Hans Isaac
Hans Isaac DIMP (Pah) | |
---|---|
![]() | |
Kelahiran | Gerald Hans Isaac 20 Ogos 1971 |
Pusat pendidikan | Institusi St. John, Kuala Lumpur, Malaysia |
Pekerjaan | Pelakon, model, pengarah, penulis, penerbit, pengacara |
Tahun aktif | 1993–kini |
Pasangan | Aileen Gabriella Robinson (dibatalkan) |
Ibu bapa |
|
Pengerusi FINAS | |
Dalam jawatan 8 April 2019 – 22 Mei 2020 | |
Didahului oleh | Datuk Samsuni Mohd Nor |
Digantikan oleh | Zakaria Abdul Hamid |
YH Dato' Gerald Hans Isaac (lahir 20 Ogos 1971) ialah seorang pelakon, penerbit, juruacara, penulis serta pengarah TV dan filem Malaysia. Beliau juga pernah melibatkan diri sebagai seorang model.
Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]
Hans dilahirkan pada 20 Ogos 1971 di Hospital Besar Sultanah Aminah di Johor Bahru kepada ibu bapanya Carmina Isaac[1] dan Gerald Edward Anthony Isaac.[2] Keluarga Carmina yang berketurunan peranakan Filipina-Sepanyol, mengendalikan Orkestra Simfoni Singapura manakala bapanya yang berketurunan peranakan India-Serani, Gerald Edward Isaac, merupakan ketua pangkalan tentera laut KD Malaya di terletak di seberang Tambak Johor–Singapura.
Keluarga Isaac menetap di Johor selama lapan tahun sebelum berpindah ke pangkalan KD Sri Rejang di Sibu, Sarawak. Mereka berpindah ke Kuala Lumpur ketika Hans berusia sekitar lapan hingga sembilan tahun apabila bapanya dilantik sebagai pembantu khas kepada Yang Di-Pertuan Agong di Istana Negara sehingga persaraannya.[2] Di bandar itu jugalah beliau menerima pendidikan awalnya di Institusi St. John[2][1]
Hans juga merupakan pengarah urusan dan pengarah kreatif syarikat miliknya, Tall Order Productions Sdn Bhd, iaitu sebuah syarikat produksi filem dan program televisyen.[3][4]
Kerjaya[sunting | sunting sumber]
Hans memulakan kerjaya lakonannya pada 1995, ketika berusia 22 tahun menerusi filem Ringgit Kasorrga yang ditayangkan dua tahun kemudian. Pada 1997, beliau berlakon di samping Ratu Rock negara, Ella dalam filem Hanya Kawan arahan Harith Iskander.
Pada Mac 2004, Hans memegang watak sebagai Roy, seorang pereka perisian komputer dan kaki buli dalam filem sulung arahan Afdlin Shauki, Buli yang menampilkan barisan ahli pelakon terdiri daripada Afdlin, AC Mizal, Nasha Aziz, Ako Mustapha, dan ramai lagi. Beliau menjayakan kembali peranannya dalam sekuel filem ini, Buli Balik (2006).
Hans sekali lagi meneruskan kerjasama dengan Afdlin menerusi filem Baik Punya Cilok (2005) yang turut dibintangi oleh AC Mizal, Awie, Carmen Soo, Harun Salim Bachik, Ida Nerina dan Harith Iskander. Beliau memulakan kerjaya pengarahan pada 2008 menerusi filem Cuci terbitan syarikat miliknya, Tall Order Productions dan ditaja oleh Tune Group. Juga, pada tahun yang sama, beliau membintangi bersama Natasha Hudson, Christian Sugiono dan Titi Kamal dalam filem gabungan kerjasama Malaysia dan Indonesia, Tipu Kanan Tipu Kiri.
Dua tahun kemudian, beliau memegang watak sebagai Mir dalam filem romantik Filipina, Miss You Like Crazy arahan Cathy Garcia-Molina, lakonan John Lloyd Cruz dan Bea Alonzo. Penggambaran filem ini dijalankan di Kuala Lumpur, Malaysia.
Hans meneruskan rentetan kerjasama bersama Afdlin Shauki dalam filem aksi fantasi Misteri Jalan Lama di mana dalam filem ini, beliau memegang watak sebagai Indra, seorang kaki judi. Hans memegang watak sebagai Jimmy, seorang ketua sindiket pengedarah dadah antarabangsa dalam filem Langgar arahan Syed Hussein. Pada 8 Ogos 2013, Hans mengarah dan menulis skrip filem kedua arahannya Lemak Kampung Santan, beliau sendiri turut berlakon, memegang watak sebagai Ridzuan.[5]
Pada 16 April 2018, Hans bersama beberapa selebriti tempatan lain termasuk Neelofa, Awal Ashaari, Scha Al-Yahya, Maya Karin, Joe Flizzow, Nora Danish, dan Kavita Sidhu turut serta menjayakan kempen menentang buli siber dan penyebaran berita palsu di media sosial.[6][7][8]
Pada 8 April 2019, Hans dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo. Beliau menggantikan Samsuni Mohd Nor yang telah tamat kontrak pada Mac.[9]
Beliau melepaskan jawatan sebagai pengerusi FINAS pada 22 Mei 2020 selepas setahun menerajui badan filem itu.[10][11] Hans sebelum ini dilaporkan berkata hanya Menteri boleh pecat beliau sebagai Pengerusi Finas.[12]
Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]
Pada Februari 2017, beliau mengumumkan perkahwinannya dengan Aileen Gabriella Robinson, yang memenangi gelaran Miss Tourism International 2011.[13] Pada 30 Oktober 2017, beliau mengumumkan tidak dapat melangsungkan perkahwinan.[14]
Hobi dan minat[sunting | sunting sumber]
Di luar kerjaya lakonan, Hans mempunyai pelbagai minat, seperti menyelam, skuasy dan bola sepak. Beliau tergolong dalam Kelab Bolasepak Desa Hartamas. Beliau pernah bermain bola sepak untuk sekolahnya, Institusi St. John, Kuala Lumpur, ketika berusia 17 tahun dan hingga ke hari ini beliau masih[Penjelasan diperlukan] sebagai penjaga gol.
Hidangan kegemaran beliau ialah masakan ibu beliau seperti keluak (kari Serani), ketam dan popiah. Hans juga aneh mengemas sendiri mengaku yang memastikan bahawa segala-galanya adalah jangka sekitar rumah.[Penjelasan diperlukan]
Filemografi[sunting | sunting sumber]
Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
1995 | Ringgit Kasorrga | Khal | Filem pertama |
Child's Play | Filem pendek | ||
Amok | Rem | ||
1996 | Scoop | Norman | |
1997 | Gemilang | Yusry | |
Hanya Kawan | Hans | ||
2003 | Laila Isabella | Johan | |
City Sharks | Chief | ||
2004 | Buli | Roy | |
2005 | Baik Punya Cilok | Jerry | |
2006 | Buli Balik | Roy | Juga sebagai penerbit |
Persona Non Grata | Ben | Juga penerbit bersama | |
2007 | Qabil Khusry Qabil Igam | Qabil Khusry | |
2008 | Cuci | Khai | Juga sebagai pengarah, penerbit, penulis serta sinematografer[15][16] |
Tipu Kanan Tipu Kiri | Remo Rizal[17] | ||
Los dan Faun | Los | ||
2009 | Duhai Si Pari-pari | Tuan Rumah | |
2010 | Miss You Like Crazy | Mir[18] | Filem Filipina |
2011 | Misteri Jalan Lama | Indra[19] | |
2013 | Awan Dania The Movie | Pengacara Majlis[20] | |
Langgar | Jimi | [21][22] | |
Lemak Kampung Santan | Ridzuan | Juga sebagai pengarah, penerbit, penulis serta penyunting [23] | |
Papadom 2 | Qib | ||
2015 | Nota | Kamal[24] | |
2017 | J Revolusi | Penympan Kira | [25] |
Drama[sunting | sunting sumber]
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2004 | Sephia | Haykal | TV3 | |
Cinta.Com | Mediacorp Suria | |||
Kutub Utara, Kutub Selatan | Azman | TV2 | ||
2005 | Simbiosis | TV3 | ||
2008 | Ali Din | |||
Awan Dania (Musim 1) | Astro Ria | |||
2009–2010 | Cuci Cuci Services | Pencuci | TV2 | Penerbit |
2011 | 7 Gerhana | Astro Prima | ||
2013 | Dahlia | Razman | Astro Mustika HD | |
2014 | Oh My English! (Musim 3) | Astro TVIQ | Episod: "Anda Jeli, Henry?" |
Telefilem[sunting | sunting sumber]
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
1995 | Dunia Rees dan Ina | ||
1996 | YB & Thuraya | TV1 | |
1997 | Anak Abah | ||
1998 | Kugiran | Bad | TV3 |
1999 | Minah Minachi | ||
2013 | Cahaya Insaniah | TV1 |
Teater[sunting | sunting sumber]
Tahun | Tajuk | Catatan |
---|---|---|
2011 | Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal | Arahan bersama Harith Iskander |
2012 | Lawak Ke Der? | Penerbit |
2013 | Lawak Ke Der? 2 | Persembahan lawak berdiri diadakan di Istana Budaya[26] |
Supermokh Sebuah Muzikal | Arahan bersama Harith Iskander | |
2014 | Lawak Ke Der 3 | Penerbit |
2015 | Baik Punya Cilok | Watak sebagai Jerry |
Lawak Ke Der 4 | Penerbit | |
2016 | Lawak Ke Der 5 |
Televisyen[sunting | sunting sumber]
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV |
---|---|---|---|
2017 | Konsert Komedi 2017 | Dirinya sendiri - Minggu 5 (Baik Punya Cilok) | Astro Warna |
Lawak Ke Der! Coverline | Pengacara |
Penghargaan[sunting | sunting sumber]
Penghargaan Malaysia[sunting | sunting sumber]
Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]
Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
2002 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2002 | Artis Bukan Melayu Popular | Menang |
2006 | Festival Filem Malaysia ke-19 | Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik | Menang |
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ a b Sangheeta Nair (29 July 2007). "Hans is back". The Star. Diarkib daripada yang asal pada 19 February 2013.
- ^ a b c Surin, Jacqueline Ann (4 October 2010). ""More Malaysian than a lot of Malaysians"". The Nut Graph. Dicapai pada 22 May 2017.
- ^ Nor Atieyah Yusoff (5 September 2013). "Hans Isaac merajuk di layar perak". Sinar Online. Diarkib daripada yang asal pada 13 Mac 2018. Dicapai pada 13 Mac 2018.
- ^ Wanda Idris (13 Januari 2008). "Cuci bukan komedi kosong". Utusan Online. Diarkib daripada yang asal pada 13 Mac 2018. Dicapai pada 13 Mac 2018.
- ^ Gandingan Mantap Hans Isaac & Neelofa Dalam Lemak Kampung Santan Oh! Bulan (14 Ogos 2013). Dicapai pada 29 April 2014.
- ^ Hemananthani Sivanandam (17 April 2018). "Neelofa, Hans Isaac and local celebs fight fake news and cyberbullying". The Star. Dicapai pada 15 Mei 2018.
- ^ "Celebrities campaign against cyberbullying". Free Malaysia Today. 17 April 2018. Dicapai pada 15 Mei 2018.
They will also fight dissemination of fake news on social media as they are often the target of malicious attacks.
- ^ Beatrice Nita Jay, Siti Nnur Maserah Amran (17 April 2018). "Celebrities lend their support in 'war' against cyber bullying, fake news [NSTTV]". New Straits Times. Dicapai pada 15 Mei 2018.
- ^ "Hans Isaac named as Finas new chairman". The Malaysian Reserve. 11 April 2019. Dicapai pada 13 April 2019.
- ^ "#Showbiz: Hans Isaac longer Finas chairman". New Straits Times. 25 Mei 2020. Dicapai pada 22 Jun 2020.
- ^ Serimah Mohd Salehuddin (25 Mei 2020). "Hans tamat kontrak Pengerusi FINAS". Berita Harian. Dicapai pada 22 Jun 2020.
- ^ Mumtaj Begum (12 Disember 2019). "Hans Isaac: Only Minister can fire me from FINAS". The Star Online. Dicapai pada 22 Jun 2020.
- ^ Bissme S. (28 February 2017). ""I Love Her to Death": Hans Isaac to wed". The Sun. Dicapai pada 18 May 2017.
- ^ "Hans Isaac cancels wedding - Nation - The Star Online". www.thestar.com.my. Dicapai pada 30 October 2017.
- ^ "Hans Isaac makes debut as director with 'Cuci'". The Star. 18 November 2007. Dicapai pada 18 May 2017.
- ^ "Hans Issac proud of Cuci despite higher expectations at box-office". The Star. 3 February 2008. Dicapai pada 18 May 2017.
- ^ AZIZ, SITI AZIRA ABD. "Hans akui terpaksa berlakon filem Tipu Kanan Tipu Kiri - Berita Hiburan - mStar". www.mstar.com.my. Dicapai pada 18 May 2017.
- ^ Siti Azira Abdul Aziz (12 February 2010). "Hans Isaac Dilayan Bak Putera Raja di Manila". mStar.com. Dicapai pada 19 May 2017.
- ^ "Childhood dream come true". www.thesundaily.my. Dicapai pada 20 May 2017.
- ^ AZIZI, MOHD AL QAYUM. "Rashid Sibir Sedia Dikritik Kerana 'Awan Dania The Movie' - Berita Hiburan - mStar". www.mstar.com.my. Dicapai pada 20 May 2017.
- ^ "PressReader.com - Connecting People Through News". www.pressreader.com. Dicapai pada 20 May 2017. (scroll horizontally)
- ^ Hans Isaac Sudah Maafkan Orang Lain
- ^ Roni Hidayat Ridwan (17 August 2013). "Hans berhenti terbitkan filem". Kosmo!. Dicapai pada 19 May 2017.
- ^ Yeoh, Angelin (12 August 2015). "Maya Karin and Hans Isaac are all out of love in Nota". Star2.com. Dicapai pada 20 May 2017.
- ^ "Kosmo! Online - Hiburan". www.kosmo.com.my. Dicapai pada 19 May 2017.
- ^ "Lawak Ke Der?, an annual affair in Istana Budaya". nst.com.my. 13 April 2016. Dicapai pada 19 May 2017.
- ^ "Three artists receive datukship in conjunction with Sultan of Pahang's birthday". Bernama . New Straits Times. 6 February 2016. Dicapai pada 17 April 2019.
- ^ "Hans, Ziela, Norman kini Datuk". MyMetro. 7 February 2016. Dicapai pada 17 April 2019.
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
Didahului oleh Samsuni Mohd Nor |
Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional 8 April 2019 - 22 Mei 2020 |
Diikuti oleh: Zakaria Abdul Hamid |