Eun Ji-won (penyanyi)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Eun Ji-won)
Jump to navigation Jump to search
Eun Ji-won
은지원
20180106 젝스키스 20주년콘서트 @대구.jpg
Latar belakang
Juga dikenali sebagai
G1, G, G-One, Eun Cho-ding (은초딩), Matthew Eun[petikan diperlukan]
Kelahiran (1978-06-08) 8 Jun 1978 (umur 41)
Berasal dariSouth Korea
GenreK-pop, hip-hop, R&B, rap
PekerjaanRapper
Tahun aktif1997–present
Syarikat rakaman
Kegiatan berkaitan
Sechs Kies, Movement, Clover, HOTSechgodRG
Laman sesawang
1kyne.com
Korean name
161210 Eun Ji-won at Yellow Note Concert
Nama Korea
Hangul은지원
Hanja
Perumian SemakanEun Ji-won
McCune–ReischauerŬn Chiwŏn

Eun Ji-won (lahir 8 Jun 1978)[1] adalah seorang rapper, penyanyi, pengacara, penari, komposer dan pemimpin generasi pertama kumpulan idola SechsKies (젝스키스).[2] Selepas kumpulan tersebut bubar pada tahun 2000, Eun meneruskan karier solo di tahun 2001 dengan single pertama berjudul ("A-Ha") dan telah tertumpu pada muzik hip-hop sejak itu. Sebagai tambahan kepada karier muzik beliau, Eun telah muncul dalam rancangan hiburan popular seperti 2 Days & 1 Night, Reply 1997, New Journey to the West dan Kang's Kitchen.

Pada 14 April 2016, SechsKies telah mengadakan konsert reuni untuk peminat selepas 16 tahun pembubaran mereka melalui program Infinite Challenge. Sejak daripada konsert tersebut, mereka kembali mempromosikan diri mereka sebagai satu kumpulan dan telah menandatangani kontrak dengan agensi terkemuka Korea Selatan, YG Entertainment.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Eun menghadiri Hawaiian Mission Academy, dari Kelas 9 hingga 12. Beliau merupakan rakan sekolah kepada salah seorang anggota kumpulan SechcKies, Kang Sung-hun.[3]

Bapa saudara dan ibu saudara Eun di sebelah bapanya, Park Chung-hee dan Park Geun-hye pernah berkhidmat kepada negara sebagai Presiden Korea Selatan. Namun ibu saudara beliau, telah dipecat tidak lama selepas beliau diberi jawatan tertinggi Korea Selatan itu. Ibu beliau pernah menjadi ahli kumpulan ""Lily Sisters".[petikan diperlukan]

Nama panggilan Eun di dalam SechsKies adalah "Kicap" (깜시) kerana kulit beliau yang gelap. "Eun Choding" ("Eun Budak") adalah nama panggilan semasa beliau menjadi ahli tetap dalam rancangan hiburan realiti 2 Days & 1 Night di slot Happy Sunday kerana persona kebudak-budakan beliau di kaca TV.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

1997–2000: SechsKies[sunting | sunting sumber]

Eun Ji-won dan Kang Sung-hoon ditemui oleh presiden Daesung Entertainment, Lee Ho Yeon semasa bercuti di hawaii. Lee menubuhkan kumpulan yang terdiri daripada enam orang di mana Eun menjadi ketua kumpulan, rapper utama dan sub-vokalis.

Kumpulan tersebut debut tahun 1997 dan dibubarkan pada tahun 2000. Eun menggambarkan waktu beliau dengan SechsKies sebagai sangat sibuk, mengingat kembali bahawa ahli-ahli lain akan kembali ke rumah ibu bapa mereka untuk mengelak jadual yang amat padat. Mereka menghilangkan diri selama dua minggu menyebabkan jadual yang telah disusun tidak diikuti. Kim Jae-duck berkata "Kami bongkak waktu itu". Eun Ji-won menyatakan bahawa syarikat rakaman mereka merancang penampilan media mereka tanpa merujuk kepada ahli-ahli kumpulan. Pada masa yang sama, beliau berkata ia adalah cara untuk menyaingi H.O.T. Semasa rancangan hiburan Happy Together bersiaran pada 10 Mac 2011, Eun Ji-won menyatakan bahawa SechsKies perlu mengikuti jadual yng amat padat untuk merapatkan jurang dengan lawan mereka pada waktu itu iaitu H.O.T. Pada masa ini, populariti SechsKies telah menyaingi H.O.T.

Pada 18 Mei 2000 SechsKies mengumumkan keberangkatan mereka dari dunia K-pop pada satu sidang akhbar, di mana beberapa ahli menangis. Lee Jai-jin kemudian berkata bahawa pada asalnya mereka bertujuan mahu meninggalkan syarikat rakaman tanpa dibubarkan. Eun Ji-won, di sisi lain, berkata ahli-ahli telah memutuskan bahawa pembubaran pada kemuncak karier adalah jalan yang terbaik. Mereka berpeluang untuk berbicara tentang pembubaran tersebut semasa satu temubual pada 17 Oktober 2016. Eun Ji-won menyatakan bahawa pembubaran tersebut telah dipersetujui oleh majoriti, walaupun Lee Jai-jin merupakan salah seorang ahli yang tidak menyokong pembubaran tersebut.

Selepas sidang akhbar, video muzik terakhir mereka, "Thanks", telah dilancarkan selepas konsert terakhir mereka. Eun menyatakan bahawa beliau tidak pernah bertemu dengan ahli sepasukan Ko Ji-yong setelah pembubaran selama tujuh tahun; Ko telah berpindah ke Amerika Syarikat untuk sambung belajar dan tidak kembali.[4]

Walaupun SechsKies dibubarkan pada tahun 2000, pada tahun 2002 Eun mengadakan persembahan bersama bekas ahli kumpulan Kang Sung-hun, J-Walk, Kim Jae-duck dan Jang Su-won. Pada 2007, beliau mengadakan persembahan bersama J-Walk dalam beberapa program muzik, termasuk Yoon Do Hyun's Love Letter terbitan KBS (mereka menyanyikan lagu SechsKies "Couple") dan Music Bank (mempersembahkan lagu Eun "Ädios" dan lagu J-Walk "Ligth Storm"). Eun dan J-Walk menyanyikan lagu "Couple" semasa perkahwinan Lee Soo-geun pada 2 Mac 2008. Eun muncul dalam lagu "My Love", lagu utama dalam album ketiga J-Walk dan juga dalam video muzik.

Karier Solo[sunting | sunting sumber]

2000-2004: Debut Solo & Kejayaan Cemerlang[sunting | sunting sumber]

Selepas SechsKies bubar, Eun memulakan karier solonya pada tahun 2000 dengan melancarkan EP termasuk lagu "Ä-Ha" pada 27 Oktober 2000. Beliau menulis semua lagu dalam album solo pertama beliau berjudul G Pop yang dilancarkan pada 29 Mac 2001. Selepas kejayaan cemerlang album pertama beliau, Eun memperhalusi gaya dan bereksperimen dengan muzik dalam album kedua, Heavy G.

Artis Hip-hop Eun Ji-won menukar pengurusan beliau kepada Waltz Music Entertainment pada tahun 2003. Album ketiga beliau, Drunk on Hip Hop (bersama single "Drunk on Melody"), dilancarkan pada 6 September 2003. Kemudian, album dilancarkan semula, dengan memasukkan versi musim sejuk untuk lagu "To Mi Casa" dan "Never Ever" dari album solo pertama. Lagu "Drunk on Melody" telah memenangi Anugerah Hip Hop di Anugerah Gayo SBS pada 2003 dan Anugerah KMTV Muzik Korea. Beliau telah menyanyikan lagu ini sebanyak dua kali di atas pentas bersama Tiger JK dari kumpulan Drunken Tiger dalam rancangan Yoon Do Hyun's Love Letter terbitan KBS.

2004-2006: Debut skrin & Kru Hip-Hop[sunting | sunting sumber]

Eun membintangi sebuah filem romantik komedi berjudul Marrying a High-School Girl (여고생 시집가기) bersama Lim Eun-kyung oleh pengarah baru Oh Deok-hwan, yang dilancarkan pada 23 Disember 2004. Beliau memainkan peranan Park Ondal, pelajar yang baru berpindah sekolah yang sedang dihadiri oleh Pyung-gang (Lim). Filem ini menceritakan tentang seorang pelajar sekolah tinggi perempuan yang mesti mengahwini lelaki bernama "Ondal" sebelum hari lahir ke-16 dan mempunyai bayi dalam masa setahun; jika tidak, perempuan itu akan mati.

Eun berundur dari industri pada pertengahan 2006, namun beliau muncul semula apabila The Movement (무브먼트) (satu gerakan mengumpulkan artis rap dan artis hip-hop seluruh Korea Selatan) mengadakan konsert pada 13 Mei 2006. Ramai artis Movement muncul dalam album-album Eun termasuk Drunken Tiger, Tasha (Yoon Mi Rae), Dynamic Duo dan Bobby Kim.

2007-2010: Kembali selepas 2 tahun berehat & GYM Entertainment[sunting | sunting sumber]

Eun kembali dengan single berjudul "Adios", selepas berehat dari industri muzik; album beliau berjudul Love, Death, Introspection (사랑 死랑 思랑) telah dilancarkan pada 30 Oktober 2007 dengan empat lagu baru dan versi instrumental untuk "Adios". Mr. Tyfoon, Baek Ji-young dan Sat Byul (샛별) telah ditampilkan dalam album tersebut. "Adios", sebuah lagu hip-hop Latin, digubah oleh Keeproots dengan lirik oleh Mr. Tyfoon. Tiger JK dari Drunken Tiger, Mr. Tyfoon dan Eun yang menerbitkan album ini.[5][6] Eun adalah sebahagian dari 13 Creative Unit, sebuah subsidiari dari Eyagi Entertainment (yang juga menghasilkan penyanyi Hwang Bo dan pelakon Park Si Yeon).

Pada pertengahan 2007, Eun muncul dalam rancangan hiburan realiti Happy Sunday: 1 Night 2 Days terbitan KBS. Beliau menggantikan Kim Jong Min (yang pergi mengikuti khidmat tentera) dalam rancangan Come To Play (놀러와) terbitan MBC. Eun merupakan ahli tetap dalam rancangan Jihwaza (작렬! 정신통일) terbitan SBS sebelum dibatalkan pada September 2007.

Untuk album kelima, Eun telah memilih 20 lagu daripada 100 lagu. Pada 2007, beliau membuat persembahan di Parti DKNY. Eun membuat penampilan dalam EP Moon Ji-eun (artis dari agensi yang sama Starship Entertainment) yang dilancarkan pada 10 April 2008 berjudul "Fox" dan di dalam video muzik selepas Moon muncul dalam video muzik Eun untuk lagu "Suddenly" (문득).[7] Pada Jun 2008, Eun berkolaborasi dengan J-Walk (Kim Jaeduck dan Jang Suwon, masing-masing adalah bekas ahli kumpulan Sechskies) dalam lagu dari album J-Walk, "My Love". Kemudian dalam tahun yang sama, Eun melancarkan album berjudul G Code; salah satu singlenya berjudul "Dangerous", merupakan sampel dari Kardinal Offishall yang menampilkan "Dangerous" versi Akon.

Awal tahun 2009, Eun tinggalkan CH Entertainment dan memulakan syarikat beliau sendiri, GYM Entertainment. Artis pertama yang dihasilkan oleh syarikat beliau merupakan penyanyi rap Gilme; Eun muncul dalam lagu debut Gilme berjudul "Love Cuts", dan telah membuat persembahan di atas pentas dengan Gilme.[8]

Selepas setahun berehat dari industri muzik, Eun melancarkan album kelima berjudul Platonic yang merupakan sebuah album penuh. Lagu utama, "Siren", adalah sebuah lagu elektronik dengan irama hip hop. Eun berkolaborasi dengan Mr. Tyfoon, Gilme dan Lee Soo-geun dari 2 Days & 1 Night. Album diterbitkan bersama oleh GYM Entertainment dan Starship Entertainment.

2011- : Projek Clover[sunting | sunting sumber]

Pada 31 Mac 2011, Eun, Gilme dan Mr. Tyfoon menubuhkan Clover, yang menarik perhatian ramai kerana ia adalah kumpulan baru selepas 10 tahun pembubaran SechsKies.[9] Mereka membuat persembahan lagu "La Vida Loca", dari mini album mereka berjudul Classic Over, dalam beberapa persembahan muzikal.[10] "La Vida Loca" diterima dengan baik, menduduki kedudukan teratas dalam Carta Muzik Cyworld selepas dua minggu dilancarkan.[11]

Pada 29 September 2011, Clover melancarkan sebuah single digital berjudul "A Guy Who I Know (아는 오빠)".[12] Pada Januari 2012, Clover menerima Anugerah Hip-Hop/Rap di Anugerah Muzik Seoul ke-21.[13]

Pada 14 Ogos 2012, Clover melancarkan single digital kedua berjudul "Pork Soup (돼지국밥)".[14] Pada 18 November 2013, single digital ketiga mereka berjudul "Trickling (주르륵)" dilancarkan.[15]

2013- : Project HotSechgodRG[sunting | sunting sumber]

Pada 2013, Eun, Chun Myung-hoon, Tony An, Moon Hee-joon dan Danny Ahn muncul dalam rancangan baru terbitan QTV berjudul Handsome Boys of the 20th Century.[16]

Handsome Boys of the 20th Century direka oleh Moon Hee-joon yang menjemput lima selebriti, semuanya lahir pada tahun yang sama (1978), dari tiga kumpulan idola generasi pertama yang berbeza untuk memulakan sebuah rancangan realiti versi drama "Reply 1997".[17] Beliau mencadangkan idea tersebut dimana mereka akan bertemu secara kasual untuk berbual dan membincangkan topik-topik pada masa muda mereka yang mereka tidak boleh sentuh pada waktu itu.[18] Rancangan tersebut dibintangi oleh Moon Hee-joon dan Tony An dari kumpulan H.O.T, Chun Myung-hoon (NRG), Eun Ji-won (SechsKies), dan Danny Ahn (g.o.d). kelima-lima mereka menamakan diri mereka sebagai HotSechgodRG — gabungan nama-nama kumpulan mereka.

Musim pertama bersiaran dari 16 April 2013 hingga 9 Julai 2013.[19] Rancangan tersebut menarik perhatian ramai dan HotSechgodRG membuat banyak penampilan dalam rancangan-rancangan hiburan di siaran perdana dan kabel, seperti Immortal Songs: Singing the Legend, Happy Together dan Hwasin – Controller of the Heart (화신). Musim kedua Handsome Boys of the 20th Century bersiaran dari 27 Ogos 2013 hingga 19 November 2013.[20] HotSechgodRG mengumumkan mereka sedang bersedia untuk mengadakan konsert Krismas (Legend Back). Namun, Tony telah menghadapi kesalahan undang-undang dan terpaksa menarik diri dari kumpulan tersebut kerana beliau telah diharamkan untuk membuat kemunculan di kaca TV buat sementara waktu. Konsert tersebut dibatalkan kerana mereka merasakan mereka tidam mampu untuk meneruskan tanpa Tony. Musim ketiga bersiaran dari 26 November 2013 hingga 26 Disember 2013 di bawah nama "Handsome Boys Communication (미소년 통신)". Rancangan tersebut terdiri daripada segmen "EunHee Clinic (은희상담소)" dibintangi Moon Hee-joon dan Eun Ji-won dan segmen "DJ GodRG (DJ 갓알지)" dibintangi Danny Ahn dan Chun Myung Hoon.

Pada Mei 2014, HOTSechgodRG mengumumkan mereka akan kembali dengan rancangan baru pada Julai. Moon Hee-joon, Eun Ji-won, Danny Ahn, dan Chun Myung Hoon membintangi dalam rancangan baru berjudul W.I.S.H. (Where is My Super Hero?), yang bersiaran di OnStyle dari 19 Julai 2014 hingga 9 Ogos 2014.[21][22]

Danny Ahn, Tony An dan Chun Myung-hoon membuat penampilan dalam rancangan kembara realiti dibintangi Eun berjudul Plan Man dan mereka mengembara ke Pulau Jeju. Perjalanan mereka bersiaran selama tiga episod, bermula pada 31 Julai 2016.[23] Sebelum itu, Tony An telah tampil dalam episod lain bersama Brian Joo dari Fly to the Sky.[24]

Dengan penubuhan semula kumpulan Danny Ahn iaitu g.o.d pada 2014 dan kumpulan Eun iaitu SechsKies pada 2016, penampilan mereka sebagai kumpulan berlima menjadi terhad kerana jadual padat.

2016: Penyatuan Semula SechsKies[sunting | sunting sumber]

161119 Eun Ji-won at 2016 Melon Music Awards
170119 Eun Ji-won at Seoul Music Awards

Pada 11 Mei, SechsKies telah menandatangani kontrak dengan YG Entertainment selepas pertemuan semula dalam rancangan Infinite Challenge, kecuali Ko Ji-yong.[25] SechsKies mengadakan konsert kembali pada 10 dan 11 September di Olympic Gymnastics Arena. Selepas Infinite Challenge bersiaran, SechsKies telah menjana lebih ramai peminat dan konsert pertama mereka selepas penyatuan semula telah habis dijual dalam 5 minit.[26]

Pada 7 Oktober, SechsKies melancarkan single digital berjudul "Three Words (세 단어)" yang menduduki tangga teratas dalam 8 carta muzik majoriti tidak lama selepas dilancarkan, meraih status all-kill. Ia juga menduduki kedudukan teratas dalam carta muzik Asia dan iTunes global di Taiwan serta diantara lagu teratas dalam carta-carta iTunes di Hong Kong, Singapore, Malaysia, Thailand dan lain-lain negara.[27]

Pada 19 Ogos, Eun menyertai rancangan hiburan terbitan SBS berjudul 'Flower Crew' bersama rakan SechsKies, Lee Jai-jin.[28] Namun, mereka tinggalkan rancangan ini untuk fokus kepada promosi kumpulan.[29]

Pada 23 November, YG mengumumkan album baru SechsKies akan dilancarkan pada 1 Disember 2016. Album baru berjudul "2016 Re-ALBUM" mengandungi 10 lagu hit SechsKies pada masa lalu yang telah disusun semula dan digubah semula oleh penerbit-penerbit YG dan menyediakan hadiah istimewa buat para peminat.[30]

SechsKies menyambung lawatan konsert "Yellow Note" mereka pada 10 Disember di Daegu dan pada 24-25 Disember di Busan. Pada 31 Oktober, semua tiket untuk semua konsert lawatan SechsKies untuk bulan Disember habis terjual dalam beberapa minit.

Pada 16 Disember YG mengumumkan SechsKies akan mengadakan konsert "Yellow Note Final in Seoul" pada 21 dan 22 Januari di Stadium Tertutup Jamsil.[31] Pada 22 Disember, semua 13,000 tiket habis terjual dalam tiga minit.

Pada akhir tahun, SechsKies telah memenangi beberapa anugerah termasuk Click! Star Wars Awards Hall of Fame, the 6th Gaon Chart Music Awards The Kpop Contribution of The Year, the 8th Melon Music Awards Hall of Fame, the 31st Golden Disc Awards Best Male Group Performance and the 26th Seoul Music Awards Bonsang.

2017: Ulangtahun Ke-20[sunting | sunting sumber]

Pada 16 Februari 16, TvN mengumumkan Eun Ji-won akan menyertai rancangan hiburan baru mereka berjudul 'The Dynamic Duo'.[32]

Pada 18 Mac, Eun mengumumkan pembukaan semula kelab peminat rasmi beliau '1KYNE'. Pada 28 Mac, Eun Ji-Won melancarkan kelab peminat rasmi, pada pukul 12 KST, ia dibuka untuk pendaftaran. Lebih dari 30,000 peminat log masuk ke lam sesawang tersebut pada masa yang sama menyebabkan ia lumpuh dan ia kekal begitu selama satu jam sebelum peminat sambung mendaftar.[33]

Pada 19 April, YG mengumumkan album baru SechsKies berjudul "The 20th Anniversary" akan dilancarkan pada 28 April 2017. Bersama pelancaran album, dua lagu utama berjudul "Sad Song" dan "Be Well" akan dipromosikan. album tersebut menduduki kedudukan teratas dalam carta-carta di Hong Kong, Malaysia, Taiwan, Filipina, Singapura, Thailand, Vietnam, Indonesia, Australia dan Amerika Syarikat. Album ini juga menduduki kedudukan teratas dalam carta-carta muzik Mnet, Bugs, Genie dan Naver. Semua lagu dalam album tersebut mencapai kedudukan 100 teratas dalam carta Melon, yang merupakan satu kejayaan yang cemerlang dan membuktikan SechsKies mempunyai rangkaian peminat yang luas. Album ini juga menduduki kedudukan teratas Carta Gaon dan Carta masa sebenar Hanteo, carta harian dan carta mingguan. Lagu "Be Well" juga menduduki kedudukan teratas Carta Digital Gaon, Carat Muat turun, Carta BGM dan Carta Mobile untuk minggu pertama bulan Mei. SechsKies memegang kemenangan berturut untuk lagu "Be Well" dalam rancangan muzik Music Core terbitan MBC pada Mei. Mereka juga memenangi kedudukan pertama dalam rancangan Music Bank terbitan KBS.[34][35][36]

Pada 25 April, Eun melancarkan lagu berjudul 'Love Song' untuk runut bunyi drama terbitan OCN berjudul ‘My Secret Romance’.[37]

Pada 4 Mei, SechsKies mengadakan acara autograf selepas 18 tahun di Time Square bertempat di Yeongdeungpo-gu, Seoul. Lokasi tersebut dipenuhi lebih daripada 3,000 peminat yang berkumpul untuk melihat mereka.[38]

Pada 12 Mei, YG mengumumkan SechsKies akan debut di Jepun selepas 20 tahun aktif di Korea Selatan. Album SechsKies "The 20th Anniversary" Edisi Jepun akan dilancarkan pada 19 Julai. YG mengumumkan SechsKies akan mengadakan pertemuan peminat buat pertama kali di Jepun di Dewan Pantai Yokohama di Kanagawa pada 23 Julai dan di Namba Hatch di Osaka pada 3 September.[39]

Pada 7 Ogos, YG mengumumkan SechsKies akan mengadakan "20th Anniversary Concert" pada 23 September di Gocheok Sky Dome. Pada 22 Ogos, semua tiket habis terjual dalam beberapa minit.[40]

Pada 16 Ogos, YG mengumumkan secara rasmi Eun Ji Won telah menandatangani kontrak secara individu dengan  YG Entertainment.[41]

Kehidupan Peribadi[sunting | sunting sumber]

2010: Perkahwinan[sunting | sunting sumber]

Pada Februari 2010, Eun mengumumkan akan mengahwini cinta pertama beliau, seorang wanita tua 3 tahun daripadanya. Mereka telah kenal sejak 1994 di Hawaii, namun kemudian berpisah apabila Eun kembali ke Korea Selatan untuk memulakan SechsKies. Eun dan Lee Sooyeon bertemu semula selepas 13 tahun dan bertunang dalam hubungan yang stabil. Tunang Eun merupakan kakak ipar kepada pemain bola sepak, Lee Dong-Gook. Pada 7 April, Eun terbang ke Hawaii untuk membuat persiapan perkahwinan, yang dijadualkan pada 20 April. Walaupun penggambaran 2 Days & 1 Night telah ditangguhkan kerana insiden penenggelaman kapal ROKS Cheonan, Eun dan ibu bapa beliau kembali ke Korea Selatan pada 22 April dan beliau ditemuramah dalam rancangan One Night's TV Entertainment terbitan SBS; beliau menyatakan pengalaman ini seperti sedang membuat iklan komersial bersama isteri beliau. Pada 29 April, gambar pertama upacara perkahwinan mereka telah bocor ke tontonan awam, di mana ia menunjukkan pasangan tersebut sedang berjalan di atas pelantar bersama keluarga dan kawan mengucapkan tahniah.

2013: Pengumuman Perceraian[sunting | sunting sumber]

Pada 28 Februari 2013, Eun mengumumkan beliau dan isteri telah bercerai pada Ogos 2012. Kenyataan dari pihak pengurusan Eun berkata, " Eun Ji-won menikahi Lee Sooyeon sebagai isteri pada April 2010, tetapi pasangan ini memutuskan untuk bercerai pada Ogos 2012. Mereka membuat keputusan untuk menjalani kehidupan masing-masing supaya mereka dapat menjalani kehidupan yang lebih baik berikutan kerana sukar untuk berbaik kerana perbezaan personaliti".[42]

Kritikan[sunting | sunting sumber]

Eun sahaja yang menerima kritikan sejak pembubaran SechsKies kerana menukar haluan genre muzik dari muzik pop ke hip hop dan rap. Moon Hee-joon dari H.O.T juga menukar haluan muzik, menjadi rock bukannya penyanyi pop selepas bertukar solo (Sechs Kies adalah lawan muzikal kepada H.O.T.).[43][44]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Diskografi SechsKies[sunting | sunting sumber]

Diskografi Solo[sunting | sunting sumber]

Senarai Album[sunting | sunting sumber]

  • 2001: G Pop
  • 2002: Money
  • 2003: Eun Ji-won Best
  • 2003: Drunken in Hip Hop
  • 2003: G1-03 (Repackage)
  • 2005: The 2nd Round
  • 2009: Platonic
  • 2015: Trauma (EP)

Single CD[sunting | sunting sumber]

  • 2000: G
  • 2007: 사랑 死랑 思랑 (Love, Death, Introspection)
  • 2008: G Code

Lain-lain[sunting | sunting sumber]

Kredit Muzik[sunting | sunting sumber]

Artis Maklumat lagu
SECHSKIES
  • "Fake-G (절대자)" - Road Fighter
  • "Run Away" - Road Fighter
  • "비(悲)" - Com` Back
  • "Bye..." - Blue Note
  • "Back Hug (백허그)" - Another Light
Eun Ji-won
  • "One, Two, Three" - G Pop
  • "Beautiful Times (아름다운 시절)" - G Pop
  • "U & Me" - G Pop
  • "Beautiful Days (은지원 고고)" - G Pop
  • "Memory" - G
  • "A.D 2050" - G
  • "A-Ha" - G
  • "Eun Ji Won Go! Go!" - Eun Ji Won 2
  • "DT.G.Zine" - Eun Ji Won 2
  • "Get Down" - Eun Ji Won 2
  • "Monologue" - Eun Ji Won 2
  • "Reload (Feat. Tyfoon, Gan-D, Juvie Train)" - The 2nd Round
  • "Gotta Go (Feat. Gary, Double K)" - The 2nd Round
  • "So Gone (Feat. T)" - The 2nd Round
  • "8t. Truck" - The 2nd Round
  • "Deep Blue (Feat. 샛별)" - 사랑사랑사랑
  • "Kill Me (Dangerous PartⅡ) (Feat. Gilme)" - G Code
  • "Only You (너 하나) (Feat. Baby-G)" - G Code
  • "Dangerous" - G Code
  • "Soulmate (Feat. Gilme)" - TRAUMA
  • "Excuse (Feat. Jeremy)" - TRAUMA
  • "What U Are (Feat. Gilme)" - TRAUMA
Clover
  • "La Vida Loca" - Classic Over
  • "Better Day" - Classic Over
  • "ICE TRIM (ICE트림)" - Classic Over
  • "A Guy Who I Know (아는 오빠)" - A Guy Who I Know (아는 오빠)
  • "Trickling (주르륵)" - Trickling (주르륵)
Gilme
  • "Shut ur MOUTH" - 2 Face
  • "Me First (내가 먼저) (Feat. Eun Ji-won)" - Me First (내가 먼저)
Epik High
  • "Open M.I.C. (Feat. Eun Ji-won, Dynamic Duo, TBNY, Tweak)" - High Society
Drunken Tiger
  • "Stubborn Person (고집쟁이)" - One Is Not a Lonely Word (하나하면 너와 나)
K.Will
  • "Present (선물) (Feat. Eun Ji-won)" - Present (선물)
Fin.K.L
  • "Your Memory (너의 기억)" - Special
Lee Soo-geun
  • "Let's Go As Far As We Can (갈때까지 가보자) (Feat. Eun Ji-won)" - Let's Go As Far As We Can (갈때까지 가보자)
  • "Beautiful Lady (Feat. Eun Ji-won)" - Icontact
R.ef
  • "You Don't Seem to Know Love (사랑을 모르나봐) (Feat. Eun Ji-won)" - It`s R.ef
Moon Ji Eun
  • "Yeouga (Feat. Eun Ji-won)" - Vivid
Stay
  • "Your Scent, Lips And Eyes (너의 향기와 입술과...눈빛) (Feat. Eun Ji-won)" - Thank You

Filmografi[sunting | sunting sumber]

Video Muzik[sunting | sunting sumber]

Karier Sechskies[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk
1997 School Byeolgok (학원별곡)
The Way This Guy Lives - Pomsaengpomsa (사나이 가는 길 - 폼생폼사)
For you
1998 Road Fighter
Reckless Love (무모한 사랑)
Letting You Go (너를 보내며)
Couple (커플)
Prayer (기도)
1999 Hunch (예감)
Summer in love
2000 Thanks
2016 THREE WORDS (세 단어)
Couple (커플) (NEW)
2017 SAD SONG (슬픈 노래)
BE WELL (아프지 마요)
SOMETHING SPECIAL (특별해)
SMILE (웃어줘)

Karier Solo[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Dibintangi
2001 MurMur (내게 오는 길)
2003 Drunken in Melody (만취 In Melody)
2005 All Famy/Owl (올빼미)
Love Theory
2007 Adios Mr.Tyfoon
2008 Dangerous
2009 Siren Mr.Tyfoon
2010 While Buzzed (술김에)
2015 What U Are Gilme
Trauma (트라우마) Kim Hee-jung

Karier Clover[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk
2011 La Vida Loca
A Guy Who I know (아는 오빠)

Karier HotSechgodRG[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk
2013 May I love you / I can do it (할 수 있어)

Penampilan Video Muzik[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Penyanyi
2008 Fox Moon Ji Eun
My Love J-Walk
Blazing Sun (불타는 태양) Mr. Typhoon
Let's Go As Far As We Can ( 갈 때까지 가보자) Lee Soo-geun
2009 Love Cuts (러브 컷츠) Gilme
Beautiful Lady ICON
2010 Present (선물) K.Will

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan
1998 Seventeen Kim Joon-tae
2004 Marrying a High-School Girl Park Ondal
2009 The Missing Lynx Lynx (dubbing)

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Stesen TV Tajuk Peranan Nota
2001 MBC Nonstop Eun Ji-won Tetamu khas
2002
2003
2007 New Heart Penduduk Baru Cameo
2012 tvN Reply 1997 Do Hak-chan
2013 Reply 1994 Cameo
2016 JTBC Listen to Love

Pengacara[sunting | sunting sumber]

Tahun Stesen TV Rancangan Pengacara Bersama
2008-2009 SBS SBS Inkigayo Huh E-jae
2009 MBC Lord of the Rings (반지의 제왕) Lee Soo-geun, Marco
2010 KBS Idol League Moon Hee-joon
2012 tvN Three Idiots (세 얼간이) Lee Soo-geun, Kim Jong-min
Mnet Show Me the Money, Season 1
2013 Show Me the Money, Season 2
QTV Handsome Boys Communication - EunHee Clinic (미소년통신-은희상담소) Moon Hee-joon
KBS Immortal Songs 2
Vitamin Lee Hwi-jae, Park Eun Young
2014 JTBC Same Age (동갑내기) Kim Gu-ra, Moon Hee-joon, Brian Joo
2018 Channel A Coming Soon
SBS funE School Attack 2018 Son Dong-woon, JooE
MBN Cart Show 2 (카트쇼 2) Lee Soo-geun, Lee So Ra, Boom

Rancangan Hiburan[sunting | sunting sumber]

Tahun Stesen TV Tajuk
2003 MBC Parody Theater Rooftop Room Snake (패러디극장 옥탑방 구렁이)
Match Made in Heaven (강호동의 천생연분)
2005 Imagination Summer Expedition (상상원정대 여름특집)
2006 SBS Truth & False (있다! 없다?)
2007 KBS 1 Night 2 Days (2007-2012)
MBC Come to Play (놀러와)
SBS Jiwhaza (작렬! 정신통일)
KBS Are You Ready? (해피선데이: 준비됐어요)
SBS Quiz Showdown! (퀴즈!육감대결)
2009 Intimate Note Season 2 (절친노트 2)
MBC School Mobile World Card (스쿨 문자지존)
MBC Every1 Monarch of the Ring (반지의 제왕)
2010 KBS Star Golden Bell season 2
MBC Every1 Midnight Idol (오밤중의아이들)
SBS Sweet Potato (고구마)
2011 KBS Escape Crisis No.1 (위기탈출 넘버원)
MBC Star King
2012 MBC Jewelry House
2013 SBS Hwasin: Controller of the Heart
MBC Star Gazing (별바라기)
SBS Thank You (땡큐)
tvN The Genius 2
QTV Handsome Boys of the 20th Century (20세기 미소년)
KBS Beauty and the Beast (미녀와 야수)
2014 KBS Million Seller
MBC World Changing Quiz Show
OnStyle W.I.S.H. (Where is My Super Hero?)
SBS Magic Eye (TV series)
tvN First Day of Work
2015 SBS Law of the Jungle - Episode 166 - 170
tvN go New Journey to the West
KBS The Human Condition 2
MBC The Capable Ones (능력자들)
JTBC Mari And I
2016 tvN New Journey to the West, Season 2
TRENDY Plan Man
JTBC Strong Man (천하장사)
SBS Flower Crew
MBC My Money Partners - Next-door CEOs
KBS Please Look After Me (청년! 대한민국 잘 부탁합니다)
Gura Cha Cha Time Slip
2017 tvN New Journey to the West, Season 3
NaverTV Plan Man: New Beginning
tvN The Dynamic Duo (공조7)
New Journey to the West, Season 4
Kang's Kitchen
2018 Channel A Coming Soon
MBC Unexpected Q
tvN New Journey to the West Season 5 (Airs 30 September 2018)
SBS funE School Attack 2018
MBN Cart Show 2 (카트쇼 2)
JTBC Carefree Travellers Season 2

Tajaan[sunting | sunting sumber]

Tahun Nama Syarikat Nama Jenama Produk Dibintangi bersama
1997 Mr Hammer Snack Food Sechs Kies
1998 Elite Clothing Uniform
2008 Nepa Nepa Clothing MC Mong
BHC BHC Chicken Food
Noonnoppi Noonnoppi Education
New Era Snap Back Hat Hat
2009 Home Plus Mall Mall Kang Ho-dong, Lee Soo-geun,
MC Mong, Lee Seung-gi, Kim C
Villain Clothing Pants
2011–present KRT Travel Agency Travel Agency
2012 WOW Game NPC
LG Computer Ultrabook
2016 GS25 Retail Retail
2017-2018 Guinness Guinness Beer Ahn Jaehyun

Karier Radio[sunting | sunting sumber]

Eun merupakan DJ radio pertama untuk rancangan FM4U (친한 친구) terbitan MBC, dari 2002 hingga 2003.

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Sechs Kies[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah
1997
  • 12th Korea Visual and Records Grand Prize Award (Golden Disc Awards), Bonsang
  • Seoul Music Awards, Bonsang
  • KMTV Korean Music Awards, New Artist
  • KBS Music Awards, Bonsang
  • MBC Music Festival, Best 10 Artist Award
  • SBS Music Awards, Best 10 Artist Award
1998
  • 13th Korea Visual and Records Grand Prize Award (Golden Disc Awards), Bonsang
  • 9th Seoul Music Awards, Daesang (Shared With H.O.T.)
  • 9th Seoul Music Awards, Bonsang
  • KMTV Korean Music Awards, Popularity Award
  • KBS Music Awards, Artist Of The Year (Teen Category)
  • MBC Music Festival, Popularity Award (Voted By Under 30)
  • SBS Music Awards, Best 10 Artist Award
1999
  • 14th Korea Visual and Records Grand Prize Award (Golden Disc Awards), Bonsang
  • 10th Seoul Music Awards, Bonsang
  • KMTV Korean Music Awards, Bonsang
  • KBS Music Awards, Bonsang
  • MBC Music Festival, Best 10 Artist Award
  • SBS Music Awards, Best 10 Artist Award
2016
  • Click! Star Wars Awards, Hall of Fame
  • 6th Gaon Chart Music Awards, The Kpop Contribution of The Year
  • 8th Melon Music Awards, Hall of Fame
  • 31st Golden Disc Awards, Best Male Group Performance
  • 26th Seoul Music Awards, Bonsang

Clover[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah
2011

Solo[sunting | sunting sumber]

Tahun Badan Pemberi Anugerah Kategori Keputusan
2001 SBS Gayo Daejeon Netizen Popularity Award Menang
2003 SBS Gayo Daejeon Hip Hop Award Menang
2003 KMTV Korean Music Awards Hip Hop Award Menang
2010 KBS Entertainment Awards Best Entertainer Menang
2011 KBS Entertainment Awards Best Entertainer Dicalonkan
2011 KBS Entertainment Awards Daesang
(awarded to all the 1 Night 2 Days Members)
Menang

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ (Korea)) 네이버 인물검색 - 은지원 Naver. December 22, 2016. Retrieved December 22, 2016.
  2. ^ "About the artist". Official SECHSKIES Facebook. YG. Eun Jiwon is the official English name. 
  3. ^ (Korea)멤버중 은지원과 강성훈이 이곳 하와이 미션 아카데미를 다녀 고향을 찾은 셈이 되었다
  4. ^ 은지원 “젝키 해체, 최고이자 최악의 순간”
  5. ^ (Inggeris) Rapper Eun Returns with Latin Hiphop KBS Global. Retrieved October 30, 2007.
  6. ^ (Korea) 은지원, 2년 6개월 만에 컴백… 라틴 힙합 'ADIOS' 발표 조이 뉴스 24. Retrieved October 30, 2007.
  7. ^ (Korea) 은지원, 문지은 데뷔곡 '여우가' 피처링 참여...6년 우정 과시[pautan putus] Chosun. April 8, 2008. Retrieved April 10, 2008.
  8. ^ (Inggeris) Eun Jiwon Backs a New ArtistKBS world.July 9, 2009. Retrieved November 6, 2016.
  9. ^ (Korea)"은지원, 젝키 해체 후 10년 만에 그룹 결성", 김은구 기자, 이데일리 SPN, 2011년 3월 22일
  10. ^ (Inggeris) Eun Jiwon To "Debut" His Group Clover KBS World. March 8, 2011. November 6, 2016.
  11. ^ (Korea)"은지원 클로버, 차트 1위 역주행! '1박2일' 효과?", 백지은 기자, 스포츠조선, 2011년 4월 15일
  12. ^ (Korea)클로버, '아는오빠'로 어장관리녀 풍자...'라비다로카'인기 잇나, 황미현 기자, OSEN, 2011년 9월 29일
  13. ^ (Korea)<포토뉴스> 클로버, ‘서울가요대상’ 힙합상 수상!, 송재원 기자, 헤럴드 경제 2012년 1월 19일
  14. ^ (Korea)<새음반> 클로버 '돼지국밥', 연합뉴스 2012년 8월 14일
  15. ^ (Korea)은지원, 클로버로 가수 복귀…신곡 ‘주르륵’ 공개, 오세훈 기자, 스포츠동아, 2013년 11월 18일
  16. ^ (Inggeris)New variety show, Handsome Boys of the 20th Century is about to air
  17. ^ (Korea)‘해피투게더’ 핫젝갓알지 특집 “예능판 응답하라 1997”
  18. ^ (Korea)[취중토크 ①] '20세기 미소년' 핫젝갓알지 "너희들, 우리 알지?"
  19. ^ (Inggeris)Korean legend idols from 90s gather together
  20. ^ (Inggeris)20th Century Flower Boys Project is back, in Season 2
  21. ^ (Korea)핫젝갓알지 예능 ‘위시’ 대박 조짐? 첫 녹화 은지원 ”화장실 앞에서 귀신 봤다”
  22. ^ (Korea)핫젝갓알지 '위시', 오늘(9일) 종영…"다시 오겠다"
  23. ^ "'플랜맨' 토니안-데니안-천명훈-은지원의 제주도 첫 여행기". The Chosun Ilbo (dalam bahasa Korean). July 29, 2016. 
  24. ^ (Korea)‘플랜맨’ 측 “핫젝갓알지 제주도 여행기 10회 제작, 31일 첫방송”
  25. ^ (Inggeris)SECHS KIES Joins YG with a Contract that Ensures Special Treatment Similar to that of BIGBANG
  26. ^ (Inggeris)Sechs Kies to hold first solo concert in 16 years
  27. ^ (Inggeris)Sechs Kies releases new single, tops charts
  28. ^ (Inggeris)"Sechskies' Eun Jiwon and Lee Jaijin to join 'Flower Crew'". allkpop. 20 August 2016. Dicapai 14 October 2016. 
  29. ^ (Inggeris)WINNER's Kang Seung Yoon to join 'Flower Crew' after Sechskies' Lee Jaijin and Eun Jiwon leave
  30. ^ "Archived copy". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-11-24. Dicapai 2016-11-23.  YG announced, "Rebirth of hit songs… SECHSKIES releases new album ‘Re-ALBUM’" (official announcement)
  31. ^ Hit 90's band Sechs Kies to hold concert in Seoul
  32. ^ Lee Gi Kwang, Eun Ji-won, And Kwon Hyuk Soo Join New tvN Variety Show
  33. ^ Eun Ji Won’s Official Fanclub Launches and Crashes Immediately
  34. ^ [공식 '20주년' 젝스키스, 28일 컴백 확정..17년만에 신보 발표]
  35. ^ ‘음악중심’ 젝키, 2주 연속 1위…트와이스·빅스 컴백
  36. ^ ‘뮤뱅’ 젝스키스, 방송 출연 없이도 1위…이것이 ‘젝키 파워’다
  37. ^ [단독 젝키 은지원, 드라마 OST 도전…'프듀' 이수현과 호흡]
  38. ^ 젝스키스, 18년만의 팬사인회 3천명 운집..즉석 하이터치회까지
  39. ^ 젝스키스, 데뷔 20년만에 日정식데뷔…7월 19일 앨범 발표
  40. ^ [공식젝스키스, 9월 23일 고척돔서 20주년 콘서트 개최]
  41. ^ YG 측 "은지원 전속계약, 젝스키스 지원하며 자연스럽게"
  42. ^ Eun Jiwon Officially Announces He Divorced His Ex-Wife in August 2012 CJ E&M enewsWorld. February 28, 2013. Retrieved August 2, 2013.
  43. ^ (Korea) 하드보일드 매치, 맞짱 문희준 VS 은지원 1부 Diarkibkan 2008-12-26 di Wayback Machine. YTN Star. Retrieved January 4, 2008.
  44. ^ (Korea) 하드보일드 매치, 맞짱 문희준 VS 은지원 2부 Diarkibkan 2008-12-26 di Wayback Machine. YTN Star. Retrieved January 4, 2008.

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]

Anugerah dan Pencapaian
Preceded by
Kim Sung Min
Kim Tae Won
Lee Ha Neul
KBS Entertainment Awards for Best Entertainer
2010
Succeeded by
-