Farhod Tadjiyev

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Farhod Tadjiyev
Maklumat peribadi
Tarikh lahir (1986-04-09) 9 April 1986 (umur 33)
Tempat lahirTashkent, Soviet Union
Ketinggian1.87 m (6 ka 2 in)
Posisi permainanPenyerang
Maklumat kelab
Kelab terkiniT-Team
Nombor10
Kerjaya senior*
TahunPasukanKmncln(Gol)
2006Taraz18(2)
2007–2009Pakhtakor Tashkent37(19)
2010Tianjin Teda4(0)
2010–2012Pakhtakor Tashkent21(3)
2012Shurtan Guzar13(4)
2013–2014Lokomotiv Tashkent35(30)
2015T-Team6(5)
Pasukan kebangsaan
2008–Uzbekistan18(5)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 7 November 2014.

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 10 November 2013

Farhod Tadjiyev ([Фарход Тожиев or Farhod Tojiyev] error: {{lang-xx}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan)) (lahir 9 April 1986) merupakan pemain bola sepak profesional Uzbekistan yang bermain sebagai penyerang untuk T-Team dalam Liga Perdana Malaysia. Namanya bermaksud kebahagiaan dalam Bahasa Parsi. Dia merupakan adik kepada Kamoliddin Tajiev dan Zaynitdin Tadjiyev.

Karier[sunting | sunting sumber]

Dia menyertai Tianjin Teda pada bulan Februari 2010 selepas Tianjin Teda melepaskan abangnya Zaynitdin Tadjiyev.[1] Pada tahun 2011-12, dia bermain untuk Pakhtakor Tashkent. Pada musim panas tahun 2012, dia berpindah ke Shurtan Guzar.

Pada 27 Januari 2013, dia menandatangani kontrak bersama Lokomotiv Tashkent. Pada tahun 2013, dia menjaringkan 17 gol dalam 13 perlawanan pertama liga menjadikan penjaring terbanyak dalam liga sewaktu itu. Selepas mengalami kecederaan, dia tidak boleh bermain sebarang perlawanan pada musim itu. Tadjiyev menjaringkan 13 gol pada tahun 2014 untuk Lokomotiv dan menjadi penjaring terbanyak liga. Dia merupakan penjaring gol terbaik Lokomotiv dalam musim 2013-14.

Dia menandatangani kontrak bersama pasukan Malaysia, T-Team pada 24 November 2014.[2] Pada 28 Februari 2015, dalam pusingan 32 Piala FA Malaysia, dia menjaringkan dua gol ke atas ATM untuk membantu pasukannya menang 3-0.[3]

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Tadjiyev membuat lima penampilan untuk Uzbekistan dalam pusingan kelayakan Piala Dunia FIFA 2010.[4]

Dia dipanggil ke skuad Uzbekistan ketika kelayakan Piala Dunia FIFA 2014 menentang Lubnan pada 26 Mac 2013.

Statistik karier[sunting | sunting sumber]

Gol antarabangsa[sunting | sunting sumber]

# Tarikh Venue Lawan Skor Keputusan Pertandingan
1 22 Mac 2008 Tashkent, Uzbekistan  Jordan 4-1 Menang Persahabatan
2 28 Januari 2009 Sharjah, Emiriah Arab Bersatu  Emiriah Arab Bersatu 1-0 Menang Kelayakan Piala Asia AFC 2011
3-5 28 Mac 2009 Tashkent, Uzbekistan  Qatar 4-0 Menang Kelayakan Piala Dunia FIFA 2010

Kejayaan[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Pakhtakor
Tianjin Teda
Lokomotiv

Individu[sunting | sunting sumber]

  • Penjaring gol terbaik Lokomotiv: 2013, 2014

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]