Fan service

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Fan service (ファンサービス fan sābisu?, secara literal diterjemah dalam bahasa Melayu sebagai "khidmat peminat"), kadangkala ditulis menggunakan satu perkataan sahaja, fanservice, merupakan suatu istilah yang kurang jelas yang mana sebahagian besarnya digunakan untuk media visual Jepun, seringkali dalam 'fandom' anime, untuk merujuk kepada unsur-unsur dalam sebuah cerita yang tidak membawa sebarang makna atau kepentingan kepada penceritaannya dan direka sebagai bahan ketawa atau untuk menerujakan para penonton dengan kandungan-kandungan seksual[1][2]. Istilah ini kadang-kala juga dirujuk di Jepun sebagai service cut (サービスカット sābisu katto?) atau hanya sebagai service (サービス sābisu?).[3] Istilah ini juga boleh digunakan lebih umum lagi sebagai sesuatu yang dilakukan sekadar untuk memuaskan hati para peminat.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Anime Glossary". The Anime Critic. Dicapai pada 2006-10-29. 
  2. "Animetion Glossary". Animetion. Dicapai pada 2006-10-29. 
  3. E.g: Evangelion ep.6, treler episod seterusnya: dalam runut bunyi Jepun yang asal, kedengaran watak bernama Misato menjanjikan para penonton lebih 'service' (サービス?) dalam adegan seterusnya.