2 Days & 1 Night

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Bagi filem 2014, lihat Two Days, One Night.
2 Days & 1 Night
300px
Juga dikenali sebagai
1 Night 2 Days (1N2D)
Genre Realiti TV
Ditulis oleh Lee Woo-jung
(Episod 1 - 232)
Choi Jae-yeong
(Episod 1 - 287)
Lee Sak-yeong
(Episod 288 - 321)
Mun Eun-ae
(Episod 322 - present)
Pengarah Na Young-seok
(Episod 1 - 232)
Choi Jae-hyung
(Episod 233 - 287)
Lee Sae-hee
(Episod 288 - 321)
Yu Ho-jin
(Episod 322 - 447)
Yoo Il-yong
(Episod 448 - sekarang)
Pengarah kreatif
KBS Art Vision
Digital Arts Center for Visual Arts
Dibintangi oleh
Kim Jong-min
Cha Tae-hyun
Kim Joon-ho
Defconn
Jung Joon-young
Yoon Shi-yoon
Negara asal Korea Selatan
Bahasa Korea
Bilangan musim 3
Bilangan episod 518 (as of November 5, 2017) (Senarai episod)
Penerbitan
Penerbit eksekutif Bak Jung-min
Seo Su-min
Sinematografi Kang Chan-hee
Pemasangan kamera
Multicamera setup
Tempoh siaran Lebih kurang 1 jam 40 minit (100 minit)
Syarikat penerbitan
Koen Media Corporation
Vision Productions
Syarikat pengedaran
KBS World
Channel M (Asia Tenggara)
Penyiaran
Saluran asal KBS2
Format gambar NTSC (Episod 1 - 140)
HDTV (ATSC, ISDB) (Episod 141 - sekarang)
Format audio Stereo
Siaran asal Ogos 5, 2007 (2007-08-05)
Kronologi
Mengikuti 101% Sunday (일요일은 101%)
Rancangan berkaitan
Happy Sunday
다녀오겠습니다 (KBS Joy)
Pautan luar
Tapak sesawang rasmi
Korean name
Hangul 1박 2일
Hanja
Perumian Semakan Ilbak Iil
McCune–Reischauer Ilbak Iil

2 Days & 1 Night (Hangul: 1박 2일; juga dikenali 1 Night 2 Days; disingkatkan sebagai 1N2D) adalah sebuah rancangan hiburan Korea Selatan yang bersiaran di KBS2 bermula 5 Ogos 2007. 1 Night 2 Days adalah satu daripada dua segmen (segmen pertama adalah The Return of Superman) dalam slot Happy Sunday, bersiaran pada 6:25 petang KST sekali seminggu. Episod-episod yang mempunyai sarikata Bahasa Inggeris disiarkan melalui saluran KBS World, saluran khas Bahasa Inggeris untuk penonton antarabangsa dan juga dimuat naik secara mingguan melalui saluran YouTube rasmi stesen TV KBS. Barisan semasa ahli utama adalah Kim Jong-min, Cha Tae-hyun, Kim Joon-ho, Defconn, Yoon Shi-yoon, dan Jung Joon-young. Motto rancangan ini adalah "Realiti Hiburan Jalanan Yang Liar". Konsep utama rancangan ini adalah untuk memperkenalkan pelbagai lokasi menarik di Korea Selatan yang penonton boleh lawati. Penggambaran pengembaraan baru dilakukan 2 minggu sebelum disiarkan di KBS2.

1 Night 2 Days telah meraih populariti dan tontonan yang tinggi. Bersama dengan The Return of Superman, musim ketiga rancangan tersebut telah membantu memulihkan dan mengekalkan kadar tontonan slot KBS2 Happy Sunday, mengalahkan saingan-saingan lain dari stesen-stesen TV lain.[1]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Walaupun setiap musim berlaku pertukaran ahli, 1 Night 2 Days telah mengekalkan format rancangannya. Ahli-ahli akan memulakan pelbagai perjalanan di seluruh Korea Selatan, termasuk pulau-pulau di sekitarnya. Semasa perjalanan tersebut, ahli - ahli akan melakukan pelbagai misi pada waktu makan atau pada suatu waktu pada hari tersebut untuk mendapatkan ganjaran (contoh: makan tengahari dengan menu terkenal di wilayah atau negeri tersebut) dan unutk mengelakkan hukuman (contoh: terjun ke dalam air). Ahli - ahli undangan boleh diundang bukan sahaja melalui pasukan produksi, tetapi oleh ahli - ahli tetap jika mereka menepati konsep pada hari rakaman (contoh: ep 396-399).

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sebelum 1 Night 2 Days mula ditayangkan, slot tersebut bermula dengan rancangan hiburan Are You Ready yang menampilkan kebanyakan ahli asal 1 Night 2 DaysKang Ho-dong, Lee Soo-geun, Kim Jong-min, dan Eun Jiwon. Are You Ready telah ditamatkan kerana kadar tontonan yang rendah dan digantikan dengan 1 Night 2 Days selepas 12 episod.

Pelakon dan penyanyi Lee Ji-hoon telah ditawarkan untuk menyertai 1 Night 2 Days tetapi menolak kerana terlibat dengan drama New Heart terbitan MBC.[2]

1 Night 2 Days memulakan siaran dengan barisan ahli tetap Kang Ho-dong, Lee Soo-geun, Kim Jong-min, Eun Jiwon, Noh Hong-chul, Ji Sang-ryul, dan Sanggeun maskot rasmi berupa seekor anjing pada 5 Ogos 2007.

Kemudian, rancangan ini mengalami beberapa pertukaran ahli tetap:

  • 16 September 2007: episode akhir Ji Sang-ryul
  • 28 Oktober 2007: Kim C menyertai
  • 4 November 2007: episode akhir Noh Hong-chul
  • 11 November 2007: Lee Seung-gi menyertai
  • 2 Disember 2007: Kim Jong-min meninggalkan rancangan kerana mandatory military service
  • 9 Disember 2007: MC Mong menyertai
  • 27 Disember 2009: Kim Jong-min menyertai semula
  • 6 Jun 2010: episod akhir Kim C
  • 19 September 2010: episode akhir MC Mong
  • 6 Mac 2011: Uhm Tae-woong menyertai
  • 25 September 2011: episod akhir Kang Ho-dong[3]
  • 26 Februari 2012: episod akhir 1 Night 2 Days Musim 1 (episod akhir Lee Seung-gi dan Eun Jiwon)
  • 4 Mac 2012: episode pertama 1 Night 2 Days Musim 2 (episod pertama Kim Seung-woo, Cha Tae-hyun, Sung Si-kyung, dan Joo Won)
  • Mac 2013: episod akhir Kim Seung-woo dan Yoo Hae-jin menyertai
  • 27 Oktober 2013: episod akhir Joo Won
  • 24 November 2013: episod akhir 1 Night 2 Days Musim 2 (episod akhir Lee Soo-geun, Uhm Tae-woong, Sung Si-kyung dan Yoo Hae-jin)
  • 1 Disember 2013: episod pertama 1 Night 2 Days Musim 3 (episod pertama Kim Joo-hyuk[4], Kim Joon-ho, Defconn, dan Jung Joon-young)
  • 6 Disember 2015: episod akhir Kim Joo-hyuk
  • 1 Mei 2016: Yoon Shi-yoon menyertai
  • 9 Oktober 2016: Jung Joon-young buat sementara meninggalkan rancangan
  • 15 Januari 2017: Jung Joon-young kembali

Episod akhir untuk Musim 1 disiarkan pada 26 Februari 2012.

Musim 2 ditayangkan pada 4 Mac 2012 dengan Lee Soo-geun, Kim Jong-min, and Uhm Tae-woong sebagai ahli asal, dengan penambahan ahli baru Kim Seung-woo, Cha Tae-hyun, Sung Si-kyung, dan Joo Won. Kim Seung-woo meninggalkan rancangan pada Mac 2013 untuk menumpukan kembali pada bidang lakonan. Beliau digantikan dengan pelakon Yoo Hae-jin.

Pada 24 November 2013, 1 Night 2 Days Musim 2 dengan rasminya telah tamat dengan ucapan selamat tinggal terakhir oleh barisan ahli tetap pada waktu itu. Mirip kepada pengenalan pembukaan rasmi di mana barisan ahli berkumpul untuk memperkenalkan episod, ia adalah bersesuaian untuk barisan ahli untuk melakukan perkara yang sama untuk mengucapkan selamat tinggal terakhir kepada penonton.

Musim Ke-3 rancangan 1 Night 2 Days mula bersiaran pada 1 Disember 2013, dengan ahli asal Cha Tae-hyun dan Kim Jong-min, disertai ahli baru Kim Joon-ho, Kim Joo-hyuk, Jung Joon-young, dan Defconn. Sehingga 22 November 2015, Kim Joo-hyuk meninggalkan rancangan ini pada ulangtahun kedua musim ketiga 1 Night 2 Days, ketika beliau merakamkan episod terakhir beliau pada 20 dan 21 November.[5] Khabar angin mengatakan bahawa Yoon Shi-yoon akan menyertai rancangan tersebut dan secara rasminya menjadi ahli pada April 2016.[6]

Pada 29 September 2016, Jung Joon-young meninggalkan rancangan ini kerana skandal[7] (tentang "kesalahan seksual" yang dituduh oleh bekas kekasih beliau, yang kemudiannya telah ditarik balik), tetapi pada 7 Januari 2017, seorang kakitangan produksi mengesahkan yang Joon-young akan kembali, kerana telah selesai rakaman pada hari sebelumnya (yang disiarkan pada 15 Januari).[8]

Ulangtahun ke-10[sunting | sunting sumber]

Pada episod 486-488 yang disiarkan pada 5, 12 dan 19 Mac 2017, ahli - ahli telah diberikan tugasan atau misi untuk mencipta runut bunyi (OST) untuk ulangtahun ke-10 rancangan ini. Dengan pertolongan beberapa penyanyi dan komposer, mereka berjaya menyelesaikan misi tersebut dengan menghasilkan 3 buah lagu bertajuk "Remember Each Member", "Day Off", and "Kkanaricano".[9]

Penyiaran[sunting | sunting sumber]

KBS Drama, KBS Joy selalu menyiarkan ulangan 1 Night 2 Days. U-KBS HERAT, sebuah DMB, sebuah radio transmission digital, teknologi yang dibangunkan oleh Korea, menyiarkan rancangan ini setiap hari, Isnin hingga Jumaat, pada pukul 8.00 malam hingga 9.00 malam dan mencatatkan rancangan ini sebagai salah satu rancangan "seronok ditonton". KBS World, perkhidmatan penyiaran untuk tayangan antarabangsa disediakan oleh KBS, juga menayangkan episod yang telah diberi sarikata Bahasa Inggeris (kebiasaannya 2-4 minggu selepas siaran asal) bermula pada episod 35 dengan tajuk 2 Days and 1 Night.

Disebabkan 1 Night 2 Days telah diterima dengan baik, KBS Joy melancarkan versi wanita 1 Night 2 Days bertajuk 다녀오겠습니다. Musim pertama disiarkan antara 12 Januari 2009 dan 29 April 2009. Ahli - ahli musim pertama adalah pelawak wanita Kim Sook, Kim E-Z (bekas ahli Baby V.O.X.), Jeong Jung-ah, Bronwyn Mullen (etnik Afrikaaner dan ahli dalam rancangan hiburan Global Talk Show), Polina Lipina (etnik Rusia dan ahli rancangan hiburan Global Talk Show), dan Kim Ji Hye (ahli kumpulan girl group Cats). Musim kedua ditayangkan dari 3 Jun hingga 16 September 2009 dengan dua ahli dari musim pertama iaitu Kim Sook dan Kim E-Z, dan ahli baru, pelakon dan penyanyi Yoo Chae-yeong, pelakon filem Seo Young, pelawak Kwon Jin-young, dan Kang Ye-bin.

Kandungan[sunting | sunting sumber]

Permainan Bok-bul-bok[sunting | sunting sumber]

"Bok Bul Bok Game" (복불복), yang diterjemahkan kepada "nasib baik atau tidak" atau permainan peluang, adalah kaedah yang digunakan untuk menentukan siapakah yang mesti tidur di luar (di dlaam khemah) serta siapakah yang dapat menikmati makanan (makan tenghari atau makan malam, kebiasaannya sajian istimewa wilayah atau negeri di mana mereka lawati). Siapa yang kalah akan menerima nasib malang (tidur di luar atau berlapar sepanjang waktu makan) dan siapa yang menang akan diberikan hadiah (tidur di dalam bilik atau makanan). Ia adalah berdasarkan keputusan permainan - permainan berunsur bahasa seperti "Kung Kung Ta" (쿵쿵따), permainan dimana seseorang perlu menyebut perkataan yang tidak wujud dalam kosa kata Korea dan orang seterusnya akan menyebut perkataan baru yang juga tidak wujud dalam kosa kata Korea dengan menggunakan suku kata terakhir perkataan yang orang sebelumnya sebut atau permainan berunsur sukan seperti menimbang bola sepak. Tiga ahli pertama yang kalah dalam permainan ini akan diberikan hukuman seperti meminum air garam atau kicap atau memakan makanan yang aneh. Sebagai contoh, "Kkanari Eakjeott" (까나리 액젓) (sos ikan), "Myeolchi Eakjeott" (멸치 액젓) (sos ikan bilis), "Hwang-seo-geo-jeott" (황석어젓), "Buldak-sauce" (불닭 소스), "Wasabi" (고추냉이), "Cuka" (식초), dan lain-lain. Sekiranya mereka dapat mengatasi hukuman ini dengan baik (menelan semua makanan tanpa menunjukkan rasa sakit atau rasa tidak enak), mereka boleh terlepas daripada tidur di luar atau menerima makanan dan hadiah secara automatik, namun situasi ini jarang berlaku. Kim C dan ahli-ahli lain pernah menyatakan, "Sistem Bok Bul Bok adalah tidak adil dan gila" ("복불복 시스템은 완전 공정하지 않으며 미친 것이다") Also, MC Mong juga pernah berslogan di dalam perjalanan di Jeju do, "Bok Bul Bok Forever! As long as it's not me!" ("복불복이여 영원하라, 나만 아니면 돼!") Bok-bul-bok sememangnya signifikan dalam rancangan ini. Ini kerana keputusan permainan tidak dirancang terlebih dahulu pra-produksi. Ia dimainkan secara langsung semasa rakaman. Maka, permainan ini memberi rasa keghairahan kepada penonton kerana ketidak-jangkaan keputusan permainan ini.

Maraton Bok-bul-bok

Setiap musim panas rancangan ini akan menyiarkan episod istimewa dengan mengadakan maraton Bok-bul-bok. Pada hentian-hentian sepanjang maraton, permainan Bok-bul-bok akan diletakkan di mana pelari mesti memilih barang yang samada memberi mereka manfaat atau tidak. Antara barang-barang tersebut adalah sos ikan, kopi panas atau sejuk, air, air garam atau barang-barang lain. Dua ahli akan dibatalkan larian mereka dan menaiki trak untuk menjadi pengulas sehingga maraton itu tamat. Untuk maraton yang pertama kali, pemenang adalah Lee Seung-gi. Untuk maraton yang kedua kali, pemenang adalah Kim C yang memakai parka sehingga tamat maraton.

Pertandingan membaca musim luruh

Bagi setiap musim luruh pula, rancangan ini akan mengadakan pertandingan membaca. Ahli-ahli akan diberikan satu jam untuk mengulangkaji sebelum pertandingan bermula. Ahli yang kalah akan tidur di luar (kebiasaanya khemah).

Aturan tidur di dalam, luar & "luar-luar" (Indoor, outdoor and "out-outdoor")[sunting | sunting sumber]

Konsep ini pertama kali dilakukan semasa perjalanan ke Andong, North Gyeongsang apabila ahli-ahli dibahagikan kepada kumpulan YB and OB untuk menentukan lokasi tempat tidur mereka melalui permainan Bok-bul-bok. Pasukan OB telah memenangi permainan ini melalui permainan Jegichagi (제기차기), tetapi pasukan YB mendesak pasukan produksi untuk memberi mereka peluang bermain sekali lagi. Permainan yang sama diulangi, tetapi mereka bermian untuk diri sendiri. Dengan pasukan YB telah memenangi slot untuk tidur di luar, mereka bermain untuk mendapatkan lokasi tidur di dalam. Namun, jika mereka kalah, mereka perlu tidur di luar rumah (dalam beg tidur tanpa khemah). Lee Seung-gi, MC Mong dan Kim Jong-min menerima cabaran tersebut tetapi kalah dan terpaksa tidur di luar tanpa khemah. Kang Ho-dong memutuskan untuk menyahut cabaran permainan tersebut untuk menyelamatkan pasukan YB, tetapi kalah sebanyak dua kali dan terpaksa tidur di luar tanpa khemah juga. Seterusnya, Kim C memutuskan untuk mencuba semula, tetapi kalah juga dan terpaksa tidur di luar dengan khemah. Eun Jiwon dan Lee Soo-geun tidak menyahut cabaran tersebut dan masing-masing tidur di luar dan di dalam. Lokasi tidur ini juga amat signifikan dalam rancangan ini kerana lokasi tidur mereka yang luar biasa & mereka yang terpaksa tidur di luar juga tidak dirancang sebelum rakaman. Lokasi "tidur di luar" adalah berkhemah (seperti moto rancangan ini iaitu rancangan liar dan cuba untuk menggalakkan aktiviti perkhemahan). Namun, lokasi "tidur di luar" adalah amat luar biasa (atas air, atas gunung, atas salji dan pelbagai lokasi lain) dan ia dilakukan pada semua musim (musim panas, luruh, bunga dan sejuk).

Lagu bangun tidur (Wake-up song)[sunting | sunting sumber]

Lagu bangun tidur selalu dipilih untuk dimainkan di awal pagi sebagai "jam loceng" kepada ahli-ahli untuk bangun pagi dan melakukan misi pagi mereka. Lagu trot, "Please Endure" atau "Baemida" ("It's a Snake") yang dinyanyikan oleh Kim Hye-yeon adalah lagu bangun tidur pertama 1 Night 2 Days. "Please Endure" adalah lagu tentang ular, di mana lirik dan melodi yang berulang adalah tarikan utama lagu ini. Kemudian, versi remix lagu ini disiarkan pada 10 Februari 2008 sebagai lagu bangun tidur. Pada episod 24 Februari 2008, lagu berjudul "Wake-Up" digunakan. Sejak 23 Mac 2008 lagu-lagu bangun tidur dalam rancangan ini adalah kombinasi lagu-lahu ahli tetap dengan mencampurkan pelbagai bunyi di dalam melodinya. Sebagai contoh, single hit nyanyian MC Mong berjudul "Circus", boleh kedengaran atau lagu "Words I Couldn't Say" ("하지못한말") oleh Lee Seung-gi bercampur dengan teriakan Kang Ho-dong iaitu "Seung-Gi yah". Juga, suara-suara ahli-ahli tetap dan pasukan produksi dimasukkan ke dalam lagu-lagu bangun tidur, tetapi kebanyakannya adalah suara Kang Ho-dong. Kim Hye-yeon melakukan penampilan istimewa pada 31 Ogos 2008 menyanyikan "Please Endure" secara langsung untuk membangunkan ahli-ahli tetap yang telah memeranjatkan mereka. Dalam Musim Ketiga, pasukan produksi membuat misi dengan memilih lagu bangun tidur di mana mereka menyuruh Defconn dan Kim Jong-min melakukan persembahan lagu baru mereka dan meminta ahli-ahli lain untuk menilai dan memilih lagu mana satu yang terbaik untuk dijadikan lagu bangun tidur.

Misi Bangun Tidur (Wake-up mission)

Satu misi bangun tidur biasanya dilakukan pada pagi hari kedua semasa perjalanan mereka untuk menentukan tiga ahli yang dapat sarapan dan tiga ahli lagi tidak dapat sarapan. Antara misi-misi (tetapi tidak terhad kepada) adalah mengumpul bendera, mencari objek-objek tertentu, sembunyi-sembunyi dan sebagainya. Ahli-ahli biasanya dikejutkan dengan lagu ular, lagu nyanyian ahli-ahli sendiri atau lagu-lagu remix dengan ahli-ahli menjerit nama masing-masing. Misi bangun tidur mereka untuk episod bersiaran pada 16 November 2009 (the "3rd Severe Winter Camp Training" trip) dibatalkan kerana badai salji.

Latihan perkhemahan musim panas dan musim sejuk[sunting | sunting sumber]

Setiap musim, rancangan ini akan mengadakan latihan perkhemahan musim panas dan musim sejuk yang "teruk" di mana ahli-ahli tetap terpaksa menahan keadaaan kritikal semasa musim panas dan musim sejuk seperti membina khemah mereka sendiri dan membuat makanan sendiri (tanpa alatan), memandu dengan bumbung terbuka semasa musim sejuk atau memandu van dengan menutup semua tingkap dan tanpa penyaman udara semasa musim panas. Latihan musim sejuk telah diadakan sebanyak tiga kali manakala latihan musim panas telah diadakan sebanyak dua kali. Disebabkan rancangan ini berkonsep "extreme outdoor trip", latihan perkhemahan ini meniru latihan ketenteraan komando untuk membuatkan setiap ahli mampu berdikari dan bertahan hidup di dalam apa saja situasi atau lokasi.

Perjalanan Gaya Bebas[sunting | sunting sumber]

Kadang-kala, rancangan ini akan mengadakan perjalanan gaya bebas (freestyle trips) di mana seorang ketua akan dipilih mengetuai seluruh ahli tetap dan memutuskan lokasi perjalanan mereka. Pasukan produksi tidak membuat perancangan awal atau menyediakan jadual perjalanan dan logistik. Semuanya dilakukan sendiri oleh ahli-ahli tetap. Pasukan produksi hanya ikut setiap ahli dengan kamera. Ketua yang dipilih selalunya berasa terbeban kerana mereka bertanggungjawab untuk membuatkan perjalanan tersebut seronok, memastikan pasukan produksi mempunyai rakaman yang cukup untuk disiarkan dan menyediakan logistik untuk pasukan produksi kerana pasukan produksi juga tidak membuat perancangan untuk pasukan mereka. Ketua yang pertama untuk perjalanan ini adalah Eun Jiwon. Perjalanan ini dirakam selepas perkahwinan Lee Soo-geun. Eun Jiwon memutuskan lokasi perjalanan di tapak perkhemahan Nanji, berdekatan dengan Han River di Seoul. Walaupun ia memerlukan 5 minit untuk sampai di lokasi tersebut, perjalanan itu mengambil masa sejam untuk mereka. Perjalanan gaya bebas kedua diketuai oleh MC Mong, yang kemudiannya memberi tanggungjawab tersebut kepada Lee Seung-gi kerana terlalu membebankan. Lee Soo-geun dipilih menjadi ketua untuk perjalanan gaya bebas ketiga apabila penerbangan mereka ke Jeju do dibatalkan kerana cuaca buruk.

Untuk episod yang bersiaran pada 24 September 2014 (ep.357-358), ahli-ahli dibahagikan kepada tiga kumpulan, setiap kumpulan dibenarkan untuk melancong dan berjalan sendiri dan belajar tentang daerah Gunsan dan Jeollabuk-do. Mereka dibenarkan untuk menggunakan wang sebebasnya dan mengumpul data mereka sendiri.

Mencabar pasukan produksi[sunting | sunting sumber]

Pada episod yang bersiaran pada 31 Mei 2009, ahli-ahli tetap mencabar pasukan produksi di mana sekiranya ahli-ahli tetap menang, mereka dapat makan malam dan tidur di dalam dan pasukan produksi akan tidur di luar. Tetap, selepas bermain tiga permainan Bok-bul-bok, termasuk permainan ping pong, badminton, dan bolasepak, ahli-ahli tetap kalah dan pasukan produksi dapat makan malam. Pada episod bersiaran pada 27 September 2009, sekali lagi pasukan produksi dicabar oleh ahli-ahli tetap. Sekiranya pasukan produksi kalah, semua 80 orang ahli dalam pasukan produksi, termasuk pengurus dan penyelaras ahli-ahli tetap akan tidur di luar. Dengan sedikit nasib baik, ahli-ahli tetap berjaya mengalahkan pasukan produksi dengan memenangi dua daripada tiga permainan Bok-bul-bok. Antara permainan yang dimainkan mereka adalah permainan ping pong 3 mata, permainan bola sepak 3 mata, dan jumping rope. Pada masa yang sama, pasukan produksi dan ahli-ahli tetap bersetuju untuk bermain sesama sendiri pada hari pertama salji turun.

Pada episod yang bersiaran pada 20 Julai 2014, ahli-ahli tetap buat pertama kali dalam sejarah musim ketiga rancangan ini, memberontak terhadap pasukan produksi, lari dari pandangan pasukan produksi semasa perjalanan di lebuhraya dan kekal bersembunyi sehingga pasukan produksi bersetuju dengan permintaan ahli-ahli tetap.

Episod khas penonton[sunting | sunting sumber]

Rancangan ini juga mengadakan episod khas penonton pada Februari 2009, di mana pasukan produksi mengumpul 6 pasukan terdiri daripada penonton bersama-sama ahli-ahli tetap. Beribu permohonan daripada seluruh negara dihantar kepada KBS dan senarai terakhir dipilih sendiri oleh ahli-ahli tetap. Episod ini menjadi sangat popular dan pada Disember 2009, pasukan produksi mengumumkan episod khas penonton kedua akan diadakan pada Februari 2010 dan menyatakan telah menerima lebih 100,000 permohonan. Pada Ogos 2011, mereka telah mengadakan episod khas penonton yang ketiga di mana 100 orang penonton hadir antara umur 1 hingga 100 tahun, dengan tambahan orang tua berumur 102 tahun. Episod khas ini bertujuan untuk menghargai penonton setia rancangan ini yang merupakan rancangan hiburan utama terbitan KBS dan selalu mendapat kadar tontonan tinggi serta popular di negara-negara lain.

Ahli-ahli dan karakter[sunting | sunting sumber]

Semasa[sunting | sunting sumber]

Kim Jong-Min

Kim Jong-min bermula sebagai ahli asal bersama Kang Ho-Dong, Lee Soo-Geun dan Eun Jiwon. Kim Jong-min terpaksa meninggalkan rancangan ini untuk perkhidmatan khidmat tentera yang merupakan tanggungjawab wajib warganegara Korea Selatan. Beliau masih merakam rancangan ini sehingga detik terakhir (episod 18) sebelum pergi ke khidmat tentera. Beliau kembali ke rancangan ini sebagai ahli ketujuh selepas menghabiskan khidmat tentera pada Disember 2009. Beliau adalah satu-satunya ahli asal yang kekal hingga sekarang. Warna sari kata beliau adalah cyan.

Cha Tae-hyun

Rencana utama: Cha Tae-Hyun

Cha Tae-Hyun menjadi ahli dari episod pertama musim kedua selepas dicadangkan oleh penonton. Belia dianggap sebagai ketua tidak rasmi kepada ahli-ahli tetap lain pada musim ketiga.[11][12] Warna sari kata beliau adalah kuning air (beige).

Kim Joon-Ho

Rencana utama: Kim Jun-ho (pelawak)

Kim Joon-Ho adalah salah seorang ahli baru musim ketiga. Warna sari kata beliau adalah jingga (orange).

Defconn

Rencana utama: Defconn (rapper)

Defconn adalah salah seorang daripada empat ahli baru untuk musim ketiga. Beliau menyatakan ia adalah impian menjadi kenyataan tentang menjadi ahli tetap rancangan ini. Warna sari kata beliau adalah kuning.

Jung Joon-Young

Rencana utama: Jung Joon-young

Jung Joon-Young adalah salah seorang ahli baru dan yang termuda untuk musim ketiga. Beliau merupakan peserta dalam rancangan pertandingan nyanyian Superstar K4. Beliau kebiasaannya selalu mengambil gambar makanan dan lokasi rancangan ini untuk dimuat naik ke laman blog beliau. Beliau meninggalkan rancangan ini buat sementara waktu pada Oktober 2016 kerana skandal dengan bekas teman wanita beliau,[13] namun kembali selepas hampi 4 bulan. Warna sari kata beliau adalah hijau epal (apple green).

Yoon Shi-Yoon

Rencana utama: Yoon Shi-yoon

Yoon Shi-Yoon adalah ahli terbaru di musim ketiga; beliau menyertai rancangan ini sebagai pengganti Kim Joo-Hyuk semasa perjalanan ke-207. Warna sari kata beliau adalah hijau cair (light sea green).

Bekas Ahli[sunting | sunting sumber]

Kang Ho-Dong

Rencana utama: Kang Ho-dong

Kang Ho-Dong adalah penyampai utama (MC) untuk rancangan ini. Beliau telah memenangi dua Anugerah Utama (Daesangs) dari KBS Entertainment Awards hasil kerja beliau untuk rancangan ini. Sebelumnya, Ho-Dong menyertai rancangan versi awal 2 Days & 1 Night iaitu, Are You Ready, tetapi dibatalkan kerana kadar tontonan yang rendah. Pada 9 September 2011, beliau meninggalkan rancangan ini dan bersara dari industri hiburan kerana dakwaan mengelak dari membayar cukai, meninggalkan bilangan ahli tetap kepada lima orang.[14] Warna sari kata beliau adalah merah.

Lee Soo-geun

Rencana utama: Lee Soo-geun

Lee Soo-Geun adalah salah seorang ahli asal yang memulakan rancangan hiburan Are You Ready, rancangan perintis kepada 2 Days & 1 Night. Beliau merupakan MC utama pada musim kedua, mengambil alih kedudukan Kang Ho-dong. Pada 24 November 2013, beliau meninggalkan rancangan ini kerana terlibat dengan siasatan kecurigaan perjudian haram atas talian.[15] Warna sari kata beliau adalah kelabu.

Eun Jiwon

Rencana utama: Eun Jiwon

Eun Jiwon, seperti Kang Ho-Dong dan Lee Soo-Geun, adalah salah seorang ahli asal, yang memulakan rancangan hiburan Are You Ready (rancangan perintis kepada 2 Days & 1 Night) dan hadir pada setiap episod musim pertama. Beliau meninggalkan rancangan ini bersama Lee Seung-Gi pada 26 Februari 2012 dan kemudiannya kembali sebagai artis jemputan pada awal musim ketiga. Warna sari kata beliau adalah jingga.

Lee Seung-Gi

Rencana utama: Lee Seung-gi

Lee Seung-Gi menyertai rancangan ini semasa perjalanan mereka ke Pyeongchang, Gangwondo. Beliau menggantikan Noh Hong-chul yang meninggalkan rancangan ini kerana sebab perubatan. Dalam rancangan ini, beliau diberi gelaran "Heodang" oleh Kim C kerana selalu menjadi "kepala kosong". Beliau bersama Kim C dianggap sebagai yang bijaksana dalam kumpulan (terutama sekali dalam kuiz). Dalam satu undian mengenai rupa paras, Seung-gi mendapat tempat pertama, diikuti oleh Sanggeun. Beliau meninggalkan rancangan ini bersama Eun Jiwon pada 26 Februari 2012. Warna sari kata beliau adalah hijau laut (sea green).

Uhm Tae-Woong

Rencana utama: Uhm Tae-woong

Siaran pertama Uhm Tae-Woong adalah pada perjalanan ke-87 ke Yangyang, yang disiarkan pada 6 dan 13 Mac 2011. Sari kata Uhm Tae-woong adalah kuning.

MC Mong

Rencana utama: MC Mong

MC Mong menyertai rancangan ini pada episod 19-20 sebagai ganti kepada Kim Jong-min yang telah pergi untuk menyertai khidmat tentera. MC Mong adalah penggantian terakhir semasa musim pertama. MC Mong telah direhatkan dan tidak menyertai rakaman pada 17 September 2010 kerana penyiasatan yang telah dilakukan keatas beliau berkaitan dengan khidmat tentera. Penerbit-penerbit rancangan ini telah memutuskan bahawa penglibatan MC Mong akan ditangguhkan sehingga keputusan rasmi undang-undang diumumkan dan ahli-ahli lain akan meneruskan penggambaran seperti biasa. Mengambil kira perasaan dan pandangan penonton, episod yan g bersiaran pada 19 September 2010 akan menyunting MC Mong seminimum mungkin. Perjalanan ini bersiaran untuk satu episod sahaja (kebiasaannya ia mengambil dua episod). Mereka telah menyunting bahagian MC Mong sejak episod 12 September 2010. Kemudian, pada Disember 2010, KBS telah memutuskan yang MC Mong telah dilarang dari menyertai mana-mana siaran terbitan KBS.[16] Sari kata MC Mong adalah perang.

Kim C

Rencana utama: Kim C

Kim C menyertai sebagai ahli dalam perjalanan ke-6 (episod 13–14). Beliau adalah ganti kepada Ji Sang-Ryul, yang muncul dalam rancangan Family Outing 2, salah satu segmen Good Sunday terbitan SBS. Kim C tiada semasa perjalanan ke Geochang, South Gyeongsang kerana kematian bapa beliau. Beliau kemudian meninggalkan rancangan ini kerana mahu menumpukan lebih perhatian terhadap bidang muzik. Berdasarkan sumber, beliau pada awalnya mahu menginggalkan rancangan ini selepas penggambaran di Antartika, namun perjalanan tersebut telah dibatalkan yang menyebabkan niat beliau tergendala. Kim C telah berjumpa dengan penerbit-penerbit enam bulan sebelumnya untuk menyatakan niat beliau. Sebaliknya, ahli-ahli lain hanya menyedari niat Kim C untuk meninggalkan rancangan ini dua hari sebelum penggambaran terakhir Kim C dimana Kim C menelefon ahli-ahli lain kerana tidak mahu mengganggu suasana penggambaran dan hubungan yang telah terjalin.[17][18] Warna sari kata untuk Kim C adalah hijau limau (lime green).

Ji Sang-Ryul

Rencana utama: Ji Sang-ryeol

Ji Sang-Ryul adalah ahli pertama yang meninggalkan rancangan ini selepas tujuh episod (tiga klai perjalanan) kerana terikat dengan penggambaran drama Yi San terbitan MBC . Selepas beliau pergi, Kim Young-Chul dan Shin Ji, ahli Koyote adalah tetamu jemputan istimewa untuk dua episod sebelum Kim C menyertai dalam episod 13. Setahun kemudian, Ji Sang-Ryul muncul sebagai tetamu untuk episod ke-70. Beliau membawa tetamu-tetamu lain dalam episod ini iaitu Sangdon, seekor anjing, anak Sanggeun. Warna sari kata Ji Sang-Ryul adalah hijau dan ungu dalam episod Yesan.

Noh Hong-Chul

Rencana utama: Noh Hong-chul

Pengacara rancangan lawak Noh Hong-Chul meninggalkan rancangan ini selepas 14 episod kerana keletihan dan mahu menumpukan pada rancangan hiburan Infinite Challenge terbitan MBC .[19] Beliau digantikan pada episod seterusnya dengan penyanyi dan pelakon Lee Seung-Gi. Warna sari kata beliau adalah kuning.

Sanggeun

Rencana utama: Sanggeun

Sanggeun, yang telah meraih populariti adalah seekor anjing baka Great Pyrenees yang selalu menemani ahli-ahli dalam setiap perjalanan mereka. Nama sebenar Sanggeun adalah Herbie. Apabila Sanggeun membuat penampilan pertama dalam rancangan ini, beliau dinamakan sebagai "Sanggeun" oleh Ji Sang-Ryul. Sanggeun juga telah membuat penampilan dalam drama Madame Ahyundong terbitan MBC.[20] Umum mengetahui bahawa Sanggeun menerima Templat:SK won untuk setiap episod dalam rancangan ini. Dalam episod 16, satu tinjauan diadakan, dimana penonton yang datang untuk rakaman bunyi telah menilai ahli-ahli dengan menampal sticker pada ahli yang paling kacak pada pandangan penonton tersebut. Sanggeun mendapat tempat kedua, di belakang Lee Seung-Gi. Kerana tahap kesihatan Sanggeun yang semakin menurun, Sanggeun tidak hadir untuk tiga episod. Ji Sang-Ryul kemudiannya mengambil Sangdon, anak Sanggeun.

Kim Seung-Woo

Rencana utama: Kim Seung-woo

Beliau adalah salah seorang ahli baru untuk musim kedua dan paling tua dalam musim tersebut. Warna sari kata beliau adalah merah.

Joo Won

Rencana utama: Joo Won

Joo Won adalah salah seorang ahli baru untuk musim kedua dan yang paling muda. Warna sarikata beliau adalah merah jambu (hot pink).

Sung Si-Kyung

Rencana utama: Sung Si-kyung

Sung Si-Kyung adalah salh seorang ahli baru untuk musim kedua. Warna sari kata beliau adalah hijau laut.

Yoo Hae-Jin

Rencana utama: Yoo Hae-jin

Yoo Hae-Jin adalah ahli baru yang menggantikna Kim Seung-Woo pada Mac 2013. Warna sari kata beliau adalah merah.

Kim Joo-Hyuk

Rencana utama: Kim Joo-hyuk

Kim Joo-Hyuk adalah salah seorang ahli baru untuk musim ketiga. Beliau meninggalkan rancangan ini pada Disember 2015 kerana menerima tawaran-tawaran berlakon dan seterusnya memounyai jadual yang padat. Namun begitu, beliau masih lagi menampilkan diri untuk beberapa minit selepas keberangkatan beliau. Pada 30 Oktober 2017, Kim Joo-hyuk meninggal dunia keran terlibat dalam kemalangan jalan raya.[21] Rancangan ini kemudiannya menyiarkan episod istimewa pada 5 November 2017 untuk memberi penghormatan terhadap beliau, walaupun pada masa yang sama, rancangan tersebut terpaksa direhatkan kerana mogok kesatuan buruh oleh pekerja-pekerja KBS. Warna sari kata beliau adalah merah.

Pasukan/Bahagian[sunting | sunting sumber]

Pasukan/bahagian selalunya terjadi apabila seluruh ahli dibahagikan kepada dua pasukan dalam permainan Bok-bul-bok.

Lokasi-lokasi yang telah dilawati[sunting | sunting sumber]

Episod dan Penampilan Tetamu Undangan[sunting | sunting sumber]

Kadar Tontonan/Penilaian (Ratings)[sunting | sunting sumber]

Kritikan[sunting | sunting sumber]

Pada hari-hari awal rancangan ini, ia telah dibandingkan dengan rancangan hiburan Family Outing terbitan SBS dalam slot Good Sunday dan khususnya rancangan hiburan Infinite Challenge terbitan MBC kerana Noh Hong-chul terlibat dengan 1 Night 2 Days dan Infinite Challenge (yang disiarkan pada Sabtu dan Ahad). Ketiga-tiga rancangan ini adalah saingan sengit kerana ia disiarkan pada hari dan waktu yang hampir sama. [22] Namu, konsep ketiga-tiga rancangan ini adalah berbeza sama sekali. Konsep yang dipaparkan dalam 1 Night 2 Days adalah melancong bersama keluarga dan rakan-rakan, manakala Infinite Challenge adalah rancangan hiburan berasaskan cabaran dimana tujuh orang lelaki bersaing antara satu sama lain dalam permainan-permainan mancabar.[23]

Episod yang disiarkan pada 6 Julai 2008 menerima kritikan yang banyak dari penonton kerana babak merokok.[24] Semasa perjalanan ke Baekdusan, satu babak membabitkan MC Mong sedang merokok di dalam bas tidak disunting dan telah disiarkan. Pada tahun 2004, ketiga-ketiga stesen televisyen utama Korea Selatan, KBS, MBC dan SBS, bersetuju untuk menyunting dan tidak menyiarkan adegan atau babak merokok sebelum tengah malam.[25] Pengarah bahagian hiburan telah menyiarkan permohonan maaf rasmi pada 7 Julai kerana tidak menyunting dengan baik sehingga adegan tersebut tersiar dan berjanji kejadian ini tidak akan berulang.[26][27] Kejadian ini juga telah menyebabkan kegilaan di kalangan peminat MC Mong kerana beliau telah berjanji untuk berhenti merokok di dalam sebuah rancangan lain sebelum tersiarnya episod 6 Julai 2008.

Penonton membantah tentang adegan ganas pada episod 51, yang bersiaran pada 20 Julai 2008. Adegan tersebut adalah gurauan yang dibuat oleh Kang Ho-dong dan Kim C dimana mereka berpura-pura bergaduh untuk menipu penerbit yang baru menyertai pasukan produksi rancangan ini. Pasukan produksi menyatakan bahawa pergaduhan itu adalah tidak sengaja dan ia meninggalkan kenangan terindah kepada mereka.[28]

Pada episod 53, yang bersiaran pada 3 Ogos 2008, penonton menyedari terdapat kesilapan pada kapsyen apabila satu kawasan di Inje, Gangwondo telah salah tajuk. Di atas bantahan penonton, pasukan produksi telah menyiarkan permohonan maaf rasmi di laman sesawang Happy Sunday.[29][30]

Satu lagi kontroversi terbit apabila pada episod 19 September 2008, yang dirakam semasa perlawanan besbol antara Lotte Giants & Doosan Bears. Salah satu isu adalah pasukan produksi dan ahli-ahli telah menduduki sebahagian besar tempat duduk (50 tempat duduk). Isu lain adalah pasukan produksi tidak membenarkan orang awam yang memegang tiket rasmi untuk pergi ke tempat duduk mereka. Pasukan produksi menjelaskan tindakan tersebut adalah untuk memastikan keselamatan ahli-ahli dan mereka tidak bermaksud untuk menghalang orang awam untuk pergi ke tempat duduk mereka.[31] Pada hari perlawanan tersebut disiarkan, SBS Sports menyatakan bahawa pasukan 1 Night 2 Days membawa suasana positif kepada orang Busan. Sebaliknya, MBC ESPN mempunyai komen negatif terhadap pasukan 1 Night 2 Days.[32]

Kontroversi seterusnya adalah semasa episod yang bersiaran pada 21 September 2008. Adegan-adegan Lee Soo-geun merokok di kampung telah terakam dan disiarkan.[33]

Pada episod yang bersiaran pada 7 Disember 2008, lebih banyak adegan minum arak dan merokok tersiar. Ia dianggap tidak sesuai untuk keluarga menontonnya bersama kanak-kanak.[34]

Lebih banyak kontroversi terbit selepas episod bertarikh 15 Mac 2009 bersiaran. Telah dikatakan Kang Ho-dong telah menyebut kutukan "XX-bitch" dalam salah satu adegan. Tetapi pasukan produksi menafikan yang Kang Ho-dong menyebut perkataan tersebut dan ia adalah bunyi-bunyi bising dalam kereta.[35]

Satu lagi kontroversi apabila pengurus MC Mong Lee Heon-suk, menyebut "육사시미", apabila terdapat perkataan lain yang lebih baik dan mempunyai makna yang sama dalam bahasa Korea.[36]

Dalam episod yang bersiaran pada 4 Oktober 2009, ahli-ahli telah bertemu dengan Yoon Tae-woong yang menjadi ring-boy pada majlis pembukaan 1988 Summer Olympics semasa mereka sednag mendaki gunung. Penonton telah menulis di laman sesawang rancangan ini yang kejadian tersebut telah dirancang terlebih dahulu dan ia bukanlah suatu kebetulan.[37]

Satu lagi kontroversi timbul apabila Lee Seung-gi telah mempromosikan arak yang beliau telah menjadi duta secara tidak langsung apabila beliau sedang memasak resepi ayam menggunakan arak dalm episod bersiaran pada 11 November 2009. Walaupun jenama arak tersebut telah dikaburkan, namun, nama arak tersebut masih jelas kelihatan.[38]

Kontroversi kapsyen kedua berlaku pada episod yang bersiaran pada 15 November 2009. Pasukan produksi telah memohon maaf pada laman sesawang rancangan ini. Untuk tayangan ulangan episod ini, kapsyen yang salah telah dibetulkan.

Pada 9 Mar 2010, pasukan produksi dan semua ahli rancangan ini akan pergi ke Antarctica untuk melawat King Sejong Station. Pandangan penonton bercampu-baur, dengan sebahagian menyatakan ia adalah pengalaman yang menarik dan ada juga yang berpandangan agar mereka jangan pergi.[39] Walau bagaimanapun, pasukan produksi tetap merancang untuk bertolak pada 9 Mar untuk memulakan penggambaran. Sebahagian kecil pasukan produksi telah bertolak pada Februari ke Chile untuk membuat persediaan awal, tetapi mereka tidak mempunyai pilihan dan pulang ke Korea Selatan selepas berada di Chile selama seminggu. Ia adalah kerana taufan salji yang menghalang mereka untuk menaiki penerbangan ke Antartika dari Chile. Pasukan produksi telah membeli kamera HD baru, peralatan pencahayaan dan mikrofon untuk merakam keindahan Antartika dan memberikan resolusi terbaik kepada penonton. Namun, kerana gempa bumi yang berlaku di Chile pada 27 Februari 2010, pasukan produksi terpaksa mencari laluan alternatif ke Antartika. Malangnya, pasukan produksi akhirnya mengumumkan yang perjalanan tersebut dibatalkan.[40][41]

Respons media dan sambutan[sunting | sunting sumber]

Pada 27 Disember 2008, di KBS Entertainment Awards 2008, semua ahli hadir di majlis tersebut dan menyampaikan lagu "No Matter What" dendangan Park Sang-chul. Rancangan ini membawa pulang lima anugerah - Pendatang Baru Terbaik (Hiburan), Penulis Rancangan Hiburan Terbaik, Anugerah Populariti, Program Pilihan Penonton dan Anugerah Utama (Daesang).[42] Dalam kategori Anugerah Populariti, tiga daripada empat pencalonan adalah dari rancangan ini iaitu Eun Jiwon, MC Mong, dan Lee Seung-gi, di mana Lee Seung-gi yang memenangi anugerah ini. Program Pilihan Penonton dipilih berdasarkan undian penonton melalui kaji selidik dan SMS. Happy Sunday memperoleh undian sebanyak 108.3%, dan mengikuti mereka dari belakang denagn undian sebanyak 40.3% adalah rancangan Happy Together (Gag Concert dengan 33.1% undian, A Chat with Beauties dengan 12.9% undian dan rancangan Sang Sang Plus dengan 5.3% undian).[43][44]

Musim ketiga rancangan ini menerima respons yang lebih positif. Episod pertama musim ketiga menerima kadar tontonan yang amat tinggi iaitu 14.3% apabila ia mula bersiaran pada Disember 2013.[1] Pada akhir 2014, segmen Happy Sunday (rancangan 1 Night 2 Days dan The Return of Superman) mempunyai kadar tontonan sebanyak 17.9%, diikuti oleh segmen Good Sunday terbitan SBS (rancangan K-pop Star 4 dan Running Man) dengan kadar tontonan 12.1% dan segmen Sunday Night terbitan MBC (7.8%) dengan rancangan Real Men dan Dad, Where Are You Going?[45] Pada Mar 2015, segmen Happy Sunday terbitan KBS berada di tempat pertama untuk kadar tontonan pada 14.7%, mengalahkan segmen Good Sunday terbitan SBS (rancangan Running Man dan Take Care Of My Dad) dengan kadar tontonan sebanyak 11.1% dan segmen Sunday Night terbitan MBC (rancangan Animals and Real Men) dengan kadar tontonan sebanyak 8.4%.[46]

Single Digital[sunting | sunting sumber]

Satu lagu single digital telah dikeluarkan pada 29 Mar 2010 dan mula kedengaran di episod 135, yang bersiaran pada 28 Mar 2010. Judul lagu adalah "Let's Go Paradise" yang dinyanyikan oleh Gil Hak-mi (peserta dalam rancangan mencari bakat terbitan Mnet, Superstar K Season 1) dan Han Bora (dari AB Avenue).

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Penerima Ref
2007 KBS Entertainment Awards ke-6 Anugerah Penghibur Terbaik Lee Soo-geun
(2 Days & 1 Night Season 1, Gag Concert "We Need Conversations")
[47]
Anugerah Kecemerlangan Sudut Idea (Top Excellence Idea Corner Award) 2 Days & 1 Night Season 1
2008 Anugerah Produser Korea Ke-20 (20th Korean PD Awards) Pengacara Terbaik Kang Ho-dong [48]
Baeksang Arts Awards ke-44 Grand Prize (Daesang) - Kategori TV Kang Ho-dong [49][50]
Anugerah Penyiaran Korea Ke-35 (35th Korea Broadcasting Awards) Program TV Terbaik (Hiburan) Happy Sunday [51]
Anugerah Seni Hiburan Korea Ke-15 (15th Korea Entertainment Art Awards) Pelawak Terbaik Lee Soo-geun [52][53]
Program Terbaik 2 Days & 1 Night Season 1
KBS Entertainment Awards Ke-7 Grand Prize (Daesang) Kang Ho-dong [54]
Penulis Rancangan Hiburan Terbaik Lee Woo-jung [55][56]
Pendatang Baru Terbaik (Rancangan Hiburan) (Best Newcomer in a Variety Show) Lee Soo-geun
Anugerah Populariti (Top Popularity Award) Lee Seung-gi
Program Pilihan Penonton (Viewer's Choice Program) Happy Sunday
2009 Anugerah Produser Korea Ke-21 (21st Korean PD Awards) Rancangan Hiburan Terbaik 2 Days & 1 Night Season 1 [57][58]
Anugerah Penyiar Korea Ke-10 (10th Korean Broadcasters' Awards) Program Terbaik Yang Dihasilkan (Best Produced Program) 2 Days & 1 Night Season 1 [59]
KBS Entertainment Awards Ke-8 Grand Prize (Daesang) Kang Ho-dong [60]
Anugerah Cemerlang, Pengacara Lelaki untuk Rancangan Hiburan (Excellence Award, Male MC in a Variety Show) Lee Soo-geun
(2 Days & 1 Night Season 1, Sang Sang Plus Season 2)
Program Pilihan Penonton (Viewer's Choice Program) Happy Sunday
2010 Ministry of Culture, Sports and Tourism Plak Penghargaan
(disampaikan oleh Yu In-chon)
2 Days & 1 Night Season 1 [61]
Korea Tourism Awards 2010 Bahagian Merit (Merit Division) 2 Days & 1 Night Season 1
KBS Entertainment Awards Ke-9 Anugerah Penghibur (Top Entertainer Award) Eun Jiwon
(2 Days & 1 Night Season 1, Crisis No. 1)
[62]
Anugerah Cemerlang, Pengacara Lelaki untuk Rancangan Hiburan (Excellence Award, Male MC in a Variety Show) Lee Soo-geun
Anugerah Cemerlang Terbaik, Pengacara Lelaki untuk Rancangan Hiburan (Top Excellence Award, Male MC in a Variety Show) Lee Seung-gi
Program Pilihan Penonton (Viewer's Choice Program) Happy Sunday
2011 Anugerah Penyiaran Korea Ke-38 (38th Korea Broadcasting Awards) Program TV Hiburan Terbaik (Best Entertainment TV Program) 2 Days & 1 Night Season 1
KBS Entertainment Awards Ke-10 Grand Prize (Daesang) Lee Soo-geun
Lee Seung-gi
Eun Jiwon
Kim Jong-min
Uhm Tae-woong
[63][64][65][66]
Anugerah Penghibur (Top Entertainer Award) Uhm Tae-woong
2012 KBS Entertainment Awards Ke-11 Penulis Rancangan Hiburan Terbaik (Best Variety Show Writer) Choi Jae-yeong [67]
Pendatang Baru Terbaik untuk Rancangan Hiburan (Best Newcomer in a Variety Show) Joo Won
Anugerah Penghibur (Top Entertainer Award) Cha Tae-hyun
Anugerah Cemerlang Terbaik, Pengacara Lelaki untuk Rancangan Hiburan (Top Excellence Award, Male MC in a Variety Show) Kim Seung-woo
(2 Days & 1 Night Season 2, Win Win)
2013 KBS Entertainment Awards Ke-12 Grand Prize (Daesang) Kim Jun-ho [68]
Anugerah Cemerlang Lelaki Terbaik (Male Top Excellence Award) Cha Tae-hyun
2014 KBS Entertainment Awards Ke-13 Pendatang Baru Terbaik untuk Rancangan Hiburan (Best Newcomer Award in a Variety Show) Kim Joo Hyuk [69]
Anugerah Cemerlang Terbaik untuk Rancangan Hiburan (Top Entertainer Award in a Variety Show) Jung Joon-young
Anugerah Cemerlang Lelaki untuk Rancangan Hiburan (Male Excellence Award in a Variety Show) Defconn
2015 KBS Entertainment Awards Ke-14 Penghibur Terbaik - Kategori Hiburan Kim Joo Hyuk [70] Menang
Anugerah Cemerlang Tertinggi - Kategori Hiburan (High Excellence Award – Variety Category) Kim Jong-min Menang
Program Terbaik Pilihan Penonton (Viewers' Choice Best Program) 2 Days & 1 Night Season 3 Menang
2016 Anugerah Penyiaran Korea ke-43 (43rd Korean Broadcasting Grand Prize awards) Rancangan Hiburan Terbaik (Best Variety Show) [71] Menang
15th KBS Entertainment Awards Grand Prize (Daesang) Kim Jong-min [72] Menang
Program Terbaik Pilihan Penonton (Viewers' Choice Best Program) 2 Days & 1 Night Season 3 Menang
Anugerah Pendatang Baru untuk Rancangan Hiburan (Rookie Award in a Variety Show) Yoon Shi-yoon Menang
Anugerah Penulis Skrin/Lakonlayar Terbaik (Best Screenwriter Award) Jung Sun-young Menang

Lihat[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "The new '1 Night 2 Days' jumps to #1 in Sunday night ratings | allkpop.com". Dicapai 2015-08-17. 
  2. ^ (Korea) 이지훈, "내가 거절한 '1박 2일' 대박 배아파" My Daily. May 28, 2008. Retrieved August 24, 2009.
  3. ^ Lee, Hyo-won (September 13, 2011). "Programs under threat as nation's funnyman retires". The Korea Times. Diarkibkan daripada yang asal pada July 3, 2013. Dicapai June 30, 2013. 
  4. ^ "Kim Joo-hyuk's Unforgettable On-Screen Appearances | Viu". Viu (dalam bahasa Inggeris). 2017-11-13. Dicapai 2017-11-14. 
  5. ^ http://www.soompi.com/2015/11/22/kim-joo-hyuk-to-leave-2-days-1-night-after-two-years
  6. ^ Yoon Si Yoon is the new member of '1 Night 2 Days'!, allkpop
  7. ^ Ankita Mehta (September 29, 2016). "Jung Joon Young leaves 2 Days & 1 Night show; production team says 'unfavourable scandal has given many viewers trouble'". IBTimes India. Diarkibkan daripada asal pada November 2, 2016. Dicapai November 2, 2016. 
  8. ^ (Korea) 김두연 (January 7, 2017). "'1박2일' 측, "정준영 정식 복귀...어제(6일) 합류" [공식]". 스포츠한국. Dicapai January 8, 2017. 
  9. ^ "10th Anniversary Songs". 
  10. ^ Shim, Jae-geol (January 1, 2017). "'1박2일' 김종민, 대상 기념 상의 탈의 새해 인사" (dalam bahasa Korean). Spotvnews.co.kr. Dicapai January 3, 2017. 
  11. ^ '‘해피투게더3’ 차태현, ‘1박 2일’ 리더된 이유? “돈 벌이가 가장 좋다” (dalam bahasa Korean). Tenasia.com. March 17, 2016. Dicapai July 8, 2016. 
  12. ^ '아는 형님' 김종민 "강호동 떠난 '1박 2일', 대장은 차태현" (dalam bahasa Korean). XPORTSNEWS.com. July 1, 2016. Dicapai July 8, 2016. 
  13. ^ Jung Joon-Young's blog
  14. ^ (Korea) http://imnews.imbc.com/news/2011/culture/article/2923596_8434.html September 9, 2011. Retrieved September 9, 2011
  15. ^ "Archived copy". Diarkibkan daripada asal pada December 6, 2013. Dicapai 2013-12-08. 
  16. ^ (Korea) '1박2일', MC몽 촬영분 2회→1회로 축소 방송[pautan putus] SPN. September 14, 2010. September 17, 2010.
  17. ^ (Korea) 김C하차 "멤버들 몰랐다" 본인이 직접 전화 눈물바다… ‘1박 2일’ 나영석 PD 일문일답 . Sports DongA. May 12, 2010. Retrieved May 31, 2010.
  18. ^ (Korea) 김C "'1박2일' 형제들과 추억갖고 기쁘게 떠난다" Star News.May 12, 2010. Retrieved May 31, 2010.
  19. ^ (Korea) 노홍철, '1박2일'에서 하차…무한도전 올인? Diarkibkan March 8, 2012, at Archive.is 매일경제. November 3, 2007. Retrieved August 24, 2009.
  20. ^ (Korea) '1박2일' 상근이, 알고보니 '아현동마님' 설국이 Star News. February 7, 2008. Retrieved February 21, 2010.
  21. ^ "South Korean actor Kim Joo Hyuk killed in traffic accident in Gangnam".  The Strait Times. October 30, 2017. Retrieved November 5, 2017.
  22. ^ (Korea) [뚜껑뉴스] 예능, 모방과 트렌드 사이에서 Y-Star. June 19, 2008. Retrieved September 7, 2009. Archived September 9, 2009.
  23. ^ (Korea) 1박2일 PD "야외취침 거부할까봐 조마조마했다" Diarkibkan September 9, 2009, at WebCite The Hankyoreh. April 9, 2008. Retrieved September 7, 2009. Archived September 9, 2009.
  24. ^ (Korea) 시아경제신문, '1박2일 제작진, MC몽 흡연장면 공식사과' Asia Economy. July 7, 2008. Retrieved September 7, 2009.
  25. ^ (Korea) 1박2일 MC몽 담배 '징계설 모락' DongA. July 8, 2008. Retrieved September 7, 2009.
  26. ^ (Korea) 방통심의위, '1박 2일' 흡연장면 지도조치만 하기로 My Daily. July 15, 2008. Retrieved September 7, 2009.
  27. ^ (Korea) '방통심의위, '1박2일' 흡연 장면 방송에 행정지도 처분' July 15, 2008. Retrieved September 7, 2009.
  28. ^ (Korea) '1박2일' 신입PD "'몰카' 환영식, 좋은 추억될 듯" Star News. July 22, 2008. Retrieved September 7, 2009.
  29. ^ (Korea) '1박2일' 자막오류…제작진 사과문 게재 '1박2일' 자막오류…제작진 사과문 게재 Diarkibkan July 21, 2011, di Wayback Machine. Sports Seoul. August 4, 2008. Retrieved September 7, 2009.
  30. ^ (Korea) '1박2일' 자막오류…제작진 사과문 게재 Diarkibkan July 21, 2011, di Wayback Machine. Sports Seoul. August 4, 2008. Retrieved February 22, 2010.
  31. ^ (Korea) '1박2일 사직야구장 점령, 네티즌에 몰매' Dailian. September 21, 2008. Retrieved September 7, 2009.
  32. ^ (Korea) '1박2일 바라보는 두 스포츠 방송사 '비판 vs 호의' 극명한 해설 눈길' Newsen. September 21, 2008. Retrieved September 7, 2009.
  33. ^ (Korea) '1박2일' 배추밭서 흡연? 또다시 담배논란 TV Report. September 24, 2009. Retrieved February 22, 2010.
  34. ^ (Korea) '1박2일', 음주연기와 노래미 포획 시청자들 '지적' AsiaE. December 7, 2008. Retrieved February 22, 2010.
  35. ^ (Korea) '1박2일' 잇따른 구설 '곤욕' … 이번엔 '당근 발언' 논란' DC News. March 18, 2009. Retrieved February 22, 2010.
  36. ^ (Korea) '1박2일' 비방송용어 '육사시미' 사용 논란 Diarkibkan July 8, 2009, di Wayback Machine. JK News. July 5, 2009. Retrieved February 22, 2010.
  37. ^ (Korea) 1박2일, '굴렁쇠 소년' 출연이 연출된 상황? BNT News. October 7, 2009. Retrieved February 22, 2010.
  38. ^ (Korea) 이승기, 맥주 간접 광고논란 Diarkibkan November 5, 2009, di Wayback Machine. Art News. November 2, 2009. Retrieved February 22, 2010.
  39. ^ (Korea) '1박2일', 3월 남극行 놓고 네티즌 찬반대립 '팽팽' Joy News. January 24, 2010. Retrieved February 22, 2010.
  40. ^ (Korea) 1박2일 남극행 칠레지진에 유보 공식발표 "그간 타 방송국 PD들의 배려에 특별히 감사" Newsen. March 3, 2010. Retrieved March 5, 2010.
  41. ^ (Korea) '1박2일' 제작진, 남극행 취소로 세종과학기지 대원님들께 사과 Diarkibkan March 9, 2010, di Wayback Machine. Sisa Seoul. March 3, 2010. Retrieved March 5, 2010.
  42. ^ (Korea) 2008 KBS 연예대상, '1박2일' 5관왕 독무대(종합) Joy News. December 28, 2008. Retrieved December 28, 2008.
  43. ^ (Korea) '해피선데이', KBS 연예대상 최고의 프로그램상 Joy News. December 28, 2008. Retrieved December 28, 2008.
  44. ^ (Korea) '해피선데이', 시청자가 뽑은 최고의 프로그램상 수상(KBS 연예대상) My Daily. December 28, 2008. Retrieved December 28, 2008.
  45. ^ "KBS "Happy Sunday" ("Superman Returns" & "1 Night 2 Days") Nearing 20% in Ratings". Soompi. Dicapai 2015-08-17. 
  46. ^ "KBS' "Happy Sunday" Variety Shows Dominate Ratings for 25 Straight Weeks". Soompi. Dicapai 2015-08-17. 
  47. ^ (Korea) 2007연예대상 KBS. Retrieved April 26, 2008.
  48. ^ TV Producers Pick the Year’s Favorites KBS World. February 29, 2008. Retrieved April 26, 2008.
  49. ^ (Korea) 제44회 백상예술대상, 추격자ㆍ강호동 대상 수상 Diarkibkan March 18, 2009, di Wayback Machine. Han Kyung. April 24, 2008. Retrieved April 26, 2008.
  50. ^ The 44th PaekSang Arts Awards Sparkles with Stars KBS World. April 24, 2008. Retrieved April 26, 2008.
  51. ^ (Korea) http://www.mydaily.co.kr/news/read.html?newsid=200809031630471112&ext=na '해피선데이' , 연예오락TV상 수상[한국방송대상] My Daily. September 3, 2008. Retrieved January 6, 2010.
  52. ^ (Korea) '1박2일' "앞으로도 독한 프로그램으로 웃음드릴 것" Star News. November 12, 2008. Retrieved November 12, 2008.
  53. ^ (Korea) 이수근 "희극인상 수상과 아들 100일, 겹경사 맞았다" Diarkibkan July 26, 2011, di Wayback Machine. Han Kyung. November 11, 2008. Retrieved November 12, 2008.
  54. ^ Han, Sang-hee (December 28, 2008). "Kang Wins Grand Prize for KBS Entertainment". The Korea Times. Diarkibkan daripada asal pada July 5, 2013. Dicapai July 3, 2013. 
  55. ^ (Korea) 2008연예대상 KBS. Retrieved December 28, 2008.
  56. ^ (Korea) 강호동, 눈물의 대상 수상..."재석아, 내가 받아도 되나" Sports Chosun. December 28, 2008. Retrieved December 28, 2008.
  57. ^ (Korea) 나영석 PD, 시청자들에게 재미와 감동을! MK. March 6, 2009. Retrieved March 6, 2009.
  58. ^ (Korea) '1박2일' PD대상 작품상 수상 "웃음과 위안 드릴 수 있는 프로그램 만들 것" Newsen. March 6, 2009. Retrieved March 6, 2009.
  59. ^ (Korea) 이명한PD "'1박2일'통해 시청자와 소통 배워" Star News. December 15, 2009. Retrieved December 23, 2009.
  60. ^ (Korea) 강호동·1박2일, '2009 KBS 연예대상' 최고 수혜자 Newsis. December 27, 2009. Retrieved December 27, 2009.
  61. ^ (Korea) '1박2일'제작팀, 한국의 숨은 관광지 소개로 문광부 '감사패' TV Daily. January 4, 2010. Retrieved January 6, 2010.
  62. ^ Choi, Jun-yong (December 27, 2010). "Lee Kyung-kyu wins grand prize at KBS Entertainment Awards". 10Asia. Dicapai July 3, 2013. 
  63. ^ "Two Days and One Night awarded with grand prize at KBS Entertainment Awards". 10Asia. December 26, 2011. Dicapai July 3, 2013. 
  64. ^ Oh, Mi-jung (December 25, 2011). "Who Took Home the Grand Prize at the 2011 KBS Entertainment Awards?". enewsWorld. Diarkibkan daripada yang asal pada July 3, 2013. Dicapai June 30, 2013. 
  65. ^ Park, Min-young (December 25, 2011). "One Night, Two Days team wins unexpected grand prize". The Korea Herald. Diarkibkan daripada yang asal pada July 5, 2013. Dicapai July 3, 2013. 
  66. ^ "1 Night, 2 Days takes grand prize". Korea JoongAng Daily. December 26, 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada July 3, 2013. Dicapai June 30, 2011. 
  67. ^ "Isubs-Squad.com". www.isubs-squad.com. Dicapai 2015-11-22. 
  68. ^ "Winners and Performances from the 2013 KBS Entertainment Awards". Soompi. Dicapai 2015-11-22. 
  69. ^ "Yoo Jaesuk, Yoo Inna, 'Superman is Back' and more win at the 2014 KBS Entertainment Awards". Allkpop. December 2014. Dicapai November 21, 2015. 
  70. ^ "2015 KBS Entertainment Awards: Who Are the Big Winners of the Night?". Soompi. Dicapai 2015-12-26. 
  71. ^ notclaira (2016-09-02). "Winners Of "43rd Korean Broadcasting Grand Prize" Awards Announced". Soompi. Dicapai 2016-09-02. 
  72. ^ "Winners Of 2016 KBS Entertainment Awards". Soompi. December 24, 2016. Dicapai December 26, 2016. 

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]

Anugerah dan pencapaian
Didahului oleh
Happy Sunday
Korea Entertainment Art Awards
2008
Diikuti oleh:
Quiz to Change the World
Didahului oleh
Happy Sunday
KBS Entertainment Awards for Best Program Award
2010
Diikuti oleh:
n/a

Templat:Happy Sunday Templat:1 Night 2 Days Templat:KBS2 Programs Templat:KBS Entertainment Shows Templat:Paeksang Arts Award Grand Prize Television