Fadzlan Yahya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Fadzlan Yahya adalah politik DAP dan menang bertanding di kawasan DUN Pasir Bedamar, Teluk Intan, Perak untuk 3 penggal . Beliau tinggal di Lahad, Ipoh, Perak. Beliau pernah menjadi Naib Presiden DAP dan pemimpin DAPSY Perak. Pada 3 Ogos 1986, di DUN N043 Pasir Bedamar, Fadzlan Yahya (DAP) mendapat 10,845 undi. Sementara Gan Loot Heng (BN) mendapat 7, 667 undi.

Pemimpin Melayu dalam DAP[sunting | sunting sumber]

Pemimpin Melayu DAP yang lain ialah Ahmad Nor - Bayan Baru; Ibrahim Singgeh - Tapah Road ; Mohd Asri Othman kalah di Tapah ; Syed Ali Mohsin kalah menentang Lim Ah Lek di Pahang ; Abu Bakar Lebai Sudin kalah di Raub menentang Ng Yen Yen ; Ahmad Ton kalah di Labis ; Abdul Muluk Daud/Dharmala NS pernah menjadi Setiausaha Agung DAP.

Tasik ladam di Teluk Intan[sunting | sunting sumber]

Pangkalan Pasir Berdamar terletak di pinggir Sungai Perak dan bersebelahan dengan pangkalan Durian Sebatang. Penduduknya ramai kaum Cina dan penduduk Melayu tinggal beberapa keluarga sahaja. Pada 1989 ,sebagai wakil rakyat , Fadzlan Yahya bimbang dengan keadaan Teluk Intan yang terhakis dan boleh membentuk tasik ladam. Beberapa bangunan dan likuan di tapak rekreasi di Sungai Perak rebak atau runtuh ke dalam sungai. Datu Seri Megat Junid Megat Ayob menyatakan kerajaan memperuntukkan RM10 juta untuk membina tambak di sekeliling Teluk Intan. Jalan Woo Saik Hong dan Jalan Keng Jooi teruk terjejas.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ New Straits Times, 16 Februari 1989