Ezzah Aziz Fawzy

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Ezzah Aziz Fawzy
KelahiranEzzah binti Abdul Aziz Fawzy
(1963-08-11) 11 Ogos 1963 (umur 56)
Kluang, Johor, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
KediamanKuala Lumpur
Pusat pendidikanUniversiti Negeri Indiana, Amerika Syarikat
PekerjaanPenyampai berita, pengacara televisyen, penerbit televisyen
Tahun aktif1988–kini
PasanganAhmad Rezal Mohd Esa
Anak5

Ezzah Haji Abdul Aziz Fawzy (lahir 11 Ogos 1963) ialah seorang pembaca berita dan pengacara rancangan televisyen di Malaysia. Beliau terkenal dengan hasil kerjanya di kaca televisyen terutama di rangkaian TV3.[1]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Ezzah telah berkahwin dengan Ahmad Rezal Mohd Esa iaitu rakan sekampus ketika dia menuntut di Universiti Indiana State, Amerika Syarikat, dan dikurniakan 5 orang anak iaitu Fatin Rezal, Akif Rezal, Amanna Rezal, Farhan Rezal, dan Alya Rezal.[2]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau mula berkecimpung dalam dunia hebahan di kaca televisyen pada 1988 dan wajah beliau terkenal sebagai pembaca berita untuk Berita TV3 (dan kemudian Buletin Utama) di TV3. Beliau juga merupakan pembaca berita Malaysia yang pertama muncul membaca berita di TV3 dengan memakai tudung berwarna hitam iaitu pada 1998. Beliau melaporkan bahawa hatinya terbuka untuk memakai tudung sekembalinya daripada mengerjakan ibadat haji di Mekah bersama ibu dan suaminya pada tahun tersebut[1].

Antara rancangan yang beliau pernah kendalikan ialah Nona, Wanita Hari Ini, dan Majalah 3. Beliau mula terlibat dengan bahagian penerbitan dan penajaan bermula tahun 2005 di stesen TV3 dan kemudiannya TV9 yang menyaksikan beliau sudah kurang muncul di kaca televisyen.

Ezzah juga antara orang yang berkhidmat di Akademi TV3 yang melahirkan generasi pengacaraan baharu antaranya Aidid Marcelo dan Azwaliza Azman.[2] Beliau juga sering dijemput menjadi juri dalam beberapa program seperti Gadis Melayu dan Pengacara Jemputan Nona.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b ITAR, ABD. AZIZ (30 Disember 2005). "Ezzah Aziz Fawzy pakai tudung baca berita". Utusan Malaysia. 
  2. ^ a b MOHD AMIN, NUR AISHAH (25 September 2009). "Tekad curah ilmu". Kosmo Online. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]