Amok (filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Filem Amok)
Jump to navigation Jump to search
Untuk kegunaan lain, sila lihat Amuk (nyahkekaburan).
Amok
PengarahAdman Salleh
PenerbitRuhani Abdul Rahman
PenulisSalleh Ben Joned (Cerita)
Adman Salleh (Lakon layar)
Dibintangi olehNasir Bilal Khan
Ramona Rahman
Hans Isaac
Rosnani Jamil
PengedarGrand Brilliance Sdn. Bhd.
Negara Malaysia
BahasaBahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Rujukan Filemkita - Rujukan Sinema Malaysia

Amok ialah sebuah filem genre drama Malaysia yang ditayangkan pada 15 Julai 1995. Filem ini telah diarahkan oleh Adman Salleh.

Ringkasan[sunting | sunting sumber]

Amok bertolak dari tiga watak yang berhubungan dan juga bersifat kontras iaitu Wan Man, pemuda kampung yang pernah belajar ilmu silat dari Pak Guru. Dia kemudian terperangkap dalam perhubungan cinta dengan seorang wanita Amerika, Natalie - seorang sukarelawan dari American Peace Corp yang datang ke sebuah kampung di pantai Timur dengan tujuan untuk memperlengkapkan kajian Ph.Dnya tentang Malay Psychic. Natalie digambarkan sebagai gadis yang bebas, sebahagian dari Flower Generation yang timbul hasil dari pengaruh woodstock dan mengamalkan seks bebas. Manakala Ram kawan sekampung Wan Man turut dipengaruhi dengan kehidupan bebas yang dibawa oleh pelancong barat dan turut mengamalkan seks bebas. Filem ini berlatarkan tahun-tahun awal 1970-an, era yang dipengaruhi oleh kehidupan ala hippies, muzik rock, dadah, protes perang Vietnam oleh generasi muda Amerika, dan woodstock di Amerika. Budaya tradisi yang diamalkan oleh Wan Man yang diasaskan oleh guru silatnya di kampung, dan pusaka batin yang diwarisi oleh Wan Man dan bapanya Wan Setia dikejutkan oleh pertembungan dengan budaya liar yang dibawa oleh Natalie. Kesemua gelodak perasaan ini akhirnya meledak dengan amukan!

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]


Pautan luar[sunting | sunting sumber]