Fadzil Awang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sahibus Samahah Dato' Paduka

Syeikh Fadzil Awang

DPSS., DSDK., AMK., BCK.
Mufti Negeri Kedah, Malaysia
Memegang jawatan
19 Julai 2017
Didahului olehDato' Mursyid Diraja Dato' Paduka Sheikh Muhamad Baderudin Haji Ahmad
Butiran peribadi
Lahir18 Jun 1949
Kodiang, Kedah
PekerjaanUlama

Sahibus Samahah Dato' Paduka Syeikh Fadzil bin Haji Awang merupakan Mufti Negeri Kedah ke-4. Beliau dilantik menggantikan Datuk Syeikh Muhamad Baderudin Ahmad yang tamat kontrak selepas berkhidmat sejak 2009 hingga 2017[1].

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Syeikh Fadzil dilahirkan pada 18 Jun 1949 di Kampung Pida 7, Jalan Sanglang, Kodiang, Kedah. Beliau menerima pendidikan awal di Pondok Pasir Tumbuh, Kelantan dan Sekolah Agama Pokok Sena, Kepala Batas, Pulau Pinang sebelum melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar, Mesir dalam bidang pengajian tafsir dan ulum al-Quran.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau pernah bertugas sebagai Pegawai Penyelidikan Islam Pusat Islam, Jabatan Perdana Menteri pada 1981 hingga 1984. Beliau kemudian bertugas sebagai guru Pendidikan Islam dan Bahasa Arab di Maktab Mahmud, Alor Setar pada 1984 hingga 2005. Selain itu, beliau juga dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Fatwa Kedah pada 2002, Ahli Majlis Agama Islam Negeri Kedah, Ahli Lembaga Zakat Negeri Kedah dan Ahli Lembaga Penasihat Ibadat Haji Tabung Haji/JAKIM.

Anugerah dan pengiktirafan[sunting | sunting sumber]

  •  Kedah
    • Darjah Paduka Seri Setia Sultan Sallehuddin Kedah Yang Amat Dihormati (DPSS) - Datuk Paduka - 2019
    • Darjah Dato' Setia Diraja Kedah (DSDK) - Dato' - 2008
    • Ahli Mahkota Kedah (AMK) - 2005
    • Bintang Perkhidmatan Cemerlang Kedah (BCK) - 2003

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Muhaamad Hafis Nawawi (21 Julai 2017). "Syeikh Fadhil Mufti Kedah yang baru". Harian Metro. Dicapai pada 16 Mei 2020. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)