Felda Sungai Tengi Selatan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Felda Sg. Tengi Selatan)
Felda Sungai Tengi Selatan
Rancangan Felda
Bendera Felda Sungai Tengi Selatan
Mohor rasmi Felda Sungai Tengi Selatan
Cogan kata: "Bersekutu Bertambah Mutu"[1]
Lagu:
Negaraku
CountryMalaysia Malaysia
NegeriSelangor Darul Ehsan
Daerah Daerah Hulu Selangor
MukimFelda Sungai Tengi Selatan
Penduduk
 ( N/A )
 • Celik huruf
( lelaki perempuan)
 • Pecahan menurut jantina
% lelaki dan  % perempuan
Zon waktuGMT
 • Musim panas (DST)GMT
Lokasi Google


Felda Sungai Tengi Selatan adalah sebuah rancangan Felda. Terletak di Daerah Hulu Selangor, Selangor Darul Ehsan. Penduduknya lebih kurang 1000 orang, di mana terdapat 3 buah kampung iaitu Kampong Suria, Kampong Fajar dan Kampong Tasik Hijau (Kilang Sawit). Luas keseluruhan 4,416 ekar. Majoriti ladang adalah tanaman kelapa sawit.

Sesiapa yang hendak berkunjung ke Felda Sungai Tengi Selatan, hendaklah melalui Lebuh Raya Utara Selatan dan menyusur ke Enterchange Bukit Tagar yang jaraknya lebih kurang 15km. Dan sekiranya melalui Tanjong Malim jarak jauhnya lebih kurang 48km. Sementara jika dari Bestari Jaya (Batang Berjuntai) jauh lebih kurang 27km.

Di Felda Sungai Tengi Selatan mempunyai tempat-tempat menarik seperti Projek Rock Melon yang bernilai 6.5 juta yang dibangunkan oleh Felda untuk dikontrakfarmingkan kepada pengusaha khususnya Peneroka Felda. Mula beroperasi setahun lalu dan telah mengeluarkan beribu metrik tan.

Selain daripada itu, terdapat Ladang Buah-Buahan yang dimajukan oleh Felda Agriculture Sdn. Bhd yang luasnya lebih kurang 1,000 ekar. Disitu terdapat ladang pisang, dragon fruit, kelapa matag, cempedak madu, rambutan, pulasan, kolam ikan, ternak ayam dan lain-lain lagi. Lokasi ini memang sudah terkenal sebagai Pusat Agrotourism.

Dikalangan pengusaha di Felda Sungai Tengi Selatan, ramai terdiri di kalangan Peneroka/Penerokawati mengusahakan Projek Ternakan Ikan seperti Ikan Ketutu, Ikan Puyu, Ikan Tilapia dan lain-lain lagi. Dalam sektor industri luar bandar terdapat pengusaha kuihmuih tradisional, jem & serikaya, kerepek, dalca, baulu dan kek. Terdapat juga Penternak kambing boer, ternakan ayam kampung, ternakan itek dan arnab.

Di peringkat pertandingan rancangan Felda, pernah memenangi beberapa anugerah dan diperingkat kampong pula pernah memenangi beberapa hadiah cemerlang. Infra pendidikan, Felda Sungai Tengi Selatan mempunyai sebuah Sekolah Kebangsaan dikenali SK Seri Fajar dan Sekolah Rendah Agama. Prasarana kampong, terdapat Mesjid Nurul Husna, Kedai PLB, Kedai G’Mart Felda dan Balai Raya.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Malaysian Flag and Crest from www.malaysia.gov.my.