Falsafah bahasa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Dalam falsafah, falsafah bahasa berkisar mengenai sifat bahasa, hubungan antara bahasa-bahasa, penutur bahasa, dan dunia sekeliling.[1] Penyelidikan boleh merangkumi penyelidikan mengenai sifat makna, niat, rujukan, penyusunan ayat, konsep, pembelajaran, dan pemikiran.

Dalam falsafah kontinental (Eropah moden), bidang bahasa tidak dipelajari sebagai disiplin yang ekslusif. Sebaliknya, bidang ini adalah sebahagian dalam banyak bidang pemikiran yang penting seperti fenomenologi, semiotik struktur, hermeneutik, eksistensialisme, dekonstruksi dan teori kritis.[2]

Di dunia Barat, penyelidikan mengenai bahasa wujud seawal abad ke-5 SM dengan falsafah-falsafah Socrates, Plato, Aristoteles, dan aliran stoisisme.[3] Di India serta Yunani, spekulasi linguistik muncul mendahului kemunculan penerangan sistematik bahasa menerusi tatabahasa, dengan kemunculan pada sekitar abad ke-5 SM di India (lihat Yaska), dan sekitar abad ke-3 SM di Yunani (lihat Rhianus).

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Philosophy of language". Encyclopedia Britannica (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-11-14.
  2. ^ "Philosophy of Language". Internet Encyclopedia of Philosophy (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2019-09-22.
  3. ^ Blackburn, S. "History of the Philosophy of Language". In Oxford Companion to Philosophy. ed. Ted Honderich. Oxford: Oxford University Press. 1995. ISBN 0-19-866132-0