Enggang tanah
| Enggang tanah Julat zaman: Miosen Pertengahan hingga kini
| |
|---|---|
| Kepala jantan Bucorvus abyssinicus | |
| Pengelasan saintifik | |
| Domain: | Eukaryota |
| Alam: | Animalia |
| Filum: | Chordata |
| Kelas: | Aves |
| Order: | Bucerotiformes |
| Keluarga: | Bucorvidae (Bonaparte, 1854) |
| Genus: | Bucorvus (Lesson, 1830) |
| Spesies | |
|
Bucorvus leadbeateri | |
Enggang tanah (Bucorvidae) ialah keluarga enggang dalam order Bucerotiformes, yang terdiri daripada genus tunggal Bucorvus dan dua spesies yang masih ada. Keluarga ini endemik di Afrika sub-Sahara: enggang tanah utara terdapat di jaluran dari Senegal timur hingga ke Habsyah, dan enggang tanah selatan terdapat di selatan dan timur Afrika.
Saiznya besar, dengan ketinggian sekitar satu meter. Kededua spesies ialah penghuni atas tanah, tidak seperti enggang lain. Juga tidak seperti kebanyakan enggang lain, ia bersifat karnivor dan memakan serangga, ular, burung lain, amfibia, dan juga kura-kura.[1] Ia antara burung yang paling lama hidup,[2] dan spesies selatannya yang lebih besar kemungkinan adalah burung yang paling lambat membiak (setiap tiga tahun) dan paling lama hidup antara semua.[3]
Taksonomi
[sunting | sunting sumber]Genus Bucorvus telah diperkenalkan, pada asalnya sebagai subgenus, oleh ahli alamiah Perancis, René Lesson pada tahun 1830 dengan enggang tanah utara, Bucorvus abyssinicus sebagai spesies jenis.[4][5] Nama genusnya berasal daripada nama genus Buceros yang diperkenalkan oleh Carl Linnaeus pada tahun 1758 untuk enggang Asia di mana corvus ialah perkataan bahasa Latin untuk "gagak".[6]
Kajian filogenetik molekul yang diterbitkan pada tahun 2013 mendapati bahawa genus Bucorvus ialah saudara kepada seluruh keluarga enggang.[7]
Genus Bucorvus mengandungi dua spesies:[8]
| Gambar | Nama saintifik | Nama lazim | Taburan |
|---|---|---|---|
| Bucorvus abyssinicus | Enggang tanah utara | selatan Mauritania, Senegal dan Guinea timur ke Eritrea, Habsyah, barat laut Somalia, barat laut Kenya dan Uganda | |
| Bucorvus leadbeateri | Enggang tanah selatan | utara Namibia dan Anggola ke utara Afrika Selatan dan selatan Zimbabwe ke Burundi dan Kenya |
Enggang tanah prasejarah, Bucorvus brailloni, telah diterangkan berdasarkan tulang fosil di Maghribi, menunjukkan bahawa sebelum glasiasi Kuarterner, genus tersebut sama ada lebih meluas atau tersebar secara berbeza.[9]
Kini dianggap bahawa enggang tanah, bersama-sama Tockus dan Tropicranus (kini dalam Horizocerus), hampir eksklusifnya bersifat karnivor[1] dan tidak mempunyai kantung gelambir yang membolehkan genus enggang lain yang kurang berkait rapat menyimpan buah.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b Kinnaird Margaret F. and O‘Brien< Timothy G.; The Ecology and Conservation of Asian Hornbills: Farmers of the Forest; pp. 20-23. ISBN 0226437124
- ^ Wasser, D. E. and Sherman, P.W.; “Avian longevities and their interpretation under evolutionary theories of senescence” in Journal of Zoology 2 November 2009
- ^ Skutch; Alexander Frank (author) and Gardner, Dana (illustrator) Helpers at birds' nests : a worldwide survey of cooperative breeding and related behavior pp. 69-71. Published 1987 by University of Iowa Press. ISBN 0877451508
- ^ Lesson, René (1830). Traité d'Ornithologie, ou Tableau Méthodique (dalam bahasa Perancis). 1. Paris: F.G. Levrault. m/s. 256 (livre 4).
- ^ Peters, James Lee, penyunting (1945). Check-list of Birds of the World. 5. Cambridge, Massachusetts: Harvard University Press. m/s. 272.
- ^ Jobling, James A. (2010). The Helm Dictionary of Scientific Bird Names. London: Christopher Helm. m/s. 80. ISBN 978-1-4081-2501-4.
- ^ Gonzalez, J.-C.T.; Sheldon, B.C.; Collar, N.J.; Tobias, J.A. (2013). "A comprehensive molecular phylogeny for the hornbills (Aves: Bucerotidae)". Molecular Phylogenetics and Evolution. 67 (2): 468–483. doi:10.1016/j.ympev.2013.02.012. PMID 23438388.
- ^ Gill, Frank; Donsker, David, penyunting (2019). "Mousebirds, Cuckoo Roller, trogons, hoopoes, hornbills". World Bird List Version 9.2. International Ornithologists' Union. Dicapai pada 23 July 2019.
- ^ Kemp, A. C. 1995 The Hornbills. Oxford University Press, Oxford.