. Dicapai pada 8 August 2019.
  18. ^ "Leicester set to sign Sampdoria midfielder Dennis Praet for €20m". The Guardian. Dicapai pada 8 August 2019.
  19. ^ "Chelsea 1-1 Leicester City: Wilfred Ndidi secures hard-earned point". BBC Sport. 18 August 2019. Dicapai pada 18 August 2019.
  20. ^ "Dennis Praet vs. Southampton". lcfc.com. 11 January 2020.
  21. ^ "Highlights: Praet scores screamer as Leicester beat Burnley". BBC Sport. 11 January 2020.
  22. ^ "Y. Tielemans". Soccerway. Dicapai pada 23 May 2021.
  23. ^ (Inggeris) Profil Praet, Dennis di National-Football-Teams.com
  24. ^ name="LeicesterMove"
  25. ^ name="LeicesterMove"
  26. ^ McNulty, Phil (15 May 2021). "Chelsea 0–1 Leicester City". BBC Sport. Dicapai pada 16 May 2021.
  27. ^ "Paars-witte U17 winnen AEGON Future Cup". RSCA.be. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 April 2013. Dicapai pada 3 November 2013.
  28. ^ "Anderlecht's Praet is Belgium's best". UEFA. 14 January 2015. Dicapai pada 14 January 2015.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]