Kepenggemaran

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Fandom)
Jump to navigation Jump to search
Peminat Harry Potter berpakaian seperti pelajar Hogwarts

'Kepenggemaran atau kepeminatan (Bahasa Inggeris: Fandom (daripada kata nama dalam bahasa Inggeris iaitu fan dan imbuhan -dom, misalnya kingdom, dukedom, dll.) merupakan sejenis istilah yang digunakan untuk merujuk kepada sebahagian budaya yang terdiri daripada lingkungan para penggemar atau peminat yang dikategorikan oleh suatu perasaan simpati dan [[akrab{{ dengan orang lain yang berkongsi minat yang sama. Lingkungan sebegini boleh mengembang dan bertumpu kepada mana-mana bidang dalam minat atau kegiatan kehidupan manusia. Subjek para peminat ini boleh dijelaskan secara kecil lagi, yang bertumpu kepada sesuatu seperti seorang selebriti; ataupun meliputi sebuah hobi, genre atau fesyen tertentu. Ia boleh juga digunakan merujuk luas kepada sebuah rangkaian sosial yang berkait rapat dengan fandom individual, di mana kebanyakan daripada mereka bertindih di antara satu sama lain. Meskipun ia kini digunakan untuk merujuk kepada sekumpulan manusia yang dipersonakan oleh mana-mana subjek, istilah ini memiliki asal-usulnya daripada para individu yang mempunyai semangat menghargai sukan. Oxford English Dictionary mengenalpasti penggunaan istilah ini digunakan sejak tahun 1903 lagi, di mana rujukan-rujukannya yang direkodkan merujuk kepada fandom sukan.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]