Enggang cula kuning
Enggang cula kuning | |
---|---|
Di Taman Zoologi dan Botani Hong Kong | |
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Animalia |
Filum: | Chordata |
Kelas: | Aves |
Order: | Bucerotiformes |
Keluarga: | Bucerotidae |
Genus: | Ceratogymna |
Spesies: | C. elata
|
Nama binomial | |
Ceratogymna elata (Temminck, 1831)
|
Enggang cula kuning (Ceratogymna elata) ialah spesies enggang dalam keluarga Bucerotidae. Ia ditemui di hutan hujan di kawasan pantai Afrika Barat, contohnya di Pantai Gading.
Ia merupakan salah satu burung terbesar di hutan Afrika Barat, dengan dewasa seberat sehingga 2 kg (4.4 lb). Ia hidup terutamanya di kanopi hutan, jarang makan di tanah. Ia hidup dalam kumpulan keluarga kecil yang mengandungi sekurang-kurangnya satu ekor jantan dan betina dewasa, dengan satu atau dua ekor burung belum matang, walaupun kadangkala ia berkumpul dalam kumpulan yang lebih besar untuk merebut bekalan makanan utama seperti sarang semut atau anai-anai.
Ia kadang-kadang dimangsa oleh helang gombak dan ia bertindakbalas terhadap kehadiran helang (kadang-kadang ditunjukkan oleh jeritan tercirinya) dengan mengeroyok. – mendekatinya dan mengeluarkan seruan. Memandangkan helang bergantung pada kejutan untuk menangkap, perlakuan ini sering menyebabkan ia meninggalkan kawasan enggang tersebut. Penyelidikan terkini (Rainey et al., 2004) telah menunjukkan bahawa enggang tersebut bertindakbalas dengan cara yang sama kepada seruan penggera yang monyet Diana, yang tinggal di kawasan yang sama, membunyikan jika terlihat helang, dan ia boleh membezakan seruan yang dibuat oleh monyet tersebut dalam kehadiran helang berbanding seruan yang dibuat dalam kehadiran harimau bintang, yang memangsa monyet tetapi tidak memangsa enggang.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- Rainey, H. J., Zuberbühler, K., & Slater, P. J. B. (2004). Hornbills can distinguish between primate alarm calls. Proceedings of the Royal Society of London Series B, 271, 755–759.
- ^ BirdLife International (2016). "Ceratogymna elata". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2016: e.T22682627A92954374. doi:10.2305/IUCN.UK.2016-3.RLTS.T22682627A92954374.en. Dicapai pada 12 November 2021.
Ralat Lua pada baris 80 di package.lua: module 'Module:Taxonbar/whitelist' not found.