Enuresis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Enuresis
Pengelasan dan sumber luaran
ICD-10 F98.0, R32.
ICD-9 307.6
MeSH D004775
Wikipedia tidak memberikan nasihat perubatan Penafian perubatan

Enuresis atau penyakit kencing malam merupakan suatu penyakit tingkah laku yang berlaku kepada kanak-kanak hingga golongan remaja akil baligh dan golongan warga emas yang sudah lanjut umurnya. Enuresis sering berlaku ketika mereka sedang tidur khususnya pada waktu malam, namun perkara ini kadangkala turut berlaku pada waktu awal pagi atau pada tengah hari dan petang. Pada kebiasaannya istilah ini dikhususkan kepada mereka yang cukup besar untuk mengawal pengencingan,[1] dan tidak bagi golongan kanak-kanak bawah umur.

Enuresis juga pernah dilaporkan terjadi akibat beberapa kondisi penyakit lain misalnya akibat penyakit serangan bacteria pada pundi kencing atau kegagalan otak atau system saraf yang mengawal aktiviti berkaitan alat kelamin. Ada juga kes yang mengaitkan Enuresis dan masalah emosional dan personaliti. Terdapat sebilangan kes yang melibatkan perasaan yang banyak berlaku kepada lelaki, mereka yang telah bermimpi basah lalu mengeluarkan air mani atau memaksa air mani mereka keluar ketika beronani, mereka akan mudah berasa hendak membuang air kencing, namun akibat kepenatan mereka akan terus tertidur dan menyebabkan pundi kencing mereka tidak mampu untuk mengawal peningkatan kapasiti air kencing yang banyak, lalu mereka pun terkencing sedangkan mereka tidur.

Sebab[sunting | sunting sumber]

Sebab musabab utama yang dikenal pasti mempengaruhi kewujudan penyakit ini adalah:

  • Kegagalan mengawal pundi kencing dan pengaliran air kencing. Kebayakannya berlaku pada warga emas, kerana system kawalan pengaliran air kencing mereka sudah semakin lemah.
  • Pening dan keresahan. Misalnya takut ke bilik air untuk membuang air kecil.
  • Emosi.
  • Kegagalan dalam mempraktikkan kawalan dan latihan air kencing yag mapan dan betul.
  • Mentaliti pembuangan air kencing tidak bersepadu. Misalnya, kebanyakan pesakit dari kalangan kanak-kanak menyangka diri mereka sedang membuang air kecil di tandas, padahal mereka sedang bermimpi sahaja. Apa yang sebearnya berlaku mereka sedang kencing diatas tilam.
  • Infeksi jangkitan bacteria pada pundi kencing.

Apa yang boleh dilakukan[sunting | sunting sumber]

Sebagai seorang penjaga kepada mereka yang mengalami masalah penyakit seperti ini misalnya ibu bapa, perkara pertama yang perlu diusahakan adalah dengan mengambil tahu dan faham tentang situasi atau sebab-sebab yang membuatkan penyakit ini berlaku kepada orang yang mereka sayangi. Sebagai contoh ibu bapa boleh menegur dengan baik tentang perilaku anak-anaknya yang kencing malam, cuba dalami masalah yang dialami oleh anak-anak dan ubatinya dengan cara holistik.

Jangan dipukul anak-anak akibat mereka kencing malam sebaliknya tegur dengan baik dan cuba sapukan minyak bayi dengan lembut pada pundi kencingnya. Supaya dapat mengawal dan melancarkan system perkumuhannya. Mengurut bukan sahaja baik untuk menyeragamkan tempoh masa dan pengaliran(flow) air kencing, malah dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan dengan kanak-kanak.

Ibu-bapa seharusnya tidak patut memberikan minuman yang banyak kepada kanak-kanak remaja, atau warga tua 2 jam sebelum tidur, cukup hanya memberikan segelas air suam atau air susu sahaja. Pemberian air kerap dalam tempoh 2 jam sebelum tidur dapat menyebabkan mereka berasa ingin terkencing pada waktu malam.

Selalulah mengingatkan orang tersayang untuk kencing dahulu sebelum tidur, ini pentig sebagai suatu medium pelajaran dalam kawalan pembuangan air kencing yang elok dan terurus.

Jika kanak-kanak telah tidur awal sedangkan anda mendapati mereka belum membuang air kencing, kejutkan mereka dengan lembut dan perlahan untuk bangun dari tidur dan pergi membuang air kencing terlebih dahulu.

Elakkan dari pada mengambil gula dengan tinggi dalam diet harian, ini kerana dapat meningkatkan risiko diabetes atau penyakit kencing manis. Diabetes berisiko menyebabkan kerosakan pada sistem pundi kencing dan ginjal ini akan menyebakan Enuresis lebih mudah terjadi. Jangan merokok atau mengambil alcohol kerana ia akan turut merosakkan system perkumuhan dalaman anda.

Jika penyakit berlanjutan dan tidak mudah dikawal, pergilah bertemu dengan pakar atau doktor untuk mendapatkan nasihat dan rawatan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Health Guide Malaysia terbitan Medi Media International Group 1998, m/s 191 & 192. Sebuah buku panduan kesihatan umum dan pertolongan cemas yang diperakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.