Eyang Subur

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Eyang Subur

Eyang Subur (lahir 12 Disember 1946 di Jombang, Indonesia, lebih dikenali dengan panggilan Subur) ialah peramal kontroversi daripada Indonesia kerana mengkahwini 9 isteri yang diharamkan dalam agama Islam. Selain itu, ia dilaporkan oleh Adi Bing Slamet kepada Majlis Ulama Indonesia (MUI) kerana telah membuka amalan shamanisme yang bertentangan dengan Islam. Pada bulan April 2013, ia dilaporkan kepada bekas penganutnya, disebabkan beberapa tuduhan yang dikenakan ke atasnya, iaitu bertentangan dengan Islam, terutamanya dengan meletakkan Nabi Muhammad s.a.w. di bahagian bawahnya iaitu mengkahwini 9 isteri sehingga ajarannya diharamkan dalam Islam.

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Tokoh kontroversi daripada Indonesia ini mengkahwini 9 isteri dan membuka amalan shamanisme yang bertentangan daripada akidah Islam. Sehingga, ajaran Subur sesat dan haram untuk dihampiri.

Mengkahwini 9 isteri[sunting | sunting sumber]

Eyang Subur telah berkahwin 25 kali dan sehingga 2013 ada 8 yang kekal bertahan. Ajarannya sesat dan diharamkan kerana hanya akan merosak akidah umat Islam. Oleh kerana itu, Eyang Subur dilaporkan oleh Adi Bing Slamet dan Arya Wiguna kepada Majlis Ulama Indonesia dan mengharamkan ajaran Eyang Subur.

Bertentangan dengan Islam[sunting | sunting sumber]

Eyang Subur menerima tetamu daripada pelbagai kalangan yang kemudian bertanya nasihat, berkaitan isu hidup dan rezeki. Namun oleh Adi Bing Slamet dan Arya Wiguna, amalan shamanisme Eyang Subur bertentangan dengan Islam.

Demi Tuhan[sunting | sunting sumber]

Arya Wiguna yang benci terhadap hal itu mengutuk tindakan Eyang Subur yang bertentangan dengan akidah Islam kerana mengkahwini 9 isteri dan amalan shamanisme yang menyesatkan. Arya Wiguna dan Adi Bing Slamet ingin membuat tindak balas dengan melancarkan gerakan "Demi Tuhan" melalui pidato yang amat popular, berikut ini :

Subur, saya tahu nama kamu, Khusnan, Khusnanu, Fulfu Subur alias Ki Ireng.
Subur! Lihat muka saya! Saya tidak takut! Saya tahu di belakang kamu siapa! Pasukanmu sudah saya ambil semua!
Ini gaya kamu kan! Kamu punya senjata ini! Kamu punya senjata ini, saya pakai sekarang melawan kamu semua, buktikan kawan-kawan!
Ini senjata kamu kan! Mati kamu Subur! Kamu akan hancur, sehancur-hancurnya!
Demi Tuhan!

(Subur, saya dah tahu siapakah namamu, Khusnan, Khusnanu, Fulfu Subur atau Ki Ireng.
Subur! Nampak wajah saya! Saya tak takut! Saya tahu siapa di sebalik kamu! Penganutmu semua telah saya miliki!
Ini gaya kamu! Kamu ada senapang ini! Kamu ada senapang ini, saya gunakan kini nak melawan kamu semua, buktikan kawan-kawan!
Ini senapang kamu! Habislah kamu Subur! Kamu akan rosak, serosak-rosaknya!
Demi Tuhan!)

Filem[sunting | sunting sumber]

Eyang Subur sedang membuat projek filem yang dilakonkan oleh Reza Rahadian yang pula melakonkan Baharuddin Jusuf Habibie.

Lihat pula[sunting | sunting sumber]